-->

29 Nov 2019

Review Drama Korea Search : WWW

Search : WWW, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Search : WWW, Drama Korea Search : WWW, Sinopsis Drama Korea Search : WWW, OST Search : WWW, Ending Drama Korea Search : WWW, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Im Soo Jung New Drama, Jang Ki Yong New Drama, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Korea Search : WWW, Im Soo Jung, Lee Da Hee, Jeon Hye Jin, Jang Ki Yong, Lee Jae Wook, Ji Seung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Nam Hee, Han Ji Wan, Ye Soo Jung, Lee Da Hee New Drama, Lee Jae Wook New Drama,
Korean Drama Review - Search : WWW

Korean Drama Search : WWW telah pun disiarkan di channel TVN bermula 5 Jun 2019 dan tamat episodnya pada 25 Julai yang lalu serta mempunyai 16 episod. Antara pelakon drama Korea Search : WWW ini adalah Im Soo Jung, Lee Da Hee, Jeon Hye Jin, Jang Ki Yong, Lee Jae Wook, Ji Seung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Nam Hee, Han Ji Wan, Ye Soo Jung dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Her Private Life dan kemudian akan digantikan dengan drama When Devil Calls Your Name. Best gak layan drama ni sebab jalan ceritanya berdasarkan zaman kini, up to date gitu, wardrobe para pelakon juga cantik - cantik belaka, tambah makin menarik bila drama Korea Search : WWW ini memfokuskan tentang kehidupan 3 wanita yang berusia lewat 30 - an yang bekerjaya, sukakan cabaran dan bercita - cita tinggi. Mereka bertiga adalah Bae Ta Mi (Im Soo Jung), Cha Hyeon / Scarlett (Lee Da Hee) dan Song Ga Kyeong (Jeon Hye Jin) yang masing - masingnya bekerja di syarikat web portal yang terkenal iaitu Unicon dan Barro. Bae Ta Mi awalnya bekerja dengan Unicon bersama dengan Song Ga Kyeong. Namun disebabkan satu insiden, Bae Ta Mi dipersalahkan walaupun dia tidak bersalah, akhirnya Bae Ta Mi dapat tawaran untuk bekerja di syarikat pesaing Unicon iaitu Barro dan Bae Ta Mi menerima tawaran tersebut. Di Barro, Bae Ta Mi terpaksa bekerjasama dengan Cha Hyeon yang panas baran. Mereka berdua awalnya tidak sefahaman dan sering bergaduh tapi lama - kelamaan mereka mula jadi kawan baik. 
Search : WWW, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Search : WWW, Drama Korea Search : WWW, Sinopsis Drama Korea Search : WWW, OST Search : WWW, Ending Drama Korea Search : WWW, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Im Soo Jung New Drama, Jang Ki Yong New Drama, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Korea Search : WWW, Im Soo Jung, Lee Da Hee, Jeon Hye Jin, Jang Ki Yong, Lee Jae Wook, Ji Seung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Nam Hee, Han Ji Wan, Ye Soo Jung, Lee Da Hee New Drama, Lee Jae Wook New Drama,
Cha Hyeon juga bersahabat baik dengan Song Ga Kyeong. Manakala Song Ga Kyeong ni ada masalahnya yang tersendiri, dimana dia terpaksa mengikut cakap mak mertuanya yang jahat kerana tak nak ibu bapa kandungnya susah. Selain itu drama ini juga turut memfokuskan kisah cinta mereka bersama pasangan masing - masing. Paling best mestilah kisah cinta Bae Ta Mi dengan Park Mo Gun (Jang Ki Yong). Di mana bukan mudah untuk Park Mo Gun mengorat dan mencuri hati Bae Ta Mi tu, tambahan lagi dengan jarak usia mereka berdua, di mana Park Mo Gun jauh lebih muda berbanding Bae Ta Mi. Tapi bila dah sakan bercinta, timbul pula masalah lain, dimana Bae Ta Mi tak nak berkahwin kerana tak percaya dengan konsep perkahwinan. Berbeza dengan Park Mo Gun yang mempunyai impian untuk berkahwin. Kadang - kadang geram juga dengan Bae Ta Mi tu sebab degil tak nak kahwin dengan Park Mo Gun tu, sedangkan dia tahu ramai perempuan lain yang suka dengan boyfriendnya itu. Selain itu kisah cinta Cha Hyeon dengan pelakon baru bernama Seol Ji Hwan (Lee Jae Wook) tu pun best gak. Syok tengok gelagat Cha Hyeon yang kaki drama, pastu senang emosi bila tengok babak - babak tertentu dalam drama kesukaannya itu.Watak yang paling annoying dan menyakitkan hati pastilah watak mak mertua Song Ga Kyeong tu, geram je tengok gelagat mak mertuanya tu.
Search : WWW, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Search : WWW, Drama Korea Search : WWW, Sinopsis Drama Korea Search : WWW, OST Search : WWW, Ending Drama Korea Search : WWW, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Im Soo Jung New Drama, Jang Ki Yong New Drama, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Korea Search : WWW, Im Soo Jung, Lee Da Hee, Jeon Hye Jin, Jang Ki Yong, Lee Jae Wook, Ji Seung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Nam Hee, Han Ji Wan, Ye Soo Jung, Lee Da Hee New Drama, Lee Jae Wook New Drama, Poster Drama Korea Search : WWW,
Scene paling best bila Song Ga Kyeong tu memberontak dan tak nak ikut cakap mak mertuanya lagi. Selain mak mertuanya yang annoying dan jahat giler, mak bapa kandung Song Ga Kyeong tu pun jenis spesies yang sama gak sebab macam jual anak je dan asyik paksa Song Ga Kyeong untuk ikut cakap mak mertuanya tu, sebab diorang risau perniagaan diorang akan terjejas kalau Song Ga Kyeong buat hal. Apa pun aku suka tengok hubungan Song Ga Kyeong dengan suaminya tu, diorang macam dingin dan tak rapat tapi dalam diam suaminya sangat memahami dan ambil berat pasal Song Ga Kyeong tu. Pelakon Lee Dong Wook turut jadi cameo dalam drama Search :WWW ni iaitu dalam episod 7 gitu. Selain itu aku suka juga dengan lagu tema / OST Search : WWW ni yang bertajuk Make It Wow nyanyian kumpulan Mamamoo. Lagu tersebut sedap di dengar dan rancak gitu sesuai dengan drama ni. Selain itu banyak juga scene - scene lawak dalam drama ni. Ending drama Korea Search : WWW ni mestilah happy ending kan, walaupun nampak hubungan Bae Ta Mi dan Park Mo Gun akan terus dilanda masalah yang sama selagi Bae Ta Mi bertegas dengan prinsipnya itu. Jadi aku bagi 7.9/10 bintang untuk drama ini..

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Sky Castle
➔ Baca Online Novel Rindu Yang Terlarang

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,

1 ulasan:

  1. memang best drama ni. feveret tahun ni. watak gadis utama sangat kuat. takda lah macam skeptical ja kan, gadis watak utama lurus bendul ke. heehheheehee

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017