-->

30 Jul 2012

PetiKaN Kata-Kata & Aksi JOZAN yg Sweet


Assalammualaikum..
okey..hari ni nak kongsi petikan kata2 dari JOZAN mengenai Diri,Keserasian dan Perasaan mereka terhadap satu sama lain..petikan kata2 mereka ni aku ambik dari Surat Khabar,Portal Online dan video2 mrk..x lupa juga mengenai aksi2 sweet mereka..Jom kita tengok apa yg JOZAN kata ^_^

1~Persembahan Lawak JOZAN menjadi kerana kami ikhlas dengan Jenaka yang dipersembahkan-JOZAN
2-Asas kepada keserasian kami adalah keikhlasan&Persefahaman.Selain sering berkongsi idea tentang sesebuah persembahan yg dijayakan, kami juga saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu sama Lain-(Zizan)
3-Keserasian ini bagaimanapun terbina atas sikap tolenrasi dan persefahaman yg kami amalkan sejak mula bekerjasama-(Johan)
4-Saya sendiri secara peribadi,suka akan apa yang dilakukan oleh JoHaN untuk JOZAN-(Zizan)
5-Menurut Zizan Kemenangannya malam ini bukanlah untuk namanya saja Sebaliknya trofi juara (Super Spontan)adalah miliknya bersama Johan kerana itulah permulaan yg meletakkan namanya setinggi ini menerusi JOZAN-(Zizan)

6-Saya Sendiri Selesa bekerja berdua (bersama Zizan) kerana percantuman idea menjadikan lawak ditampilkan lebih kelakar -(Johan)
7-Bagi Saya Johan tetap JoHaN,meskipun begitu saya anggap kemenangan(Super Spontan)ini sebagai kemenangan JOZAN bersama-(Zizan)
8-Saya Sendiri memang jenis Susah mahu puas hati dan ketawa dengan lawak sendiri,Hanya JOHAN sahaja yg boleh buat saya ketawa- (Zizan)
9-Apapun Antara Saya dan ZizaN,kami masing-masing sudah cukup memahami-(JOHAN)
10-Sebenarnya Kemenangan ini (Super Spontan) adalah untuk JoHaN juga.Kalau tidak kerana JoHan,orang tentu tidak akan kenal JOZAN.Saya sifatkan JoHaN adalah pembakar semangat Saya untuk sama-sama membina nama.Saya gembira kerana Undian kami tidak jauh dan itulah bukti sokongan peminat yang yakin dengan kami berdua.-(Zizan)

11-Apa pun, Saya Sayangkan JoHaN kerana setiap kali antara kami punya Sejarah,Kami sudah lalui susah senang bersama-(Zizan)
12-Orang Luar sendiri boleh lihat bagaimana Akrabnya Hubungan saya dan Zizan-(JoHan)
13-Orang yang selama ini Zizan naik bersama-sama,Orang yang selama ini Zizan susah Zizan senang kami daki dan juga tak pernah bergaduh ini dia tepukan untuk Johan..Walau macam mana pun dia dah kahwin ke dia tak kahwin ke TAKDE ORANG BOLEH PISAHKAN ANTARA ZIZAN DAN JUGA JOHAN-(Zizan)
14-Rutin biasa yang kami lakukan sebelum mengadakan persembahan adalah bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain-(JoHan)
15-Walaupun saya menang ini juga milik JOZAN.... TAKKAN ADA ORANG BOLEH PISAHKAN JOZAN I LOVE YOU..-(Zizan)

Amacam sweet tak kata2 diorang nih..ayat paling touching mestilah ayat Takde orang boleh Pisahkan Jozan kan..dua kali Zizan cakap ayat tuh..first sekali masa besday Zizan pada 2011 dan yg kedua kali masa final Super Spontan..Walaupun JoHan x pernah cakap i love you ke apa ke kat Zizan tapi kita boleh tahu yg Johan sayangkan Zizan menerusi perbuatannya..Johan ni mmg jenis yg x tunjuk perasaan sayangnya atau emosinya secara terbuka berbanding Zizan..tapi kita dapat lihat menerusi perbuatannya antaranya :-

 JoHan buat Kejutan untuk Zizan
1)Penuh dengan Kenangan Manis, JOHAN hadir secara mengejut ke Besday Party Zizan(2011)dan membawa KEK berbentuk Kasut khas untuk Zizan secara tidak langsung membuatkan Zizan terharu..
2)Super Spontan Minggu ke-8 (2012)JOHAN menghadiahkan Zizan,Jaket berwarna Merah yg dibelinya di luar negara sebagai hadiah hari lahir Zizan ^_^

Seterusnya korang boleh perhatikan betapa sweetnya diorang dalam 2 episod rancangan Redah Kasi Pecah,bila diorang saling tolong menolong antara satu sama lain antaranya Zizan menolong Johan yg kena denda makan Peria tuh seterusnya Aksi Johan yg tolong Zizan coverline masa Zizan terjatuh tuh..dan banyak lagi..Ikutkan banyak jer kata2 dan aksi2 Jozan yg sweet2..tapi itu jela yg dapat aku kongsi kat sini..lain kali kita cerita lagi hehehe..apa pun Jozannerz Love JoZaN ^_^

P/s-pada sesape yg nak share apa2 yg ada dlm entry ni jgn lupe letak credit untuk blog ni penat den mencari segala petikan kata2 tuh semua haha.. =)
Read More »

29 Jul 2012

SketSa RaMadHaN~SaHuR..


Ingatlah pesan Nabi s.a.w. yang bersabda:"Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab (Yahudi & Nasrani) ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)
Nabi saw. bersabda,: "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, :"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda,: "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad).
Read More »

LaWak BerBuka PuaSa-EdiSi MaJaLah UjaNg

layannnnn

Sumber-FaceBook UjaNg
Read More »

27 Jul 2012

AkhLak seBaGai MusLiMah..

Sumber-Facebook
Renung-Renungkan =)
Read More »

BiG~FiNaL Episode (K-Drama)


Assalammualaikum..
Korang ingat x dulu aku pernah buat review drama Korea BiG ni leh rujuk sini bagi sesape yg belum baca KLIK SINI.. masa aku tulis entry tuh aku baru menonton cite tuh sampai episod 10 saja..okey tadi baru je habis menonton episod ke 16 yang merupakan episod final untuk drama ni..Ada sesape x yg dh tgk cerita ni??kalau ada yg tgk cer bagitau aku pendapat korang mengenai ending cerita ni hehehe...
Drama ni antara drama terbaru di Korea yg baru je habis ditayangkan di Korea beberapa hari yg lepas..bagi aku pelakon dlm cerita ni mmg terbaik,aku suke terutama heronyer Gong Yoo hensemnyer hihihi die ni lah yg berlakon cite Coffe Prince tuh..seriously keseluruhan jalan cerita bagi aku memang best..paling ditunggu pastinya ending cerita ni..sebab penonton x dapat nak mengagak langsung ending cerita ni disebabkan ianya melibatkan pertukaran badan/roh antara 2 orang iaitu Seo Yeon Jae ngan Kang Kyun Jung,lebih ironik mereka adalah adik beradik yg 1 bapa berlainan ibu dan terpisah sejak kecil..Seo Yeon Jae berada dibadan adiknya iaitu K.K.Jung dan terlantar Koma dan adiknya iaitu K.K.J mengambil alih tempat abangnya dan hidup seperti biasa..konflik terjadi bila Gil Da Ran terlibat dgn kedua-duanya yg mana Gil Da Ran adalah tunang kpd S.Y.Jae dan juga Guru kepada K.K.J..untuk sinopsis yg lebih lanjut korang klik je link yg aku bagi kt atas tuh pening aku nak cerita balik kahkahkah...
Aku nak cerita pasal final episod cerita ni..bila dh final mestilah nak tau apa kesudahannya adakah Kang Kyun Jun dan Seo Yeon Jae akan kembali ke badan asal dan semuanya kembali normal sedangkan Kang Kyun Jun dan Gil Da Ran sudah saling mencintai?Jika kembali ke keadaan asal bagaimanakah kesudahan percintaan K.K.J ngan Gil Da Ran sebab K.K.J lebih muda dri G.D.Ran dan merupakan anak muridnya sendiri..?bagaimana pula Gil Da Ran nak berdepan dgn Seo Yeon Jae iaitu Tunangnya sebab Gil Da Ran dh terjatuh cinta kat adik Seo Yeon Jae iaitu K.K.J hahaha..banyak konflik kan??tapi x semuanya terjawab dalam ending cerita ni..banyak yg tergantung dan mengelirukan..
Mereka yakni Seo Yeon Jae dan Kang Kyun Jun akhirnya kembali ke badan asal tapi cara diorang kembali x ditunjukkan langsung..ianya hanya ditulis 1 tahun kemudian...hahaha..adoii x ditunjukkan juga bagaimana Seo Yeon Jae dan K.K.J bersemuka dan bercakap sama2 sebab selama ni sorang koma sorang hidup..kemudian dikatakan Seon Yeon Jae dan K.K.J x ingat apa2 peristiwa yg berlaku selepas insiden kemalangan tuh..bermakna K.K.J x ingat langsung yg dirinya pernah bertukar badan dan pernah bercinta dengan gurunya iaitu Gil Da Ran..sedihkan..tapi dirinya masih kenal laa dgn Gil Da Ran..Part akhir sekali bila Gil Da Ran terserempak dgn K.K.J semula..K.K.J yg menegur Gil Da Ran terlebih dahulu..yg x puas hatinya kan patutnya bila dh kembali ke badan asal diorang patut tunjuk Kang Kyung Jung yg originalnyer la kan yg muda remaja tuh baru la kena dgn jalan cerita..tapi sebaliknya yg berlaku bila yg muncul tuh masih K.K.J versi yg bertukar tuh iaitu muka Seo Yeon Jae..aii aku tengok pun konpius sekejap..patutnya diorang dh bertukar ke asal kenapa masih yg tu lagi...
Inilah Kang Kyung Jung yg asal qiut je kan ;)

Ingat kan aku sorang je yg konpius rupanya ramai lagi yg konpius macam aku..haha aku baca2 komen2 diorang kat laman web ni semua x puas hati dengan ending cerita nih sebab Kang Kyung Jung yg asal x muncul walaupun dia bukan hero dalam cerita nih tapi kalau ikut jalan cerita patutnya die la yg muncul untuk ending cite ni..mcm gmbr kat atas ni hehehe..ending yg begini rupa menyebabkan ramai yg konpius,pening dan tertanya-tanya what happen hahaha..kenapa bukan K.K.J yg asal yg muncul??jadi ramaila yg terpaksa buat andaian sendiri ada yg cakap maybe sebab K.K.J dan Seo Yeon Jae ni awalnya sepatutnya kembar jadi endingnya begitu..pada pendapat aku maybe gak si Gil Da Ran ni yg berhalusiasi haha yg datang padanya mmg K.K.J yg asal iaitu seperti gambar kat atas ni tapi dimata Gil Da Ran dia nampak K.K.J versi hero cerita ni yg dtg padanya maklumlah selama ni kan Gil Da Ran mmg nmpk yg tuh pun kan..ataupun mmg dh adat Hero mestilah yg menang walau apa pun keadaan muka hero haruslah ada untuk ending hehehe..
                                                
die ni la yg muncul di ending cerita ni hehehe..K.K.J versi hensem dan matang
Walaupun ending die gitu..tapi jalan cerita die mmg best..aku suke..hehehe aku suke ngan semua pelakon2 dlm cerita ni semuanya best2...okey lagu yg paling aku suke dalam drama ni bertajuk Hey you..meh tgk videonyer yer..best lagunyer sweet..sape ntah buat video ni..terbaik..jangan lupe tengok video lagu ni..tau..mana tau pas tengok video lagu ni terminat plak nk tgk drama ni..

Read More »

25 Jul 2012

SeJaRah CiNta KristiNe HermoSa


Assalammualaikum..
Hari ni godek2 kt tenet terjumpa gmbar2 Kristine Hermosa nih..korang x kenal ek??bagi sesape yg minat tengok cite Filipina mesti kenal dengan Kristine ni..die yg berlakon cite Pangako Sayo tuh pastu cite Sanay Wala Nang Wakas yg pernah ditayangkan kt Astro Prima bbrp tahun yg sudah..die ni pun pernah datang ke Malaysia dulu..sekarang ni kat Astro Bella tgh tayang cite die berlakon gak iaitu Destined Heart..kalau korang x kenal gak korang layan gambar jer k..hehehe
Dia ni dulu pernah bercinta dengan Jericho Rosales iaitu hero drama yg selalu bergandingan dgnnya..memang sweet jer diorang ni..tpi xde jodoh laa..tapi walaupun diorang dh putus diorang stil berkawan sebab tuh diorang leh berlakon sama2 dlm byk drama yg lain..Jericho Rosales ni pun pernah berlakon dlm filem Malaysia tau iaitu filem BiLut..die jadi pelakon undangan gitu..

Sweet jer diorang kan Jericho Rosales & Kristine Hermosa
Kemudian masa sama2 Berlakon cite hits Sanay Wala Nang Wakas tuh yg Jericho pun ada sekali berlakon sama2, Kristine telah bercinta pula dengan hero ke-2 dlm drama tuh iaitu Diether Ocampo..muka Diether ni mcm pelakon korea pun ada gak chinese look gitu.Mereka ni dikatakan dh berkahwin pun dah tpi jodoh xde dan hubungan mereka juga putus di tengah jalan...
sweet gak hahaha semua pun sweet..

Finally Kristine berkahwin jugak dengan Oyo Boy Sotto yg juga merupakan seorang pelakon...fuhhh taste die semua pelakon tau hehehe..Die berkahwin pada Januari 2011.

beautiful Bride

Kemudian pada Disember 2011..Kristine dah selamat melahirkan Baby GiRL gitu...
hehe gitulah alkisahnya..kadang2 Bercinta bagai nak Rak dengan orang tu tapi akhirnya berkahwin pula dengan orang lain..itulah jodoh kan..

P/s-Baru habis tgk filem 8 JAM fuhhh mmg best..

Read More »

WoRdLess WedNesday-PeRaSaan & WaNita


Read More »

24 Jul 2012

NostaLGia DuLu2-Anak-Anak Sidek


Assalammualaikum..
Koraang semua ingat lagi x dulu2 mmg famous Komik Anak-Anak Sidek ni diikuti pula siri Animasi Anak-Anak Sidek di RTM dulu..hehe aku juga dulu antara penggemar Cite Anak-Anak Sidek dari Komik sampai la ke tv..aku ingat lagi masa aku Sekolah Rendah dulu komiknya memang hot laku tau..siap ada yg bawa gi sekolah tukar2 baca ngan kwn2..aku siap beli lagi kumpul hehe sekarang ni bila punggah barang2 lama mesti terjumpa komik Anak2 Sidek ni hehe..masih terbayang karakter Misbun yg suka buat hal sampai kena marah ngan ayahnya,Begitu juga ngan Ajib yg nakal yg suka mengenakan orang hehe..bagi aku bagus cite ni sebab banyak pengajaran dan nilai2 murni..lagipun Anak2 Sidek ni adalah lagenda Badminton Negara..mmg best cite ni..Sayangnya bersama peredaran waktu Komik/Animasi tv mcm dh xde dh kan..sekarang ni musim Upin Ipin lak..

 Aku ingat lagi masa aku Form 1 kot Anak2 Sidek ni dah start dibuat animasi dan ditayangkan di tv1 or tv2 dulu..masa form 1 dulu aku sekolah petang jadi balik rumah selalunya dh dekat2 Magrib tau..n Anak2 Sidek mmg ditayangkan sebelum Maghrib jadi mmg bergegas la pulang ke rumah sebab nak tgk cite Anak2 Sidek kat rumah..x nak miss cite ni hehehe..
walaubagaimanapun cite Doraemon tetap x lepas juga mmg sentiasa tengok kahkahkahkah..dulu masa kecik2 mmg rajin kumpul komik ni selain Anak2 Sidek, komik Doraemon juga mmg dikumpul hehe..dulu harga Komik murah bukan mcm sekarang mahal yg amat baik aku beli novel jer haha..
sekali sekala layan komil best gak..sekarang ni aku layan Majalah Ujang jer..haha Bumper Puasa Mjalah Ujang dh kuar den dh beli nanti tggu Bumper Raya lak haha.






Read More »

23 Jul 2012

ISu PeLaJar Boleh Bawa TeleFon,GaJet ke Sekolah


Assalammualaikum..
dh lama nak uat entry mengenai iSu ni,sekarang baru berkesempatan..
Ikutkan dah ramai blogger yg buat entry mengenai isu ini dan rata2nya tidak bersetuju dengan isu ini..Korang plak mcmmana setuju ke x?rasanya pada budak sekolah mmg xde bantahan la kot diorang lagi suka dapat bawa benda2 canggih ni ke sekolah..Aku pernah masuk ke satu blog ni yg turut membincangkan isu ni mengikut perspektifnya sebagai pelajar sekolah..Dia setuju sangat kalau dapat bawa telefon bimbit ke sekolah sebab senang kalau tertinggal bas boleh telefon mak ayah..sebab telefon awam byk yg rosak..hehehe begitulah alasannya..bagi pandangan aku la kan aku memang tidak bersetuju langsung dengan cadangan pelajar sekolah boleh bawa tepon dan gadget2 lain ke sekolah..sebab aku rasa banyak keburukan dari kebaikan..

Pertama sekali kita lihat dari segi Kebaikannya dulu yer..
1-Jika Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit maka ianya memudahkan mereka menghubungi ibu bapa mereka jika ada kecemasan begitu juga sebaliknya.
2-Seterusnya selepas ini x perlu la wujud buku nota dan sebagainya kerana para pelajar hanya perlu merakam suara ataupun video guru mereka yg sedang mengajar..jadi bila nak ulangkaji tengok je video tuh balik hahaha..
3-Seterusnya tengok gambar dibawah...hehe
4-X de idea dh hahaha..ada lagi ke kebaikannya??sila komen yer..

Keburukannya
1-Kes Kecurian telefon/gadget mula berlaku
2-Guru mengajar didepan pelajar pulak sibuk bersms/berfacebook,bertwitter secara diam2 di belakang cikgu..
3-Menggangu tumpuan pelajar lain sewaktu belajar ataupun ketika sedang menjawab peperiksaan,dimana ramai pelajar lupa nak off dan silentkan tepon masing2 maka mcm2 nada dering dan bunyi mesej yg akan kedengaran..
4-Akan bermulalah 1 trend dimana semua pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan tepon dan gadget2 canggih seterusnya berlagak ngan kwn2 kt sekolah..
5-Wujud jurang antara pelajar kaya dan pelajar miskin..
6-pelajar miskin akan berasa rendah diri kerana x mampu untuk mendapatkan hp/gadget2 yg canggih..
7-makin banyak lah video2 x senonoh pelajar sekolah masuk kt You Tube..
8-korang pikirla sendiri hehehe
Kalau teringin sangat nak bawa tepon dan gadget2 lain ni masa pergi belajar senang je tggu sampai masuk Universiti/Kolej haha masa tuh nanti bawa la puas2 xde sape nak halang dah..

Saja nak kongsi cite ni Masa aku belajar kat UM dulu pun ada gak kes kecurian laptop tau.Alkisahnya laptopnyer hilang di surau..masa ni die tinggalkan beg nya dan laptop di surau n kemudian dia pergi ambil air sembahyang nak solat Asar rasanya masa tuh..sekejap je pun nak amik air sembahyang/wuduk tuh kan bukan lama tapi bila dia datang balik beg die dan laptop semuanya hilang..die tinggal sehelai sepinggang jer masa tuh..fuhh apa lagi menangis la jwbnyer..kecoh gak la masa tuh..lepas dari kejadian tuh semua pakat berhati-hati dh..
Jadi rasanya mmg byk keburukannya bwa tepon dan gadget ke sekolah..apapun kita tgu je keputusannya nanti..

Read More »

22 Jul 2012

Penghijrahan Abby Abadi mula dipersoal?


Assalammualaikum..
Sejak Akhir2 ini Twitter Abby Abadi makin panas dgn pelbagai komen positif dan negatif mengenai pendirian beliau..ada yg suka ada yang tidak..apapun jom kita baca artikel ini yg aku copy paste dari Yahoo->DisiNi ...
Kepada peminat tegar atau sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, pastinya sedia maklum bahawa selebriti ini kini sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri.Meskipun baru-baru ini Dato' Ac Mizal mencabar aktres dan bekas penyanyi kumpulan wanita popular, Elite ini berdebat mengenai isu ISA & PDRM, Abby nampaknya tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama dan politik beliau kini. Pada hari Selasa yang lepas Abby menerusi laman Twitter miliknya menulis bertanya pandangan tentang senario kini di mana ramai wanita tidak menutup aurat dan ia seakan menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat.
Abby dalam tulisannya (yang telah distruktur semula) berkata, "Kenapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?"Pandangan dan pertanyaan Abby itu rata-rata telah mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak tidak kurang juga yang menyokong Abby sehingga terciptanya hastag #teamabbyabadi
Antara komen pengguna Twitter berbunyi;
Harits Asyraf Karev @HaritsKarev
aku menyampah buat story abby abadi.. orang lain berhijrah jugak.. taklah mcm kau!!! sendiri persoal orang, sendiri jawab balik!!
Famous hina bro RT@ bashrafi: Femesnya Abby Abadi. Good for you la dah bertudung.
Aida Amyra Khapez @aidaamyra
Kenapa ngan dia ? RT@: Sy akui sy peminat abby abadi. Tetapi selpepas stalk twitter die hati rase lain.:/
feeqa?areen @feeqanadia
Mkin lame tgk abby abadi ni mkin annoyg.. Dduk diam jage anak2 sudah.. Sume org sbuk nk bpolitik skrg..
Rata-rata mereka yang kurang senang dengan pertanyaan Abby ini menyifatkan Abby masih belum layak mempersoal aurat orang lain kerana sejarah silamnya juga dahulu tidak menutup aurat.Kritikan dan pandangan pengguna Twitter tidak dibiarkan sunyi. Abby kemudiannya membalas komen tersebut dengan berkata, "Kenyataan saya pagi tadi tentang isu tidak bertudung bukan untuk menghakimi tetapi ingin berkongsi sebab ingin tahu apa alas an mereka. Macam saya dulu, saya ingat ia bukan masalah besar sebab ramai yang macam tu (tidak bertudung)."Sebagai wanita yang beragama Islam, selepas akil baligh memang tidak ada pilihan (itu yang saya kongsikan pagi tadi). Kenapa pandang negatif? Ingatlah kita di akhir zaman," balas Abby di laman Twitter miliknya yang sedari pagi hingga malam tidak surut dengan pandangan dan kritikan pengguna lain.
Sementara itu, portal hiburan Murai, turut memetik padangan orang ramai mengenai penghijrahan Abby yang dikatakan lebih berbaur politik daripada mendalami ilmu agama itu sendiri. Murai dalam laporannya berkata, "apakah penghijrahan awal tersebut, Abby Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?"
fuhh mmg panass..tapi semua ada pandangan masing2 kan..tertanya-tanya Dato A.C Mizal jadi ke berdebat ngan Abby tuh dengar kata Abby menerima cabaran Dato A.C Mizal utk berdebat tuh..tapi x tau la jadi ke tidak nak berdebatnyer..ingat lagi dulu2 masa D.A.C Mizal dan Abby sama2 berlakon dlm Gerak Khas dulu..cite polis gak bila dh gaduh pun bergaduh pasal isu polis juga...emmmm

P/s-tajuk dan isi entry ni bukan aku yg buat yer aku hanya copy paste dari yahoo sumber ada diatas..cuma ayat atas n bwh sekali je ayat aku..jgn salah paham lak yer..
Read More »

MooD Sedey:LoLeN anD Me


Assalammualaikum..
Sorry pada semua sbb sejak dri semalam semua entry pasal join Segmen jer kan..
Alhamdulilah hari ni masuk 2 hari umat islam berpuasa..
Walaubagaimanapun,mood aku x berapa okey hari ni sebab takut,bimbang,risau ngan kucing aku yg brnama LoLen..nampak die macam x berapa sihat jer..waaaaaa ala x mo la sakit2 gini..susah hati laaa...nak bwa gi klinik transport xde lak..tmbh2 hari ni hri minggu lak...huhuhu ntahlaa sedih je..lolen dh lama dgn aku sejak dari aku masih bersekolah sampai dah Grad dari Universiti..dia setia menemani..dlm suka dan duka dia ada bersama..x leh bygkan lau raya nanti die dh x ada dgn aku huhuhu..ya Allah sembuhkanlah dia biarlah dia sihat dan cergas seperti sediakala aminnn..huhuhu sorry x dpt tulis pjg2 sebab dh sedih sgt ni..
~Quote yg ala2 kata semangat untuk Aku~

Read More »

20 Jul 2012

SeLaMat BerPuaSa PaDa SeMua ^_^

Assalammualaikum...
Okey kat sini saya nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua follower blog ini x lupa juga pada silent reader blog ini yer...
Also to pada GSF,Jozannerz dan semua selamat menyambut bulan Ramadhan yer..moga kita mendapat keberkatannya aminnn...

P/s-jangan lupa Klik sini utk tengok Video yg den buat tuh kat You Tube tau hahaha penat den buat video sendiri hehe ;p - http://www.youtube.com/watch?v=faZL4HblNi0&feature=plcp
Read More »

19 Jul 2012

My 1st ViDeo Of JOZAN-Aksi2 JoZaN yg Sweet


Assalammualaikum...
Saja nak share video yg den buat hahaha..first time try buat video x tahu la best ke x..jeles tgk org lain buat jadi nk try la buat gak..haha
Saja nk berjinak-jinak dalam pembuatan video fuhh mcm buat filem rasanya kahkahkah...
susah la gak nk buat sbb nk mengedit nk kena cut lagu dan video..pastu nk pilih video yg mana satu paling susah nak cari idea untuk jalan cerita dlm video tuh..jadi jalan yg paling senang aku merapu jelaa hahaha...video kt atas ni x berapa touching sgt lebih kepada happy mood hihihi
so eksklusif di blog ni dipersembahkan video Aksi2 Sweet JOZAN edited by me....


hope semua enjoy dan layannn ngan video tu peaceee yoo hehe pinjam doodle Mama Arina jap..dlm blog ni video tuh kecik sikit..kalau nk tgk yg besarnyer leh tgk kt You Tube yer klik je tajuk kt atas video tuh..lau sudi komen la sekali yer hehehe...

Read More »

18 Jul 2012

WordLess WedNesday#Kreatif & ComeL

Hehehe Kreatif kan??

grrrr kenapa kucing ni comel sangat rrr...eee rasa nak peluk buat teddy bear jer ni..geramm tgk..ada gak yg tanya aku ni kucing ke patung??haha aku rasa ni kucing..hehe tapi comel bangat ni..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017