-->

31 Jul 2010

KeLaPa aTaU MutiARa..??

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang






Yang Pertama..

Kamu jadi seperti kelapa..mudah diperoleh

Diparut..


Diperah..

Dan diambil santannya..

Lepas tu hampasnya dibuang...





Yang Kedua..

Kamu menjadi sebutir mutiara..

Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..


Dilindungi kulit..


Bukan senang nak melihat..

Apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah..


Beruasaha menyelami dasar lautan..

Dapat memperolehnya..

Harganya mahal sekali..


Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..

Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..


akhirnya habis kari dimakan..


pulut panggang sisa habis ditelan..

dan santan hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..

tertanam di dasar yang paling dalam..


sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi permata hiasan..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama mutiara tertanam..

makin tinggi nilaian..




OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan..

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..




Menjadi mutiara..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis perawan..

hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..
Read More »

30 Jul 2010

MeNgeNai BuLaN SyAaBaN...




SaLam to everybody..thanks pd sesape yg sudi singgah diblog aku yg x seberapa nih..aku nak kongsi serba sedikit info ttg bulan Syaaban..actually kalau mengikut calendar islam..aku dilahirkan dlm bulan Syaaban..mak aku kata aku lahir pada malam nisfu syaaban..n mengikut cerita mak aku gak..nama aku nih pun diambil dr nama Syaaban dan diubahsuai menjadi nama aku sekarang nih..nama aku ni tok aku yg bagi..apa pun bagi aku semua bulan dlm calendar islam adalah bulan2 yg baik..apa pun x lama lagi dh nak puasa..so selamat menyambut bulan puasa yg bakal kunjung tiba x lama lagi kpd semua pengunjung blog ni..

 
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.


Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.


Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.


Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.


Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.


"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.


Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."


Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit.


Pada malam Nisfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti suka bergaduh dan bermusuhan.

"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Read More »

KaTa-KaTa HikMat oRaNg PutiH.. ;)

 “A JourNey of a ThouSaNd MiLes must BegiN witH a SingLe Step”.- Lao Tzu


“Be absolutely DeteRmined to Enjoy What yoU Do”.-Gerry Sikorski

“The UnDertaKing of a New ActioN briNgs New StrEngth”.-Richard L.Evans


“It is FuN to Do thE ImPosiBLe”.-WaLt DisNey

“Without HaRd WorK, nOTHing gRows but Weeds”-GoRdon B. Hinckley

“LiFe is 10% of wHat HappeNs to Me and 90% of How I React to it”.-JoHn Maxwell


“PatiEnce and PeRseveraNce have a MagicaL Affect befoRe which DiFficuLties DissaPeaR and ObstacLes VaNish”.-John Quincy Adams.


“MotiVation is What gets yoU started. HaBit is What kEeps yoU going”.-Anonymous.


“BeaUty CaptuRes attention, PeRsoNaLity captures HeaRts”.-Jessica Brenes.


“OuR GreateSt gLoRy is Not in NeveR FaLLinG, But In RiSing EveRytiMe We FaLL”.-ConFucius-


“WhiLe tHeRe’s LifE, TheRe’s HoPe”.-Cicero


“OnLy tHrough FocUs caN yoU Do WoRLd-cLass things, No MatteR How capable You aRe”.-Bill Gates.


“PatiEnce, PeRsiSteNce and PeRspiRatioN Make an UnBeataBLe ComBinatioN For Success”.-NapoLeon Hill.


“PeoPLe aRe JuSt as HapPy as They Make Up their MiNds to Be”.-Abraham Lincoln


“We Do Not Quit pLayiNg BecaUse We Grow oLd, We Grow oLd BecauSe We Quit PLayiNg”.-Oliver Wendell holmes..


“LaugHteR is By DeFiNitioN HeaLtHy”-Doris Lessing.


“The OnLy Source of KnowLedge is ExpeRieNce”-Albert Einstein


“Not EverythiNg tHat caN Be CouNted CouNts and Not EverytHing tHat CouNts CaN Be CouNted”.- Albert Einstein.
Read More »

26 Jul 2010

PEREMPUAN ITU SEMALU

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


 1. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).



2. Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.



3. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.



4. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Read More »

25 Jul 2010

KiSaH Aku, SeMua & LapTop..



Emm baru beberapa hari yg lalu Laptop aku dihantar ke kedai computer utk dibaiki..sejak dua menjak ni kerap pula die uat hal…dh bbrp kali dh kena hantar dibaiki..masalah yg sering terjadi bila bunyi die hilang tiba2..audio volume die tiba2 hilang2..maka dgn itu bisu la kejap laptop aku yg tercinta nih..mang bowink hidup bila xde laptop n x dpt connect internet..x tau nak uat pe dh..Laptop aku ni dibeli masa aku first year di UM..mang susah kalau xde laptop time tu..aku ingt lagi time pertama kali uat pembentangan..

aku terpilih menjadi org pertama kena bentang dlm kelas tutorial bersama dgn sorang lagi..huh.takut gak time tu..maklumlah bru first year..pastu dh kena bentang utk tjuk pertama..pastu kena uat handout la apalah..dh la masa tu aku xde laptop lgi..trpaksa gi CC..buat handot dsbnya..n time uat assignment pun mang lintang pukang..nota kaki terbalik la apalah..nasib la pensyarah aku time tu Prof Madya Danny Wong x marah atas kesilapan teknikal tuh..die siap bagi kertas yg ada cara2 buat nota kaki…maklumlah die tau student first year..jd boleh dimaafkan..n aku pun time tuh x kenal mana2 senior pun yg leh mintak tjuk ajarku sifu hehe..sebaliknya sume sendiri2 jer..



Bile dh dapat laptop ni bru la kerja menjadi senang dn mudah..tmbh2 kt kolej dpt tenet..hehe seronok laa..Cuma printer je xde..jadi apa2 kena la gi print kat cc..sesungguhnya laptop aku ni amat berjasa pada aku..i luv u my laptop hehehe..n masa kt umah sewa dulu..xde tv..jadi dengan laptop ni gak la lepas rindu nak tgk movie..nasib la sound laptop aku ni kire okey gak..jd puasla lau nk menonton kan..


Bile ckp pasal laptop ni..teringat lak kat computer di umah aku yg tersadai mcm tu jer..x rosak Cuma byk giler virus dlm tuh..kalau bukak tu punya la lembab..hilang kesabaran menunggu tuh..nak dibaiki x tau lak kt sape nk hntr maklumlah ni bukan laptop yg senang dibawa utk dihantar ke kedai dibaiki..jadi dok tersadai mcm tu jela..sayang gak..ikutkan computer umah aku tu dibeli lepas aku tamat form 6..siap beli meja letak computer dan kerusi..excited time tuh hehe..tp sekarang ni dok mcm tu jela..kucing aku yg rajin tido atas meja computer tuh hehehe..


Boleh dikatakan aku agak terlewat gak la mempunyai computer di umah aku..sedangkan kawan2 lain kebanyakan mmg dh ada..naif lgi aku ttg computer ni sume smpai ke form 5 pun takut2 lgi nak main computer time ada kelas computer di sekolah..selalunya tgk jer apa yg member buat..aku lak takut nak main..sbb takut rosak la apala..x tau nak tutup dsbnya..mang x confident lgi hehe..mang hampeh tul aku time tuh..bile masuk form 6 lak..ada tugasan pembentangan berkumpulan..kena uat handout guna computer..aku mang xde computer..member aku lak computer umah die rosak..pastu trpksa suruh budak laki yg 1 kump ngan kteorg tlg taip..tp hampeh..x leh harap…lain kite suh buat lain plak yg die uat..tension jerr kteorng..lau dh pemalas tu malas jugak..huhuhu…


Kemudian lepas result stpm kuar..bermula lah pendaftaran online ke Universiti…masa ni trpksa la gi CC.utk dftr..dh la jauh cc huhu..kat kwsn umah aku xde cc..yg ada sume jauh2…dulu ade tp dh tutup..yg ada pun jauh2..tu pun kebanyakan nya milik bangsa Cina…nak x nak terpaksa gak gi sana..dh la milik Cina, pastu tempt die gelap dn bising dgn budak2 dok main games..xde privacy..sakit jiwa dok lama2..tensionn..nasib pi ramai2 dlm 2-3 org..jadi xde la bowink sgt..
mula2 umah aku hnya ade komputer jer..internet xde lg..bile dh bowink main perisian komputer jer..aku pun pujuk la mak aku suh pasang tenet plak..dn akhirnya Alhamdulilah berjaya..hehe..
selepas adanya internet di umah aku..semua urusan aku berjalan lancar..x yah penin2 nak cri Cybercafe sume..n xde la nak buta i.t hehehe..

well internet ni sebenarnya menyenangkan hidup gak..lau sunyi2..aku berfb, tgk blog org..download games, lagu..apa pun syukur...atas nikmat kurniaannya..
Read More »

RaHsiaa-RaHsia waNita..

Jom kongsi info ttg rahsia wanita..actually rasenya ramai kot yg dh pernah baca ni..tp apa salahnya aku kongsikan lgi disini..sbb rasanya info2 dibawah ni kebanyakannya mang benar pun..tapi xdela benar 100% yer....so jom baca..dan renung2 kan..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!! 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Read More »

22 Jul 2010

DRaMa BeRsiRi LaGeNda BuDak SEtaN..



Kalau korang tgk astro sejak dua menjak ni..especially kat A.prima..korang perasan x dh ada iklan drama bersiri LaGeNda Budak Setan..yg bakal ditygkan pada 10 ogos depan..Kalau tgk dri iklan die..nmpk cm best jer..yg penting hero tetap Farid Kamil..Cuma watak Ayu, Katerina dll x tahu lak sape yg berlakon..setahu aku Jue aziz, Melissa Maureen Rizal turut berlakon..x silap aku Melissa akan pegang watak Katerina yg mana lau dlm filem dipegang oleh Fazura..Cuma watak Ayu aku x sure sape yg pegang..x kan jue aziz kot..x sesuwei la weii lau die jadi Ayu..huhuhu..yg pasti Lisa surihani x berlakon dlm drama bersiri ni..huhu..lau die ada mesti best..


Mungkin diorang nak kelainan dri filem kot..huhu..


Kalau tgk iklan cite ni die tjuk muka Farid Kamil jer..teruja lak aku nak tgk cite nih..sejak filem sampai la ke drama bersiri keterujaan aku nak menonton mang tinggi..ditmbh dgn lagu BiLa Cinta yg sedap tuh..huh mang syok tgk..


Harap2 watak Ayu bukan la jue aziz yg pegang..mcm x sesuwei die digandingkn ngan F.Kamil..nmpk cm die dh tua la..hehehe..


Watak azmi sume pun x tahu sape yg pegang..


Aku ada gak search kat tenet kot2 ada info nama pelakon ke apa ke..tp x jumpe lak..byk Jumpe info ttg versi filemnyer bukan versi drama bersiri..


Tp aku setuju la farid kamil dikekalkan..sbb lau digantikan dgn pelakon lain..cm pelik la plak..jadi mcm x best….Cuma harap pelakon wanita yg dipilih mantap2 la..lau ada fazura kan lg best..tp rasanya die xde berlakon dlm drama brsiri ni huhuhu..


X sbr nk tgk…lalalalala…

Read More »

17 Jul 2010

21 THiNgs AboUt ME..U HavE to KNow..



  1. I LovE cAtS..
  1. SEoRaNg YaNg SeTia
  1. CeRiA + PeMaLu
  1. KaDang2 tu SeNsiTif & EMo gak..
  1. SeOraNg YaNg FoKus dLm meLakukAn sesUaTu HaL.
  1. Memiliki SuaRa yang LaNtaNg…aku cakap cam biase jer..tp org anggap aku MaRah hehe..
  1. PaLiNg tiDak sUke DiTiPuuu…..awasss
  1. SuKa BeRaNgAn Jugaa..lalalala hehe..
  1. KaDang2 Rasa TaK CoNFideNT deNgaN DiRi SeNdiRi..& SukE mEnyeNdiRi..huhu..
  1. KuRaNg GeMaR MemaSak..hehehe..
  1. SuKa MemBacA NoVeL, BuKu2 maHupun Artikel2 SEjaRaH..
  1. KeRas HaTi gak…
  1. Cepat Marah dan Juga cePat Sejuk marah tuh..
  1. Tidak KedekUt
  1. tiDak boleh meliHat cerita2 seDih mengeNai Haiwan yg teraniaya..pasTi seDih dan Boleh mengaLirkan Airmata..
  1. Jiwa KeNtal hehe..Agak KasaR..lalala
  1. Suke meNdengar Muzik & BerMain GaMes.
  1. Boleh LayAn pelbaGai JeNis MoVies..cth..cite Korea, English, MaLay, BollyWood, Filipina dll..
  1. Suka BerSaiNg terutamaNya daLam PeLajaraN.
  1. Suka MenyaNyi..tp nyanyi di rumah jer..xde makne nak pi karaoke sume..
  1. SeoraNg Yang Tegas tapi bukan Garang.
(MeNiLai DiRi sEndiRi adaLah Lebih Susah daRi meNiLai 1000 oraNg lain..)
Read More »

11 Jul 2010

SoRrY gEng N ThaNks..


Emm ..aku rasa mcm xde yg baca blog aku..jadi penulisan aku kdg2 agak Emo gakla..ikut feeling dan mood msa menulis tuh..menulis ikut suka hati..sedangkn ada gak member2 aku yg baca..

well sorry la too korang sume..
emosi x stabil..jadi cepat je aku terasa hati or tersentap..
sedangkan semua org ada masalah sndiri..n semua org ada reason sndiri..
sorry to my friends yg terasa hati atas entry aku yg lepas2..
perasaan aku sekarang berkecamuk gak...

sbb aku rasa aku terlampau senang skrg sampai aku rasa takut utk hadapi saat susah nti bila ia menjelma utk mnguji aku..huhu..
walaupun kini aku sdg berdepan dgn ujianNya..namun aku ada sokongan IBU ku yg tersayang..
tp sekiranya ibu aku dh tiada..itulah saat yg paling aku takut utk hadapinya...mcmmana la agaknya aku akan menempuh hidup ini...

mcmmana nanti..
kenapa aku x mcm org lain...................
diorng selesa dgn apa yg ada..tp aku...diuji......??
aku pujuk hati aku..
dugaan sume tuh...bersyukur apa yg ada..
apa yg brlaku ada hikmahnya..

aku jelez dgn rakan2 ku yg tlah pn smbng bljr..
dpt menempuh semula alam sebagai pelajar..
sebelum nanti mnjadi tnaga pgajar pula..
tp aku walaupun ada peluang..
aku x mampu..
huhuhu

byk halangan....................................................
berat mata memandang ..berat lg bahu memikul...


thankz to kawan2 yg ambik berat ttg keadaan aku...
yg x jemu2 bertnya khabar, memberi semangat..
especially to Zah..thanks..
AKU MESTI KUAT!!TABAH..DAN MAINTAIN QIUT HEHE..

Read More »

7 Jul 2010

FaCeBooK VS FriENdSteR..


FACeBook kini menjadi fenomena..boleh dikatakan hampir semua org pasti mempunyai 1 akaun Facebook..x pun akaun laman sosial yg lain seperti Twitter yg kini makin digemari ramai..namun masih belum dpt mengatasi facebook..kalau dulu, ramai yg menggemari Myspace dan Friendster..tpi kini Facebook menjadi pilihan ramai…


Aku pun x ketinggalan..aku juga mempunyai akaun Facebook..dan kebanyakan kawan2 dlm Facebook aku, kebanyakannya aku kenal..kalau ikutkan aku juga mempunyai akaun Myspace, Friendster dan juga Twitter..namun aku aktif di facebook jer..sebelum menggunakan Facebook aku gemar menggunakan Friendster..dan sehingga kini friendster aku tuh masih wujud..Cuma jarang aku bukak..kadang2 bru la online friendster jap..manakala Myspace pula aku x brp minat..pasword sume pun aku dh lupa..jdi aku biarkan jer..manakala Twitter aku masih baru lg..aku just dftr je pun..x explore mende pun..last2 mcm tu jela..hehe..



Mulanya aku x berminat nak buka akaun facebook ni..sbb dah selesa mggunakan Friendster..namun semakin ramai kawan2 aku dh mula beralih ke FB..tp aku uat derk je lg..hehe sampaila satu hari ni aku adala minat sorang artis reality ni..die baru mnang 1 pertndingan kt tv..jdi sebab minat punya pasal aku pun buka la akaun FB semata-mata nak tgk fb die dn add die as a friends..hehe..jdi artis tu la rakan aku yg pertama di Facebook hehe..so dari situ FB aku makin berkembang, kawan2 makin bertambah..Namun aku masih setia lagi ngan Friendster..



tp sekarang ni kebanyakan..hampir majoriti sebenarnya sudah mula ingin mendelete akaun frindster mereka masing2..kesian Friendster , bak kata pepatah Habis MaNis Sepah Dibuang ehehehe..



Bagi aku..aku x delete la akaun Friendster..coz kat situ aku byk dh upload gambar..syg nak buang..kalau laptop aku rosak ke apa ke..kurang2 gambar2 yg hilang aku leh amik kt frenster aku tuh..kat Facebook aku lak..gmbr x byk sikit2 je pun..aku malas nak upload gmbr..cukup2 la gmbr2 yg dh ada kt Friendster tuh…Bila kadang2 aku buka FS sunyi sepi jer..hehe..kebanyakan buat announcement nak delete FS dan minta add diorang di FB..bagi aku..aku akan aktif ngan Facebook Insyaallah kalau x busy laa..Friendster juga akan dikekalkan..walaupun kadang2 je aku bukak..hhehe..


Read More »

BiaRLaH.................



Emm Minggu ni agak sukar untuk aku tempuh..

Minggu ni lah bermulanya sesuatu yg baru dan pengalaman yg baru yg akan ditempuh oleh insan lain disana..manakala aku tetap disini..

Setelah menolak segalanya..beginilah aku..



Sebelum tiba harinya kawan aku ada sms aku..menginginkan aku disana..kerana dia gembira jika aku ada disana…kerana dia kurang selesa dgn rakan lain..

Namun…aku pasti..org sepertinya tidak sukar mencari kawan baru menggantikan aku.

Buktinya setelah kesana tiada khabar berita dh darinya..mungkin sibuk agaknya..berdepan dgn suasana baru, kawan baru, tugas baru, tempat baru..huhuhu..


Seronoknyaaaaa………

Ingin aku bertanya khabar pada mereka..

Tapi

Walaupun niat tu ada..namun hati tetap menghalang..

Kerana apa pun kata mereka..yg pastinya aku yg kecewa dan terkilan

Kerana tidak dapat bersama mereka menempuh lagi alam itu.

Mungkin juga salah aku kerana tidak berani berdepan dgn cabaran

Ataupun aku yg tidak berdaya…

Sebelum aku menyusahkan semua org..

Biarlah begini…huhuhu…



Seronoknya disana seandainya dpt berjumpa semula teman2 seangkatan..

Tapi ianya tidak tertakdir untukku buat kali ini…

Aku ingin lari dri memikirkan semua ini..

Namun dlm hati ini..aku ingin mengetahui cerita dan khabar dari sana..

Tapi adakah yg sudi berkongsi cerita dgn aku..

Apakah simpati yg menular dlm diri mereka menghalang mereka dr mengkhabarkan cerita dri sana..



Semuanya telah perfect..

Dri segala sudut dan segi…

Aku pasti gembira jika dapat mempelajarinya

Sejarah adalah minat aku..sudah aku genggamnya

Tpi terpaksa lepaskan..


Mungkin ada yg kata betapa bodoh dan ruginya aku..

Biarlah apa yg diorang nak cakap dan pikirkan

Aku malas memberi penjelasan lagi..



Ada juga rkan2 lain yg tidak tahu jalan cerita

Dan menganggap aku dh pun gembira disana..

Biarlah tidak perlu aku berkongsi cerita

Biarlah mereka tahu sendiri dari mulut org lain..



BiaRLah…………………………………………………….

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017