Semak Keputusan Peperiksaan Anak Anda Secara Online Dengan Sistem SAPS Ibu Bapa
Apa itu SAPS Ibu Bapa? SAPS Ibu Bapa atau SAPS adalah Singkatan untuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data -data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini memudahkan ibu bapa dan juga pelajar untuk membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Selain ibu bapa dan pelajar, sistem ini juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak lain seperti pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD. Kiranya dengan ada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini akan memudahkan semua pihak. Walaubagaimanapun Semakan keputusan peperiksaan online ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Segala keputusan peperiksaan sekolah seperti Ujian 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan boleh disemak melalui laman SAPS ini, kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.
Teringat zaman - zaman dulu semuanya kena dibuat secara manual, segala keputusan harus direkodkan dalam buku laporan atau Report Cards. Ibu bapa pula terpaksa menunggu anak - anak mereka memberikan buku laporan untuk disemak oleh ibu bapa dan seterusnya menandatangani buku laporan prestasi pelajaran anak mereka itu. Atau pun Ibu Bapa perlu datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru anak mereka bagi melihat keputusan anak mereka sekaligus berbincang dengan guru anak mereka tentang keputusan ujian dan peperiksaan anak mereka. Bila ada sistem SAPS Ibu Bapa ini, pelajar dah tak boleh nak menipu tentang jumlah markah peperiksaan mereka atau pun mencuba untuk meniru tandatangan ibu bapa mereka lagi, serta memberi pelbagai alasan lain kerana di zaman teknologi ini, semuanya hanya di hujung jari saja. Dengan kemudahan Internet, Ibu bapa dah boleh menyemak keputusan peperiksaan anak - anak mereka secara online, pada bila - bila masa dan di mana - mana saja tanpa ada halangan, dengan menggunakan Sistem SAPS Ibu Bapa ini.
Dengan adanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Saps Ibu Bapa) ini membolehkan ibu bapa memantau prestasi pelajaran anak mereka dengan lebih senang dan efektif. Ibu bapa juga boleh mengetahui subjek apa yang anak mereka cemerlang atau pun lemah, kerana ianya memaparkan slip keputusan peperiksaan dengan terperinci sekali, termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan , jumlah kehadiran ke sekolah, peratus dan lain - lain lagi. Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat perbandingan markah setiap peperiksaan yang diduduki oleh anak mereka dan sekaligus mengetahui sama ada prestasi pelajaran anak mereka makin menurun, mahu pun semakin bagus. Apa pun jom tengok cara - cara dan langkah - langkah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar di bawah ini ye.
Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.
- Melayari ke laman SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
- Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama sekolah dan tahun.
- Tekan semak.
- Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.
Terima Kasih buat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana telah mewujudkan sistem SAPS Ibu Bapa ini dan memudahkan lagi urusan semua pihak yang berkaitan.
Suka sistem ini.. Mesra pengguna dan mudah nak semak keputusan anak-anak..
BalasPadam