-->

31 Mac 2010

REviEw 11 FiLeM yg Aku Dah tEnGoK..


SaLaM..HoLa…utk entry kali ni aku nk kongsi review filem2 yg aku dh tgk sepanjang buLan ni..

First filem yg aku tgk adalah cite 1)DiL BoLe HaDippA- lakonaN RaNi MuKerji dan ShaHiD kApoor..Dlm cite ni rani akan menyamar jadi Lelaki Singh hehe..walaupun jdi lelaki ttp comel gitu..dari segi gandingan shahid n rani mmg sepadan coz dua2 pun quit..Rani pun sgt cantik dri segi make up dan baju2 pun lawa..Cuma ada adegan yg rani kena pakai skirt yg amat pendek sekali..atas peha tu..ish2 lau x cover tul2 sure nmpk yg terlarang..pendek gler..dikatakan filem ni antara filem pertama Rani yg menyaksikan Rani berbikini dlm salah satu adegan lagu..ish2.nmpk sgt Rani terdesak utk mengembalikan semula kedudukannya di Bollywood kerana kebanyakan filem2 die sebelum ni gagal..so untuk mengembalikan kemasyurannya Rani sanggup berbuat apa saja utk pastikan filem ni Box office.

x silap aku filem ni berjaya..Keseluruhannya filem ni memaparkan tentang diskriminasi wanita dlm sukan(Kriket) sehingga memaksa seorang wanita mengubah penampilan srta trpksa menyamar menjadi lelaki semata-mata utk mencapai impiannya utk menjadi pemain kriket yg terkenal..walaupun berbakat besar dlm sukan kriket..namun haknya dinafikan disebabkan dirinya seorang perempuan.Ada pengajaran juga la cite ni..not bad..Cuma yg x best bagi aku ttg subjek utama cite ni iaitu sukan kriket..di Msia sukan kriket x popular..jd susah la nk layan n faham cara sukan kriket dimainkan dsbnya…namun nasib lakonan mantap rani dn shahid menarik minat aku utk terus tgk cite ni smpai hbis.



2)cite kedua yg aku tgk adalah cite ALaDin (versi Bollywood) watak Aladin yang

dimainkan oleh Ritesh Deshmukh, watak Jin lampu ajaib tu dimainkan oleh Amitabh Bachan, watak heroin dimainkan oleh pelakon baru, aku x ingt nama die tp lawa gak heroin die..watak jahat dimainkan oleh SanJay dutt.. boleh tahan gak cite ni..enjoy tgk..sbb cite aladin ni kite semua serba sedikit dh tahu..so bile difilemkan ia menjadi unik dan menarik..
Keseluruhannya, cite ni memaparkan perebutan lampu ajaib.serta 3 permintaan yg boleh dibuat oleh ALadin..apa pun mmg leh layan la cite ni..hehe..


3)cite ketiga yg aku tgk adalah cite org putih iaitu OBseSSeS..lakonan BeYoNcE, Ali Larter, dll..cite ni lebih pada cerita skandaL di pejabat..yg mana mengisahkan seorang wanita bujang yg tertarik pada majikan nya yg sudah pun berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki..konflik berlaku apabila wanita ni cuba menggoda habis-habisan majikan die ni..tp x berjaya..majikan die amat sygkan isterinya..namun wanita berkenaan terus berusaha utk menghncurkan rumahtngga majikannya..konflik bertmbnh hebat apabila isteri majikannya tahu ada wanita lain yg cuba rampas suaminya..dan die cuba mempertahankan rumahtngganya..
Bagi aku jalan cerita filem ni biase jer..dh pernah ada org buat jln cite mcm ni..aku rase cite ni byk bergantung pd kepopularan Beyonce tu sendiri.sbb lau nk hrp hero die mang x hensem dh..aku pn x kenal hero filem ni..org negro..hehe..tp bagi aku apa yg menarik dlm cite ni adalah ketika babak aksi pertarungan antara beyonce dan wanita yg nk goda suami die tu..seronok tgk diorang berlawan..pukul2..jatuh2..tumbuk2 dush2..hehe..and last beyonce menang dn perempuan tu mati dihempap siling..kirenyer dpt dilihat disini cite ni menolak stereotaip la gak bile wanita juga mampu bertarung mempertahankan diri..yakni boleh melakukan kekerasan dan keganasan xde la lembut sepanjang masa..bagi aku cite ni best dekat ending die.hehe…awal2 tu sume jalan cite die biase je..



4)seterusnya adalah cite AVaTaR arahan James Cameroon..ala yg sebelum ni mengarah filem TitAnic tu..bagi aku personally aku lagi suka cerita TitAnIC Lagi dr Avatar ni..tp apa pun Avatar boleh la tahan gak..sbb ia filem yg unik yg membawa kita kat satu tempat yg asing bagi kita semua..orgnya sume pun berkulit warna biru, berekor, rmbut pjg dsbnya..suatu ciri2 yg menarik..kirenyer interesting utk tgk..ianya juga memberi mesej pada kite semua utk sentiasa menjaga dan menghargai alam semulajadi kita yg ada pada hari ni..filem ni penuh ngan tema kemanusiaan dan alam semulajadi..selain turut memaparkan kerakusan manusia meragut kehidupan lain demi cita-cita mereka..manusia snggup memusnahkan apa saja yg menjadi penghalang pd kejayaannya…apa pun x rugi menonton filem ni dr awal hngga hbis..
Namun bagi aku, aku suka titanic lagi..hehe..


5)yg kelima adalah filem AdNaN sEmPit yg popular ngan tagline nyer “Dimana ada kemahuan disitu ada highway”filem ni box office di pawagam..bagi aku cerite die senang faham..x berat kan kepala otak sgt..berbanding cite rempit yg terdahulu yg sentiasa bising dn penuh ngan keganasan..cerita ni senang layan punye..enjoy utk ditonton..tp lau nk harap filem ni menang anugerah mang susah la kot sbb cite ni ringan sgt..tp pe n berbaloi gak utk ditonton..sinopsis cite ni korang cari sendiri la kt tenet..hehe aku rasa ramai yg dh tahu jala cite die kan..hehe..


6)filem seterusnya adalam filem MuaLLaf..arahan Allahyarham Yasmin Ahmad..lakonan ShaRifah Amani ngan adik die tu..hero filem ni org Cina..entahla filem ni bagi aku agak susah nk faham laa..nak tgk cite ni fikiran kena ksg dan terbuka..masa aku tgk cite ni aku agak mengantuk sgt dn hrp cite ni cpt2 hbis..ntahla x kena ngan jiwa aku la cite ni..membosankan..xde pe yg menarik biase jer…tp kalau tgk dr sdut positif bole la dilihat kasih sayang kakak kpd adiknya..banyak gak hadis2,surah2 Al-quran digunakan dlm skrip filem ni.Cuma dialog filem ni banyak atau hmpir keseluruhan dlm bahasa inggeris..mungkin tu salah satu sebab filem ni memberatkan kepala dan membosankan..
Bagi aku dlm byk2 filem Yasmin Ahmad yg boleh aku layannye adalah filem Gubra..kot..


7)filem ketujuh yg aku tgk adalah filem JaLang lakonan pelakon baru YasMin Khanif, Hairie Othman, Kuswadinata, Norlia Ghani, Maria Farida dll…filem ni memaparkan seoarang wanita yg bekerja di syrikat kewangan cmtu..sanggup menggadaikan tubuhnya semata-mata utk mendapatkan tender yg banyak..die tidur ngan ramai lelaki termasuk ngan boss die di tmpt kerja..semata-mata nk dpt duit yg byk..selalu la kuar masuk hotel sume melayan lelaki hdung belang ni..nk dijadikan cerita bile die dh bertemu cinta sejatinya die mula ingin berubah..x nak gadaikan lg maruahnya…namun hampa apabila bapa boyfriend die ni adalah antara pelanggan yg pernah tdur dgnnya..so of course la bapa bf die ni x nak terima perempuan ni jdi menantunya selain takut rahsia die pecah..jdi bapa bf die ni pun ceritala yg permpuan ni jahat, sundal sume..dn bile tahu cite sebenar boyfriend die pun pergi la cari Maria ni (nama watak utama) lalu memarahi dan menghina maria ni..siap pijak2 lgi badan si maria ni brutal tul…jd putusla hbgn depa ni..akhirnya Maria balik kpg utk cri ktenangan..hairie Othman adalah kwn baik maria ni..die tahu maria selalu gadai tubuh utk dpt apa yg die mahu..namun die ttp mencintai maria..die la paling gmbira bila tahu maria nk berubah..so bile diorng ni start d couple..maria telah dirogol dan dpukul dgn teruk oleh mamat psiko ni..dan akhirnya membawa kpd kematian maria..yg mana telah meninggal dipangkuan hairie di waktu subuh di hadapan sebuah masjid..

Bagi aku cerita die biase je..namun apa yg menarik cite ni adalah ending die..pendapat aku ending die agak menarik..yg mana menyaksikan maria cuba menunaikan janjinya utk ke masjid bagi sama2 solat subuh dgn hairie..selain membuktikan dirinya sudah berubah..dengan membawa telekung pemberian hairie..maria bersusah payah ke masjid dalam keadaannya yg lemah setelah dipukul dn dirogol..die terus kan juga niat dan tunaikan jnjinya utk ke masjid..die berjalan dgn payahnya..dan akhirnya rebah di hadapan masjid dalam pangkuan hairie..ending die disulami ngan lagu iktiraf dri raihan membuatkan kita sayu jer dgr..so keseluruhannhya hnya ending die je yg best..yg lain2 tu biase jer..


8) seterusnya adalah filem LemBing AwAng PuLang Ke DaYaNg lakonan FariD KamiL, ZulhuzaiMy, Siti Elizad..Bagi pencinta sejarah mcm aku xde masalah nk layan cite ni..tp yg x suke tgk cite sej mmg ada masalah skit utk layan cite ni..lagipun die berlatarbelakangkan zaman pendudukan belanda di Johor..lau x silap aku..cite die senang nk faham..x berbelit sgt..pemilihan pelakon lelaki bagi aku kire okla..tp siti elizad sbg heroin agak kureng la..die x popular pun..susah la kit..nmpk cm xde yg istimewa pada watak dayang ni..kalau heroin die pelakon popular mungkin lg best dn seronok nk tgk kit..dlm cite ni byk gak pelakon veteran yg popular pada masa dulu..filem ni gagal teruk masa tyang kt pawagam..disamping masa pembikinan filem ni pun byk masalah timbul dimana pengarah bertukar, skrip pun bertukar gak..apa pun pujian harus diberikan atas keberanian menerbitkan filem yg bercorak sebegini..filem sejarah harus diperbanyakkan..
Apa pun filem ni masih boleh layan..apa salahnya kite lihat cerita2 sebegini supaya kita lebih menghargai apa yg kita ada hari ni.



9) filem Ketika Cinta BertAsBih 2, filem ni adalah filem Indonesia..nama pelakon die aku x ingat la.x kenal sgt hehe..cite die ala-ala filem Ayat-Ayat Cinta tu..tp jalan cite die berbeza la..filem ni based on novel karya penulis yg sama dgn penulis novel ayat2 cinta..filem ni berunsurkan keislaman sikit..so mang enjoy sgt tgk filem ni..banyak pengajaran tgk filem ni..begaimana watak utama iaitu hero filem ni yg merupakan lulusan universiti Al-Azharmencari jodoh utk dirinya……banyak halangan yg menimpanya..berbagai ragam ibu bapa serta kesukaran mencari jodoh yg terbaik utkknya…ketika merasakan telah berjumpa ngan jodohnya die kemalangan..dan atas kehendak ibu bapa tunangnya..tunangnya dinikahkan ngan org lain..namun bak kata pepatah “perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik juga” akhirnya lelaki tersebut mendapat jodoh yg lebih baik dri sebelumnya dan menpunyai ciri2 wanita solehah..



10)Filem DuLha MiL GaYa.. lakonan SushMita Sen, FardeeN Khan, Ishita sharma dan penampilan istimewa ShaH rUkh Khan…secara keseluruhannya filem ni memaparkan kepercayaan terhadap sesuatu perhubungan..yg mana memaparkan Fardeen yg x percaya pada ikatan perkahwinan..hidupnya dihabiskan masa dengan berfoya-foya sahaja..die bakal mewarisi harta ayahnya yg banyak namun ada syarat yg harus dipatuhi yakni kena berkahwin dgn wanita yg telah dipilih oleh ayahnya..calon isterinya tggl di Punjab yakni kwsn pdlmn di India..suatu pakatan telah dibuat dgn peguam utk berkahwin dgn wanita berkenaan seterusnya menggantung tidak bertali isterinya..dimana die tidak pulang2 selepas berkahwin beberapa jam..fardeen hanya menghantar cek setiap bulan..akhirnya isterinya yg tipikal wanita India membuat keputusan utk menjejaki suaminya di eropah..
Sementara itu fardeen berkawan baik dgn sushmita sen yg merupakan supermodel terkenal..sushmita amat mementingkan kariernya dr apa pun..walaupun die mempunyai boyfren yg amat mencintainya iaitu SRK namun sushmita seolah tidak mempedulikan or menghargai Srk..Sushmita juga x mahu akan sebarang komitmen yakni perkahwinan..
Baginya karier nya sbg supermodel adalah lebih penting..sehingga la suatu hari sushmita telah pun bertemu isteri fardeen khan di dalam kapal terbang..dan juga kemalangan yg berlaku antara sushmita ngan isteri fardeen khan ni..akhirnya sushmita telah membawa wanita ni ke rumahnya dan merawatnya..dari sini la sushmita dapat tahu bahawa wanita didepannya ni adalah isteri fardeen khan..dan beliau berpendapat fardeen x patut berkelakuan sebegitu.akhirnya sushmita mengambil keputusan utk menolong isteri fardeen khn ni dgn mengubah penampilannya menjadi amat jelita sehingga membuatkan fardeen tertarik pdnya..dari situ juga die belajar ttg kepentingan sesuatu perhubungan dan akhirnya membuka hatinya utk berkahwin ngan SRK.

Pjng plak synopsis die ni..maklumla guna ayat sendiri pjg la jwbnya hehe..bagi aku cte ni bole la tahan..x terlalu best ..walaupun dibarisi nama2 besar..namun masih boleh layan..sushmita sen dlm cite ni mang lawa..hehe..namun bagi aku cerita die tahap2 biasa je..tp masih sweet utk ditonton bila2 ada kelapangan.

11)filem SaNtau lakonan Puteri Mardiana, Esma Daniel..actually aku dh tgk cite ni kat pawagam tp ada gak beli dvd die..filem ni diilhamkan dr kisah benar..bole tahan la cite ni..ending die pun best..lakonan hero dan heroin die pun not bad..so mang layan la cite ni..bahaya kalau kena santau2 ni..mohon dijauhkan la utk kita semua..
Read More »

29 Mac 2010

StErEoTyPe kArTun SAiLoRMooN..


“Maafku tak pernah berterus-terang.
Bukan ku tak mempercayaimu,
Namun sebelum ku berganti rupa..
Ingin aku menemuimu..
Ku kan bermandi cahaya bulan
Yg cemerlang di malam yg cerah..
Memang teLah lama kurasakan
Ingin menolong yg lemah..
Tiba-Tiba keajaiban terjadi
Kekuatan muncul di diri
Untuk melawan semua kejahatan..
Kekuatanku harus digunakan
Menegakkan segala kebenaran
Ini keajaiban ALam..
Aku mempercayainya
Ini keajaiban aLam”..

Ada sesape tahu lirik lagu kat atas tu lagu ape..hehe..tula lagu sailormoon versi melayu yer..actually mula2 aku ingt lagu tu versi melayu dr Msia..rupe2nyer versi Indonesia rupenyer. Ikutkan aku bukannya penggemar kartun. Aku hnya minat beberapa cerita kartun je contohnya kartun Dragon Ball, SailorMoon, Sin chan dan Doraemon..ni jela kartun yg aku minat tgk..aku ingt lagi aku mang gler ngan kartun Sailormoon masa aku drjh 6 dan form 1 ni..siap pesan lg sticker sailormoon kt budak cina yg sekelas ngan aku..comel dan kelakar si sailormoon ni ngan kwn2 die..Cuma yg x bestnyer..byk stereotaip la cite silormoon ni..ada ke nak berlawan menegakkan kebenaran kena pkai skirt pendek yg amat..walaupun hnya kartun,ianya kan boleh mempengaruhi budak2 yg menonton kartun ni..selain itu kartun sailormoon ni juga memaparkan sailormoon ngan kwn2 die hnya bergantung pada kuasa diorang semata-mata..x pernah lak mana2 episod yg aku tgk diorang berlawan guna pedang ke, guna tangan ke..ni hnya bergntung pd kuasa diorng semata-mata..x hbis2 keluarkan kuasa pastu lempar or baling kuasa kt musuh..kelakar tul..nmpk sgt lemah kt situ..pastu kalau musuh x dpt dikalahkan muncullah watak lelaki yg akan menyelamatkan keadaan yakni tuksedo bertopeng (lau x silap la..aku x ingt dh nama die tul ke x) perasan x,akhirnya lelaki juga yg akan dtg menyelamatkan keadaan..wanita x mampu nk handle..kena brgntng
Gak ngan lelaki..aku mang x puas hati bile kartun sailormoon ni digambarkan x perlu berlawan guna tgn or pedang sebaliknya bergantung pd kuasa..yg penting apa pun kena bertukar jd cantik dulu, berskirt pendek..kemudian barula keluarkan kuasa..ish2 nampak sungguh stereotaip kt situ..

Bile la dunia nak berubah..walaupun cerita kartun masih je ada stereotaip ke atas wanita..x bole ke tjukkan atau seimbangkan peranan yg lebih adil utk wanita dan lelaki..emmm so renung2 kan Lah…



Read More »

23 Mac 2010

P.RaMLee (22 Mac 1929- 29 Mei 1973)

P.RaMLee keBangGaan MaLaysia..


Hari ni (22 mac 2010) merupakan ulangtahun kelahiran P.Ramlee..walaupun die dah meninggal dunia..namun tarikh kelahiran dan kematiannya masih dikenang..
Bagi aku P.RamLee mmg insan berbakat besar..aku kagum dengan beliau..
Aku suka dgn filem2 arahannya dan lakonannya..begitu juga ngan lagu2 ciptaannya..begitu indah utk didengar..mesra telinga..gitu..
Sayangnya beliau pergi begitu awal..

Di penghujung hayatnya die berdepan dengan zaman kejatuhannya..siapa pun x pedulikannyA..bila beliau dh xde barula nak disanjung sume..itulah lumrah kehidupan..berdasarkan buku yg pernah aku bacaa ttg kisah hidupnya..mmg x semuanya indah..penuh berliku-liku..dari kisah cinta sehinggalah penceraian, dari zaman kegemilangannya hinggala ke zaman kejatuhannya. Setelah pelbagai kejayaan yg dicapai oleh beliau, dapat dilihat beliau tidak kaya-raya..lihat saja lah nasib2 anak2 kandung dan anak2 angkt P.Ramlee..masing2 hidup susah..

Aku sebagai anak jati pulau pinang..sudah tentulah berbangga dengan P.Ramlee..penuh talented..kalau pergi melawat rumah P.Ramlee..di jalan P.ramlee (yg mana amat dekat ngan sekolah Abdullah Munshi sekolah aku dulu)pasti lagi memahami siapa P.ramlee yg sebenarnya..kalau dilihat filem2 arahan dan lakonannya masih disiar di televisyen berualang kali..dan semua org trmasuk aku x jemu menontonnya..bapa aku antara org yg suke tgk cite P.ramlee..

Dari segi filem-filem beliau..beliau sememangnya bijak mengupas isu2 masyarakat..isu2 sensitif..selain turut memaparkan mesej dan nilai-nilai murni dalam filem lakonannya lihat sja la filem Antara Dua Darjat, Musang Beranggut, Tiga Abdul dan lain2..Pensyarah aku msa di UM juga pernah berkata bahawa P.Ramlee mmg seorang yg bijaksana..beliau telah mengupas isu2 baru ketika itu (60an-70an) ketika masyarakat masih x begitu didedahkan ttg isu tersebut..misalnya dlm filem Dr
Rusdi, P ramlee telah pun memaparkan atau menyelitkan mesej ttg Insurans sdgkan masyarakat ketika itu belum pun tahu sgt ttg insurans..Hal ini menunjukkan P.Ramlee mendidik sambil menghibur melalui filem2 arahan dan lakonannya..

Apa2 pun aku tabik ngan beliau ni..rasanya boleh dikatakan Melayu, Cina dan India pernah tonton cerita P RAMLEE..dn tahu jalan cerita serta pernah menonton berulang kali kan..namun ada gak orang2 yg aku jumpe..org Melayu lak tu..x pernah tengok cerita P. Ramlee..cerita2 kelakar mcm Madu 3, Musang brjanggut,Seniman Bujang Lapok dan sebagainya..die x pernah tonton..bile kite bercakap ttg cerita P.Ramlee..die akan kata x pernah tgk..mmg pelik..sdgkan majority rakyat msia pasti dh tgk berkali-kali..terkejut gak dgr mula2..sdgkan filem P.Ramlee ni penuh ngan mesej..patutnya rajin2 la bukak tv gi tgk..dri tgk filem2 org putih yg merapu bagai tu..
X tau nk kata apa kt org cmni..rasa malu nk mgaku die ni org Msia..sdgkan penyanyi Indonesia Ahmad Dhani tu pun siap rakam balik lagu P.Ramlee iaitu Madu 3..die ubah susunan Muzik menjadi lebih segar dan sedap pulak didengar..

Apa pun tepuk dada tnyala selera..ambil yg positif buang yg negative..jgn sentap2.. =)

AL-FATIHAH
Read More »

20 Mac 2010

BoLLywOod FeVer in Me..



Haiii..bertemu lgi kita disini hehe..
Emm hari ni aku nak berceloteh ttg minat aku..aku actually selain suka mendengar lagu..aku juga suka tgk movie..x kisah la sama ada tgk dvd, vcd or tgk kt panggung wayang..so semua yg berkaitan diatas mmg aku minat..aku juga minat membaca novel serta bermain dan mengacau kucing aku..hehe..

Dari segi minat trhdp lagu dan movie,aku x cerewet sgt..aku leh layan mcm2 lagu n mcm2 cite..xde masalah..aku leh layan lagu or cite melayu, korea, Hindustan, English, mexico dll lg..hehe..tp kat sini aku nak cite ttg filem Hindustan or bollywood..sesape yg rapat ngan aku pasti cop aku kaki bollywood..sbb aku leh menyanyi lagu Hindustan dengan baik sekali..setiap sebutan tu betul la gak mcm pnynyi original..selain aku leh faham sikit2 perkataan hindi ni..tp nak suh aku bercakap bahasa hindi tu x leh la..stkt leh phm sikit and boleh nyanyi tu boleh la..kdg2 aku pn x faham apa yg aku nyanyi hehe.
Nak kata fanatic tu xdela..setakat minat sikit2 tu boleh la..lgipun ok pe..leh belajar bahasa luar n adat2 depa..kelebihan utk kita gak kan..walaupun x mampu utk menguasai sepenuhnya bahasa hindi tu..tp kire ok la lau faham sikit2 pun kan.

Mungkin sebab hero heroin bollywood ni hensem dan cantik sgt kot..jd sng nak tarik perhatian org kan..selain disulami lagu2 yg sedap utk didengar..kdg2 bile dgr lagu hindi kepala pun bole goyang2 gak hehe..aku ni suke berangan gak jd sbb tu leh layan cite hindi yg kebanyakan nya fantasi kan..hehe..tpi satu je la yg aku x suke sgt bile tgk cite hindi ni…diorang ni suka sgt EKSPLOITASI wanita..yakni menggunakan wanita sbg SIMBOL SEKS..ni yg paling aku x suke..mesti heroin cite tu kena pakai seksi2,baju x cukup kain,kena tyg dan dedah tubuh sini sana..paling kurang mesti ada babak pakai bikini..huhu..yg ni yg x best..kadang2 cite tu mang dh best..tpi sayang eksploitsi wanita gak..kalau nk salahkan heroin pun x leh gak..kalau diorng x nak buat x dpt plak job..lgipun sana persaingan sengit..kalau x snggup ramai lg sanggup kan..lgipun diorang dh ala2 kebaratan dh mana kisah nak bukak2 apa pun..yg ni jela yg x best..
Boleh dikira ngan jari filem2 yg x tjuk wanita2 seksi..apa pn ada gak la cerita2 yg mberi byk pengajaran pada kite..kt bwh ni aku senaraikan antara filem2 yg paling aku suke tgk..dan filem2 yg aku rasa berbaloi utk ditonton..

1)Kuch2 Hota Hai-lepas tgk cite ni mang aku gler terus ngan shah rukh khan,,trus minat cite Hindustan..
2)Dilwale Dulhaniya Le Jayengge-cite ni pun best..kelakar x jemu tgk..walaupn dh lama.
3)Kal Ho Na Ho-cite ni kelakar..suke tgk kombinasi SRK dan Saif Ali Khan..mang kelakar..ada gak babak sedih..tp bgi aku x sedih pn.biase je.
4)MohabbateiN-cite ni mang aku tgk beratus kali..aku angau trus ngan cite ni..dri segi muzik hinggala ke pelakon dan jln citenyer..semuanya aku suke..berulang kali aku tgk..smpai skrg ni dh jemu dh..tmbh2 gandingan SRK ngan Aishwarya Rai..mang aku suka sgt gndingan depa ni..
5)DEvDas-cite ni best gndingan SRK dan Aish mang serasi sgt..cite ni x paparkan imej seksi..tu yg bgusnye..byk pengajaran..Cuma amat sedih sesangat sebab hero dan heroin x dpt bersatu..dn berakhir dgn kematian..first time tgk masa ending tu menitik sikit air mata hehe..
6)Rab Ne Bana De jOdi-cite ni pun best..unik..kisah cinta sejati si suami pada isterinya..mang enjoy tgk cite ni..kelakar sume ada..best..
7)Heyy Baby-cite ni mang kelakar hbis..sedih sume ada..tersgt best..mengisahkan bagaimana 3 org playboy boleh berubah menjadi baik dngan kehadiran seorang baby yg telah ditinggalkan oleh ssorg di hdpn rumah mereka..mmg lucu bile tgk diorang trpksa mnjaga baby tu..akhirnya diorang jd syg gler kt baby tu.smpai suatu hari baby tu dirampas oleh ibu kandung baby tu balik.mang enjoy sgt tgk cite ni..hehe
8)Namastey London-cite ni best gak..die tjukkan pertembungan 2 budaya India dan Eropah..bagaimana heroin ni berdarah India dibesarkan di barat dan menjadi org barat tp nak dikahwinkan dgn lelaki India yg tipikal..die x dpt terima akhirnya terpaksa menipu lelaki tersebut..seronok tgk cite ni..katrina Kaif sgt cantik..akshay kumar pun mang best..comel tgk diorang hehe..sweet..
9)Kabhi Kushi Kabhi Gham-aku rase ramai yg dh tgk cite ni..aku mang gler gak la dgn cite ni..tgk beratus kali gak la tgk..maklumlah ramai pelakon hebat dlm cite ni kan..mang best la cite ni..
10-Dhomm 1&2-ni cite aksi..cite pencuri ngan polis..hehe seronok tgk..sbb ramai pelakon best yg berlakon..kelakar,lagu2 pun best..
11)Veer-Zaara-ni cite best yg unik..xde seksi2..sweet sgt..penuh dgn adab sopan dan tradisional..pendek kata best la tgk..

Ni antara cerita2 hindi yg aku suke tgk..actually ada byk lagi..tp aku x ingat lak..maklumlah terlampau banyak sgt hehe..

























p/s: dah lama gak aku x nengok cite hindustan..filem My Name Is Khan best ke ek?maklumlah tu cerita serius..berbeza dgn cerita2 terdahulu gandingan SRK dn Kajol..
apa pun aku suke gndingan SRK ngan AishWarYa Rai...namun diorang mungkin x kan berlakon bersama lagi kerana dikatakan kedua-duanya perang dingin dan x mahu lgi berlakon bersama..filem terakhir menggandingkan diorang bersama adalah Filem box-office DEVDAS..huhu rugi tul..diorang pasangan sejoli di layar perak..cmne la leh gaduh2 ni.huhu mcm2..sekarang ni Aishwarya kerap digandingkan ngan Hrithik Roshan pula...
apa pun setiap cerita yg ditonton harusla dinilai sewajarnya..ambil yg positif..buang yg negatif..
=)





Read More »

19 Mac 2010

PuLaU PiNaNg:TaPaK wAriSaN DuNiaAA..


Pemalsuan sejarah awal di Georgetown Oleh A Murad Mericanmurad@perdana.org.my 2010/03/14

Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia padam warisan Melayu di Pulau Pinang IMEJ budi dan jiwa Melayu terserlah dan tersebar luas di serata dunia bagaikan menyuluh dalam terang kecuali di Pulau Pinang. Pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) kepada Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia adalah satu pemalsuan sejarah. Ia memadamkan alam Melayu dan Islam itu sendiri di sebuah rantau yang dulunya sebahagian daripada Kesultanan Kedah.


Batu Uban dan Tanjong Tokong juga warisan sejarah Melayu dan negara. Kedua-dua penempatan ini adalah manifestasi sejarah hidup alam Melayu. Kedua-dua penempatan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membangunkan Tanjung dan menyumbang kepada warna kehidupan ekonomi dan budaya Georgetown itu sendiri. Antara mereka yang berasal dari sekitar Batu Uban dan Jelutong (juga sebuah penempatan Melayu awal) ialah Syed Mohamad Alatas. Alatas Mansion yang terletak di Armenian Street memuatkan Muzium Islam Pulau Pinang (muzium haji) pernah dimiliki Syed Mohamad, yang pada lewat abad ke-19 terbabit dalam pergerakan antipenjajahan Belanda dalam alam Melayu.


Seorang lagi yang terkenal di Pulau Pinang pada satu masa dulu ialah Syeikh Aziz Yamani, yang pernah memiliki sebuah rumah warisan di Hutton Lane yang akan menempatkan Muzium Melayu. Syeikh Aziz berasal dari Jelutong, dan Batu Uban. Kedua-dua adalah keturunan Melayu-Islam awal yang menerokai Pulau Pinang sebelum kedatangan Inggeris. Saya sangsi apakah Unesco dimaklumkan kewujudan alam Melayu Pulau Pinang ketika menilai tapak warisan Lebuh Acheen-Armenia dan kawasan sekitarnya?


Ini bukan soal fakta. Fakta dan maklumat sudah wujud. Ini bukan soal bukti. Cuma bukti sejarah itu dipinggirkan. Ini soal representasi – paparan dan bagaimana Melayu ditonjolkan (atau tidak) dalam sejarah Pulau Pinang, sejarah negara dan sejarah dunia. Orang Melayu awal Pulau Pinang biasanya disebut sebagai gerombolan nelayan yang singgah atau disebut bahawa mereka datang dari Kedah. Paparan itupun salah. Mereka memang orang Kedah. Saya beri satu contoh paparan. Kali ini dalam brosur American Express – Penang Heritage Trail. Rujukan kepada Melayu di pulau ini dibuat di bawah bahagian ‘200 Years of Multicultural History’. Perenggan pertama ditulis seperti berikut: Penang was part of the Sultanate of Kedah until Captain Francis Light established the British trading post... Light first landed in 1786. He supposedly encouraged the local inhabitants to clear the ironbwood trees by firing coins out of the cannon into the forested swamp.


(Terjemahan: Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kesultanan Kedah sehingga Kapten Francis Light menubuhkan pusat perdagangan British. Light mula mendarat pada 1786. Beliau kononnya menggalakkan penduduk tempatan menebang pokok cengal dengan menembak meriam menggunakan wang syiling ke atas kawasan hutan paya itu). Daripada petikan itu, kita lihat percanggahan yang amat nyata. Jika sudah ada penduduk tempatan (sumbernya daripada tulisan dan catatan Light sendiri) sebelum datangnya Francis Light, maka sudah tentu pada logik dan pemikiran rasional kita, adanya sejarah dan warisan penduduk tempatan Melayu-Islam juga. Sejarah Pulau Pinang bermula lebih lama daripada 1786. Apakah Melayu di Pulau Pinang sebelum 1786 disebut sebagai ‘a band of natives’ saja yang tiada sejarah? Jelas, banyak penulisan/catatan seperti itu dan dalam buku ilmiah mempamerkan satu penghinaan kepada Melayu dalam sejarah Pulau Pinang. Sesi Pengisahan Melayu di Pulau Pinang,


sebahagian daripada The Penang Story 2002, serta beberapa kertas kerja menyentuh asal usul Melayu Pulau Pinang amat menyedihkan dan memalukan. Ia mendaifkan dan menafikan satu identiti dan tamadun kepada kedudukan dan kewujudan Melayu di Pulau Pinang. Wacana persejarahan dan wacana popular meminggirkan tamadun awal Melayu di Pulau Pinang. Sebelum saya melontarkan beberapa cadangan, saya ingin mencatatkan rasa dukacita kepada pihak berwajib kerana membiarkan peminggiran sejarah kedua-dua penempatan awal berkenaan. Kawasan kampung Batu Uban sebagai contoh, wujud pada awal 1700 dalam jalinan perhubungannya dengan Batu Bara di Sumatera dengan sebuah masjid (1734) dan kawasan perkuburan yang menjadi bukti alam Melayu-Islam itu sudah sekian lama dipinggirkan. Malah keluasan kampung itu pun dengan mengecil kelilingi dengan bangunan tinggi.


Mengapa ini dibenarkan pihak berkuasa, termasuk kerajaan tempatan? Saya menyeru Kerajaan Pusat, terutama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan menerusi jabatan dan agensinya mempertahankan kedua-dua kampung berkenaan daripada hilang daripada peta Malaysia dan alam Melayu. Juga pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan Melayu perlu tampil ke hadapan dengan perancangan rapi dan berpemikiran jauh. Kita tidak boleh mengharapkan badan warisan tersedia ada. Apakah kita ingin biarkan kubur dan masjid hampir 300 tahun itu dimusnahkan dengan sekelip mata saja?


Beberapa tindakan perlu diwujudkan dalam mengubah dan mengembalikan beberapa nama tempat di Pulau Pinang kepada nama asal Melayu. Banyak nama tempat dan jalan sudah ditukar. Kita khuatir alam Melayu Pulau Pinang kian dilihat seperti ‘ghetto’ akibat pertembungan kemiskinan ekonomi dengan kemiskinan sejarah. Penulis ialah pengkaji sejarah Melayu Pulau Pinang
sumber:Berita Minggu

Hehe..saja letak artikel ni..sekurang-kurang dapat gak ilmu kan..yela asyik cite pasal hal personal je kan..sekali sekala..kena la baca benda ilmiah cmni..kurang2 kita dpt gak tahu serba sedikit sejarah P.Pinang kan..yg sekarang ni tgh hngat dgn pelbagai isu dan masalah dlm hal2 pentadbirannya ..

Apa pn tepuk dada tnyalah selera….
Read More »

15 Mac 2010

MTEST KPLi dan Isu guru berkhiDmat di PedaLaman




Aku akhirnya dh pun buat ujian MTEST utk KPLI tu..Alhamdulilah dpt gak aku merasa cmne la uat ujian tu..tpi terus terang aku kata yg aku x rasa leh terpilih ke peringkt temuduga..bukan x nak berpikiran positif..aku cuma berpegang pada hakikat..ada calon2 sebelum ni 7-8 kali uat ujian MTEST ni tp x lulus2 juga..

Soalan utk Mtest aku kali ni susah juga..penin..terutama bahagian Kuantitatif dan Analitikal..mengelirukan..alih2 apa lgi tembak sajalah dengan harapan jwpn yg ditembak itu betul..huhu..kawan aku kata kpli tahun ni nak pakai guru sikit je..iaitu dri 10,000 yg memohon hanya 1,800 calon saja yg terpilih..huhu..x tahula ada ke x rezeki aku..
Aku dh berusaha so tawakal jela kan..kalau dpt lepas ke peringkt temuduga tu pn kire ok la..tp biasala temuduga nya lgi la susah..huhu..tp sekurang-kurangnya dpt la gak pengalaman kan..berbalik pada cite Mtest sbtu ritu..aku dan mak aku serta ditemani kawan mak aku (yg aku pernah cite lurus bendul sikit tu)kuar umah dlm 7.30 pg naik teksi sapu..kami sampai awal..tercangak-cangak gak la nk cri tempat ujian ktne sbb luas gak Institut perguruan tu..masa tgh berdiri dok tgk2 tmpt..mber aku merangkap kawan sek,kwan satu universiti..pun dtg..jd lepak sekali ngan die dn 2 org rakan die..xdela takut sgt sbb jumpe geng kan..
Tmpt pun x pyh penin2 nk gi cri..ikut je depa hehehe..aku rasa lega sebab mak aku ada gak teman..xde la sorang2..

So setelah selesai uat Mtest aku dn mber aku turun dn mencari mak aku..turun2 je tangga nampak dh mak aku dok duduk dekat kerusi dgn mak2 org lain..x nmpk lak budak yg teman mak aku tu..aku tnya la mana pi budak tu..mak aku kata die dok gaduh nak balik…boyfren bangle die dok tepon dok ajak jumpe..jd die x senang duduk..die asyik nk pi jmpe boyfren die tu kt lorong kulit..hampeh tul budak ni..x leh harap lak…selalunya budak yg lurus bendul ni agak pasif or x berapa berani..ni terbalik lak..boleh pi naik bus sorang2..pandai cri tempat dan jalan..die ni bersekolah sampai drjh 5 je..emmm hampeh3x…tp pe pn die sempat la pi makan dulu ngan mak aku kt tmn saadon..sebelum patah balik kt IPG tu..kirenya die balik pas makan sume la..ok la kurang2 mak aku dh kenyang makan kan..Cuma mak aku kena tggu aku dlm 1 jam gak la..masa balik aku call teksi sapu yg aku naik td..n kwn aku td pun tumpang gak..so alhamdulilah selamat sumenya..tggu result jelaaa…

Sekarang ni heboh ttg Guru-guru baru akan diwajibkan mengajar di pedalaman dlm 3-5 tahun bagi mengelakkan system pendidikan Negara berada dalam kepincangan berikutan keenganan guru bertugas di kawasan berkenaan..Walaubagaimanapun, guru yg dihantar berkhidmat ke pedalaman bakal menerima beberapa ganjaran baru selain elaun maksimum RM 1,500 sedia ada sbg pembakar semangat dan supaya mereka tidak dirundung kesedihan apabila diarahkan ke kawasan itu..emm pada pendapat aku ada pro dan kontra ttg cadangan ni..emm aku sokong dgn cdgn guru2 bru dihantar ke pedalaman..namun ianya mestila dijalankan secara adil..Maksudnya, semua guru tidak boleh menggunakan org dalam atau pun org politik utk membuat sesuatu bagi pihak mereka agar tidak dihantar ke pedalaman..biar semua guru sama2 merasa susah dan senang disana..

Jika hal ini boleh diatasi..barula ianya adil utk semua guru…
Seperti yg kita tahu berkhidmat di kawasan pedalaman bukanlah mudah..terutamanya di sabah dan Sarawak..kekurangan byk kemudahan di kawasan pedalaman amat menyukarkan hidup para guru..oleh itu pihak kementerian harusla menyediakan kemudahan yg cukup dan sewajarnya pada guru…barula lebih ramai guru yg bersedia berkhidmat dgn hati terbuka disana..berdasarkan pengalaman guru2 lain yg aku dengar ketika mereka berkhidmat di kawasan pedalaman mmg amat menakutkan..bekalan elaktrik xde,kuaters guru yg teruk,bekalan air yg kotor or xde lgsng,kena mandi dan guna air sungai jer..,klinik yg jauh,kena redah hutan,naik sampan utk sampai ke sekolah..fuhh dengar je pun dah meremang bulu roma..mmg salute la pada guru2 yg boleh hadapi cabaran ni..aku sendiri pun x tahu leh ke x hadapi cbrn ni..aku harap pihak kementerian akan meningktkan kemudahan2 utk para guru di kwsan pedalaman bagi memberi keselesaan pada guru..jgn lepas tgn..buat derk je..guru yg tanggung azab..

Selain itu,guru2 yg mempunyai masalah kesihatan haruslah diberikan pertimbangan utk dikecualikan dri dihantar berkhidmat ke pedalaman..yela klinik di kwsan pedlman amat jauh dan guru2 amat sibuk utk ulang alik ke Bandar..sekiranya guru jatuh sakit lagila menyusahkan para pelajar..jadi diharapkan juga la rekod kesihatan seseorg guru diteliti terlebih dahulu..dan jgn pakai hantar jer…
Ni antara pandangan aku la..aku sendiri pun x tahu berpeluang ke x menjadi guru..huhu..apa2 pun kite sentiasala berusaha kearah yg lebih baik..

Sekiann….
p/s=dlm dok tggu keptusan mtest..berdebar juga dok tggu result dpli utk uat ujian Medsi tu..emm dpt ke x ek?? Tggu jelaaa…huhuhu
..
Read More »

12 Mac 2010

KPLI UJIAN MTEST


Alhamdulilah...aku dapat menduduki ujian MTEST esok..(sabtu 13 mac 2010) di IPG persekutuan P.png..emm ramai yg dapat buat ujian di sekolah..tp bagi kami dapat trus buat di institut prguruan berkenaan.ni kali ke-2 aku mohon KPLI..kali pertama aku layak utk menduduki ujian Mtest ni..tp aku x pergi..sbb time tu ada kt KL masih di UM lg..lgipn waktu tu x dpt ijazah lg..jd x sah dn x layak utk memohon..
sekarang ni baru la betul2 layak..
perasaan berdebar dan risau menunggu esok..boleh ke aku buat dgn elok esok ni..huhu..ada banyak soalan..wlaupun semua objektif..tp penin nk jwb sbb ianya mengelirukan..aku paling x suka nak jawab tentulah soalan matematik..huhu..kemudian bahasa inggeris..benda2 ni melambatkan..dhla masa singkat..
aku pun baru tahu rupenyer buku MTEST mmg ada dijual..nak pergi dptkan pun x sempat..jd tawakal jela..selagi boleh jwb jwb jela..kalau x boleh tembak je la jwpn tu dgn harapan betul la hendaknya..sekarang ni pada 12 mac dlm pkul 11 pg cmtu..aku melayari internet mencari tips2 dan contoh2 soalan MTEST ni..alhamdulilah jumpe la jugak serba sedikit walaupun x banyak...sekurang-kurangnya aku dh tahu cara dan bentuk soalan MTEST ni..jd nanti x la terkejut sgt..hehe
aku x meletakkan harapan tggi..sbb aku tau persaingan sengit..aku cuma pi sana utk tmbhkan pglman..sekurang-kurangnya merasa jugak la uat ujian mtest ni..namun aku harpkan juga agar rezeki memihak pada aku kali ni huhu..
Pada sesiapa yg membaca entry ni..harap2 doakan lah aku agar boleh jawab esok ye..serta dikurniakan kesihatan yg baik serta semuanya berjalan lancar esok..Aminnn..
dlm dok search ttg mtest ni..ada gak la blog2 dan website yg letak contoh soalan dan sedikit tips2..tp x kurang juga yg kena beli secara online juga..huhu..leceh tul..bole plak buat duit camtu..huhuhu aku mang malaz la nak beli2 online ni sume..
takut ler esok..pkul 8.30 pg kena ada kt sana dh..maknanya dlm pkul 7.3o kena kuar umah dh..tempat exam jauh gak dr umah..huhu..aku ke sana naik teksi sapu..ditemani mak aku..
nak gi sorang2 x reti hehe..mklumlah x biasa..actually aku x suka nk myusahkan mak aku..tp nk uat cmne mmg xde sape nk teman..mak aku jela yg ada pun..aku cian kat mak aku sbb kena tggu aku dekat 2 jam lbih gakla..aku ada gak suh mak aku bawa kawan die sorang lg suh teman..maknanya gi sekali ngan aku sume la..tp kawan mak aku tu (muda lg,x khwin pun,lurus bendul skit die ni) lak susah nak bangun pagi..tghri bru die bngun tdo..emm jd susahlaa..maknanya kemungkinan besar aku dan mak aku jela gi..emmm....
moga pengorbanan mak aku berbaloi..aminnn..
Risau ler esok..berdebar-debar sume ada...emm mesti ramai org esok..huhuhu..harap2 sgt esok berjalan lancar aminnn...hhuhu..doa2 kan ye..
i can do it..
Read More »

4 Mac 2010

KaWaN bAikKu KahWeN..



emmm..pada 13 Mac ni...dua org kawan ku akan berkahwin...Alhamdulilah jodoh depa sampai awal..kawan ku seorang berada di Penang..yg merupakan ex-classmate aku masa form 6 dulu..nmanya Mar..die bru bertunang pda 26 Dis hari tu..cepatnya dh nk kahwin..emm baguslaa..harap berkekalan..la hendaknya..Mar ni pun bru gak hbis bljr cm aku gak..tp die bljr kt UMS..aku x tau dpt pi ke x knduri die..biasalah masalah transport..sbb umah die jauh gak dri aku..tmbh2 xde geng nk gi skali..Mar ni ada la jmput aku ngan L suh pi knduri die..aku ada msg L..tp biasalah L tu sntiasa bagi jawapan standard..x tahu lg leh pi ke x..nmpk sgt x pi la tuh..huhu..

seterusnya perkahwinan kawan ku kat Pahang..namanya NuruL kami satu UM dulu..satu kos..satu geng,pendek sata semua nya sekali la..hehe rapat juga..sering bersama-sama dan giler2..aku mmg teringin nak gi kenduri N ni..tapi ada halangan la.sbb xde geng yg nk gi..semua nya sibuk..ada yg dh keje...ada yg x blz msg..dn mcm2 lg..disamping faktor kewangan...
maklumlah aku x keje lg..mana ada duit..huhu..tmbng bus nak ulang alik mahal gak..tp aku rasa xde masalah sgt boleh diatasi juga..cuma xde kawan cmne nak pi..kang sesat la disana huhu..maklumlah x biasa gi pahang..

kecian juga kat die..die rasa sedih kami semua kawan2 die kat UM x leh nak mai..huhu..tmbh2 D yg berjnji nk dtg tp last2 cancel sbb baru dpt krja..yela x kan nk berhenti..tmbh2 org rekemen..nk mintak cuti pun mana dpt sbb baru lg..
huhu..teringin nak gi..lgipun kteorg kenal juga bakal suami si Nrl ni..sbb dulu Nrul suka bercerita ttg Zu ni..mesti meriah...aku gerenti nrl mesti lawa dan meletoop la hari tu..hehe..org dh lawa pakai pe pn lawa..tmbh2 lau dh makeup msti lg cun..

kalau aku gi mesti aku tngkp gmbr byk2 uat kenangan..bak kata bahasa Hindi "Mere Yaar Ki ShaaDi hai.." maksudnya perkahwinan teman baikku..hehe..
aku harap nrl sudi la upload gmbr nikah dan persandingannya kt facebook..boleh la hilangkan rasa kempunan kteorg yg x dpt pi knduri die tu..huhuhu.
aku harap die x marah ngan aku sbb x dpt menghadirkan diri atas sebab dan alasan tertentu..serta x terasa hati dan masih menganggap aku sebagai kawan die...

rindu saat2 kita sama2 masa kt Um..kita lepak skali..mkn sama2 ,beli kuih kdg2 burger pastu makan kt surau..hehe bergurau bagai nak rak..bekerjasama dlm pembentangan mahupun assignment..mengusik kawan2..winDunYERRrrrr...

Masihkah kaU ingat.....

Masihkah Kau Ingat.....................huhu..



-TaHniAh-


-sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa..
-lupakan kisah nan lalu
-doaku buatmu teman..
#SELAMAT PENGANTIN BARU#









Read More »

2 Mac 2010

RiNtiHaN fEBuAry..(pro n kontra)


Diam x diam bulan Feb dah melabuhkan tirainya..emmm…byk benda yg best dan x best yg berlaku kat aku sepanjang bulan feb ni..huhu..

1)Masalah kesihatan-huhuhu..mcam2 la jadi..x la serius mana pun..tp tetap menggangu juga aktiviti harian aku..huuhu..

2)Masalah kerja-ntahla rezeki xde lagi.nak kata x usaha..dah usaha dh..mungkin belum mencukupi kot..ntahla..yg dulu sama2 ngan aku xde kerja dh dapat dh kerja..entahlaa..malas nk komen..nti kontroversi lak hahaha..kadang2 rasa dunia ni mang x adil..kena ada org dalam bru leh dapat ke..??huhu..mana adil..emm..orang lain x masuk universiti pun stakat spm..pointer pun entah kemana..dapat je kerja kerajaan..Berjaya dalam hidup dh pun..dr segi kebendaan pun not bad..tinggal ke peringkat seterusnya..je

Bagi aku la. lau org yg dh ada kerja tetap sume..x perlu la nk cemburu ngan kawan2 masuk unversiti..semua sama je..Cuma apa yg lebihnye pun kami ni sume dapat ilmu lebih sikit je pun..banyaknye bergantung pada rezeki..jd x perlu la nk iri hati or rendah diri ke ape ke..patutnya aku ni yg rasa cmtu huhu..ni terbalik lak..wahhh jeles tgk org dh kerja ni..jgn sombong dh le..huhu..

3)Masalah Kawan
Masalah ni dh lama sebenarnya..emm heran aku..cmne la leh wujud kawan yg leh lupa kawan baik sendiri..setakat satu sms tnya khabar,or chat sms jap x leh ke..ni harammm..satu sms pun x nmpk byg..sibuk sgt ke..org lain pn kerja gak..tp releks jer..ada gak nmpk byg..
Kwn ni trus x nmpk byg..lesap..lau cuti2 pe salahnya kuar ke mai lepak kt umh ke..ni tak lau cuti pun kuar ngan mber2 bru yg die kenal..x pun kuar ngan bf..huuhu..nak kata aku uat salah x de pun..
Ni asyik kita jela dok msg die ajak kuar tnya mcm2..tp die haramm la nk msg kita dulu..kdg2 rasa cm terhegeh-hegeh je..mcm2 peel..
Kalau nk jumpe pn tggu la time ada member lain kahwin or tunang yg jemput die..nanti bru la nmpk btg hidung die dn sms2 die..time ni pandai pula cri mber lama ni..mmm..
Skrg ni dh dapat kerja kerajaan la plak..lg hampeh la jwbnyer..entahlaa..suka hati ko laa..aku mlz nk cmpur..
Ada gak member yg mementingkan diri sendiri..emm entahla..susah btul nk dpt kawan yg sejati..yg ada dok menyakitkan hati jer..

4)aku happy gak la akhirnya dapat gak cari lagu2 yg aku cari selama ini..akhir
Nya aku beraya mendaownload lagu berkenaan dgn jayanya..antara lagunya..
-StoP-JaMeLia
-I’ll stand by You-Girls Aloud
-PeRnah MuDa-BuNgA cITrA Lestari
-TiKa-Tria
-Viva Forever & Stop-Spice Girls
-Tetap BertaHan-Wali Band
-Cinta SeMpurNa-Yuna
-that’s Girl –LindSay Lohan
-AntaRa Gadis-DinaMik
Cinta Bandar Tasik Selatan-Olan
-BenCi taPi RiNdu-SaLeem
-Cinta oh cinta, Didadaku ada kamu,sini cinta sana cinta, zapin 7 purnama-Amelina..
-PeNanTian-Elyana
-Aapke Yaad Aaye To (dri filem Aapko pehli baar kahin dekha hai)best oo lgu ni hehe..
-Dil DooBa (dri filem KhaKee)
-Silsile Mulaqaton (dri filem Bardaasht)
-Hamein tumSe Hua Hai Pyar (dri filem Ab TumhaRE hawaLe watan sathiyo)
Lgu Hindustan yg aku dpt download tu mang best..lagu die sedap..mesra telinga..rentak mang best..x rugi tau dgr..walaupun filem die x berapa popular..tp lagu die mang best gler la..
Serta banyak lgi lagu la yg malas aku nk tulis kt sni..

Selain itu aku berjaya gak mendownload 1 game..dh hbis main semua level pun..mang best game ni..try nk donlod 1 lg games..tp masalah sentiasa ada..internet problem la..dh sekerat dh berjaya didonlod tiba2 die reset sendiri lak..bara tul..dh la lama kena tggu berjam-jam..
Ada gak yg berjaya didownload..tp bile dh extract sume..tiba2 x leh buka lgsng utk main..die ckp fail corrupt la apa la..masa download boleh je jalan elok smpai 100 peratus..huhu mbazir tul..namun gitu aku x putus asa aku donlod je lg 1 games ni..n alhamdulilah berjaya..bolela tahan susahnye..huhu..
Ntahla sejak dua menjak ni aku asyik nak dgr lagu dan nak main games je berbanding dulu..mungkin utk hiburkan hatiku yg gundah..jd bile main games ni lupa la sejenak masalah kita..sbb kita focus kt games tu..masa2 free aku layan lagu2 baru yg aku masukkan dlm hp nokia aku yg agak buruk tu hehe..org kata dgr muzik ni mcm terapi juga..huhu

4)Ketidakadilan
Kenapa kena ada org dlam barula semua benda boleh berjalan..huhu..x bole ke seseorang tu brdikari..tp mungkin sbb aku x kenal mana2 org dlam la aku x puas hati tu..cuba lau kenal..huhu..oo mana aci..(smbil teringat lagu seksis dr Anita srwk)yg pelik gak aku dan bbrp org dulu ada mintak jd guru gstt tp smpai lani x dipanggil pun..tp ada org lain tu sng je dpt jd guru..sdgkan kelayakan mungkin lebih kurang sama..Cuma berbeza dlm pengkhususan subjek dan berbeza universiti jela..la ni trend mcm tu laa..entahla..aku ni kenapa ye..biarla kt depa..dh rezeki depa huhu(ayat memujuk hehe)nak suh kawan rekemen pun yg aku nmpk skrg ni byk yg pentingkan diri jela..bile dh brjaya lupa la jasa dn kawan lama..tp x semua la..sesetgh jr..or lau ada mber yg baik ngan aku pun diorang pun dua kali lima je ngan aku..ala sedikit sbyk tu perasaan jelez tu ada gak sbb tu la timbulnya perasaan x puas hati tu..tp anggap ujian dn dugaan jela semua ni.

Aku skrg tgh down..so kalau aku diam je x contact korang (mber) jgn ckp aku sombong lak..korang la contact aku dulu..insyaallah aku balasnye..tp nk suh aku msg dulu aku malas skrg..nak layan diri je skrg..huhu..im not in a good mood..
Hehe mcmla ramai org yg baca blog aku ni..hehe

Kalau leh aku nak main games bebanyak especially yg best2 nyer..tp nk menunggu utk didonlod tu adoiiyaii punya la azab..membazir gak..ntah la aku rasa x sempurna..tp bukanla bodoh pun smpai x leh uat sesuatu yg memberangsangkan….aku ni mang xde keje sbb tu leh layan games..org lain sibuk kumpul duit..utk shopping,enjoy2,mencurah ilmu,beli keta, Bantu family, bayar ptptn tp aku leh lepak kt umah main games..apa nak jd…
Aku marah pd diri sendiri..grrrr..actually aku nak marah kt org tp aku x tau nak marah or merajuk kt sape..kdg2 aku rasa org tu bersalah ngan aku n die x patut lebih berjaya dr aku..tp kmudian aku rasa itu bukan salah die..knp die harus dipersalahkan..itu rezeki masing2..aku hnya x diberikn peluang..

Vitamin malas byk sgt dh..aku dh dpt interview dh ritu..tp ada syrat la plak..mengarut tul syarat die..rasa nak hempuk je institusi tu..x masuk akal nk kena buat benda tu sume..sdgkan bidang tugas nya x berkaitan pun..ingt ni acara sukaneka kanak2 ke..huhu..sah2 fail kalau gi pun..huhu..badabosss
Kadang2 aku rasa diri aku ni fragile..bukan spt mana yg dilihat pd luaran..
Atas faktor2 trtentu kdg2 aku rasa aku ni cm cacat je pn ada..cacat kat hati or semua laa..huhu.
Ntahlaa……aku harap pasni ada sedikit sinarrr…yang cuba menerangi aku..huhu……

5)Kawanku Kahwin
Dlm bulan 3 ni ada beberapa member aku akan berkahwin..masalhnya depa ni dok jauh2..cmne la nk pi..huhu..kalau dlm penang tu bole gak diconsider kan..x kisah la kalau kwn ku marah sbb aku x dtg majlis die..aku harap die faham my situation right now…die prnh ugut putus sahabat lau x dtg majlis di kt phg..
Aku harap die faham masalah aku..mungkin gak die pun x akan dtg time aku kahwin nanti (lau ada jdh la)..bagi aku suka hati la.trpulang..aku ttp anggap die kawan aku..apa pn terima kasih la kerana sudi bagi kad kahwin kat aku..nice cad.. =)… actually aku x brp gemar org jemput ke kenduri kahwin hanya pakai sms je..bagi aku ntahla..mcm x ikhlas..tu belum jmput pakai frenster or facebook.. lagi la hampeh.. mmg sah aku x gi lau stkt guna fs or fb..huhu..
Bagi aku lau dapat kad tu barula rasa semangat nk pi..n rasa dihargai sbb kawan kite tu ingt lg ngan kite..

Kenapa aku xde semangat ni…dimana die menghilang..???

Beberapa Madah Pujangga or lyrics for me and for all…

Ø Diriku dah berikan yg TerBaik..dan bukannya nak MenGungkit Siapa benar Siapa Salah, Siapa Menang, Siapa Kalah, Dah beRikan yang TerbaiK, meMaksa hati Merisik..Mungkin Kau bukan TemaN seJati yg terBaik Untukku..

Ø Pakar psikoLogi mengumpamakan “Perasaan Dendam dan deNgki ibarat pisang Busuk yg kita simpan dalam saku kita. Sekali kita dengki dan berdendam paDa seseorang saMa sepeRti seBiji piSang Busuk..SeMakin banyak PeraSaan Buruk itu, seMakin baNyak piSang buSuk yg perLu kiTa simPan daLam SaKu..BiLa suDah Banyak Pisang Busuk yg kita siMpan, BagaiManakAh KeHiduPan kiTa?PastiNya kiTa seNdiri Yang TiDak seLeSa dan MaSaLah pula tiDak SeLesai seBaLiknya MenJadi LeBih suKar”..

Ø Seorang PuJaNgga WiLLiam Blake perNah berKata “aDaLah Lebih Mudah MeMaafKan seOraNg MuSuh daRipaDa MeMaafKan seOrang KaWan”..

Ø Dr Sidney Newton Bremer, menjelaskan “PeLaut berPengaLaman tahu diRiNya buKanLah taNdingan sAmuDera..TetaPi Dia taHu maMpu meNaKLuki sAmuDera. Dia taHu ada banYak Batu Karang dan ArUs, tetaPi Dia BeLaYar MenGeLiLinginya deNgan PenuH saBar dan senTiAsa BeriKhtiAr seDaya Upaya, AkhirNya PeLaut itu Tercapai JuGa tuJuaNnya

Ø Dalam surah Asy-Syura, ayat 43, Allah berfirman yang berMakSud..
“Tetapi Orang Yang BerSaBar daN MemaAfKan seSunGGuhnyA (perbuatan) yang deMikian iTu terMasuk PerKaRa yang DiuTaMakan..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017