-->

17 Ogo 2017

Tips Lulus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang

Malaysian University English Test, MUET, Exam, Peperiksaan, Bahasa Inggeris, Exam MUET, Speaking, Writing, Listening, Reading, STPM, Matriks, Pra Universiti, Form 6, Tingkatan Enam, Tips, Panduan MUET, Ebook, Electronic Book, Harga, Pengalaman, Kenangan, Lulus, Band 6 MUET, Universiti,

Assalammualaikum..
Malaysian University English Test atau singkatannya MUET adalah satu peperiksaan yang wajib diambil untuk memohon memasuki Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia bagi mengikuti program Ijazah Pertama. Antara mereka yang perlu mengambil peperiksaan Malaysian University English Test ini terdiri daripada calon - calon STPM, Pelajar Matrikulasi, Diploma dan pelajar pra universiti. Ada 4 kertas yang perlu diambil dalam peperiksaan ini iaitu Listening, Writing, Speaking dan Reading. Selain itu peperiksaan MUET ini akan diadakan 3 kali setahun, jadi korang yang nak ambil ujian ini boleh memilih nak ambil peperiksaan ini pada awal, pertengahan mahu pun akhir tahun. Aku sendiri pernah mengambil peperiksaan MUET ini dulu, jadi aku faham bagaimana perasaan gemuruhnya nak menghadapi peperiksaan penting ini. Memang tak dinafikan agak sukar untuk mendapatkan Band 6 dalam MUET ini kerana calon rata - ratanya paling kurang pun dapat Band 3 saja dan ke bawah. Kalau dapat Band 4 tu pun dah kira pakar dah tu hehehe. Aku masih ingat lagi pesan cikgu Bahasa Inggeris aku masa Form 6 dulu yang menyarankan kami semua untuk mengambil dua kali mahu pun tiga kali peperiksaan MUET dalam setahun bagi memperbaiki markah dan Band masing - masing. Jadi korang akan ada masa untuk prepare dan belajar dari kesilapan korang sebelum ini.

Antara yang paling ditakuti pelajar dalam MUET ini adalah dalam bahagian Speaking, rata - ratanya risau kalau mereka bercakap BI ke laut, ketika mengambil ujian ini. Kalau dapat topik yang best untuk kita bercakap dan berbincang dalam bahasa Inggeris itu memang seronoklah. Selalunya ketika menghadapi ujian Speaking ini, korang kena paksa diri juga untuk bercakap, tak kisahlah kalau grammar korang ke laut ke, atau apa pun, yang penting kena juga bercakap. Lebih baik korang sentiasa berlatih berborak dan berbincang dengan kawan - kawan dalam bahasa Inggeris supaya menjadi lebih releks dan tak gelabah masa ujian tu nanti. Aku ingat lagi masa ujian Speaking ni aku dapat topik best, tak silap aku pasal sebab filem - filem luar negara menjadi kesukaan penonton Malaysia. Lebih kurang gitulah soalannya, aku pun tak begitu ingat sangat dah hahaha pastu setiap orang akan ambil satu point untuk bercakap tentangnya. Apa pun korang yang akan mengambil Exam MUET tak lama lagi memang beruntung dan bertuah apabila dah ada Ebook Panduan MUET yang dihasilkan untuk kegunaan korang semua. Dalam Ebook ini korang akan dapat banyak panduan dan info yang boleh membantu korang mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam Malaysian University English Test ini nanti.
Malaysian University English Test, MUET, Exam, Peperiksaan, Bahasa Inggeris, Exam MUET, Speaking, Writing, Listening, Reading, STPM, Matriks, Pra Universiti, Form 6, Tingkatan Enam, Tips, Panduan MUET, Ebook, Electronic Book, Harga, Pengalaman, Kenangan, Lulus, Band 6 MUET, Universiti,
Menerusi Ebook Panduan MUET ini korang akan dapat dan mengetahui:- 
  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
  • Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET
Berikut adalah isi kandungan Ebook Panduan MUET ini :-

Malaysian University English Test, MUET, Exam, Peperiksaan, Bahasa Inggeris, Exam MUET, Speaking, Writing, Listening, Reading, STPM, Matriks, Pra Universiti, Form 6, Tingkatan Enam, Tips, Panduan MUET, Ebook, Electronic Book, Harga, Pengalaman, Kenangan, Lulus, Band 6 MUET, Universiti,
Masa aku ambil MUET dulu, Ebook Panduan MUET ini tak ada lagi, kalau dah ada ketika itu, memang conform aku beli dah. Sebab aku rasa ebook ini pastinya sangat membantu pelajar yang akan mengambil peperiksaan ini. Tambahan lagi harga Ebook Panduan MUET ini juga tidak mahal, sangat berpatutan, malah korang akan mendapat bonus lagi 2 Ebook lain secara percuma iaitu Ebook tentang Tips Menguasai Bahasa Inggeris dan Ebook Panduan Pengucapan Umum Yang Berkesan. Memang rugi kalau tak dapatkan Ebook Panduan MUET ini, dah lah dapat 2 ebook lain secara percuma, memang berbaloi - baloi gitu, jadi untuk keterangan lanjut dan kalau korang nak dapatkan Ebook MUET ini korang boleh klik Link dibawah ini atau pun Banner di bawah ini..


Good Luck dan Semoga Berjaya mendapat result yang cemerlang Malaysian dalam University English Test ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. banyak nak kena belajar ni..
    jemput join giveaway ye
    http://www.kisahsidairy.com/2017/08/giveaway-merdeka-by-kisahsidairycom.html

    BalasPadam
  2. Kalau selalu belajar dan amalkan bahasa inggeris dalam pertuturan dan penulisan

    Memang tak ada masalah

    Cuba menulis blog dalam bahasa inggeris juga membantu

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017