6 Jun 2010

REviEw MoVie Yg aKu dh Tgk..

Aku nak kongsi pndngn aku ttg filem2 yg aku dh tgk..cite pe yg best..cite pe yg x best..jom bacaaaaa…laa

TWILIGHT:NEW MOON

Mengisahkan bagaimana Bella tersepit dgn cinta Edward dan Jacob pdnya. Bella amat menderita apabila Edward meninggalkannya demi kebaikan dirinya. Pelbagai perkara bodoh dilakukan oleh Bella spt cuba mencederaka diri sendiri dsbnya agar Edward akan memunculkan dirinya di depan bella. Kesunyian bella terisi apabila sering ditemani oleh Jacob yg merupakan serigala jadian. Bella telah mengetahui identity Jacob. Walaubagaimanapun cinta Bella pada Edward amat kuat sehingga sggup membahayakan nyawanya pergi menyelamatkan Edward, selain menginginkan Edward menukarkan dirinya drp manusia menjadi Pontianak seperti mereka juga agar mrk dpt bersama selamanya tnpa ada halangan. Pada akhir cerita menunjukkan bahawa Edward telah mengajak Bella berkahwin..apa kah kesudahan mereka..adakah mereka benar2 akan berkahwin..kenala tggu sambngan filem ni nanti The Eclipse..

Bagi aku filem ni pd permulaan cerita dan penghujung ceritanya amat menarik sekali, penuh suspen. Namun pada pertengahan cerita agak lembab sedikit..nasib dekat2 ending cite die mula best balik..namun filem ni boleh layannnn…



V3: SAMSENG JALANAN



Banyak kontroversi yg melanda filem ni sebelum dapat kelulusan tayangannya..Nama filem ni dh ditukar kpd Samseng Jalanan yg sebelum ini bertajuk V3:Remp-it..Filem ni bercorak aksi, byk adegan gaduh yg ganas,lucah pun ade gak..tu pun nasib baik LPF (Lembaga penapisan filem) dh potong beberapa adegan..kalau x, entah lg byk pe..Filem ni berkisarkan ttg Mat Rempit serta perlumbaan haram, Jalan cerita tu ok, Cuma byk sgt babak2 ganas, mcm kureng sesuwei utk ditonton.





Tapi aku tabik tang adegan yg memaparkan kemalangan ngeri yg berlaku ke atas mat rempit dgn girlfren die..mat rempit ni membawa motor dengan laju dlm keadaan mengantuk dan khayal ngan dadah..kemalangan yg digambarkan agak mengerikan,isi2 perut terburai kuar sume..geli..fuh x snggup nk tgk, tapi sekurang-kurangnya adegan ni beri pengajaran kpd masyarakt ttg bahayanya membawa motor dgn laju dan tidak mengikut peraturan. Selebihnya dlm filem ni byk adegan2 ganas,serta percakapan yg kasar yg mana dlm filem ni byk menggunakan dialek utara..





Lakonan Aqasha yg melakonkan watak jahat not bad gak tpi utk watak Lisa surihani x byk dialog..lebih kpd mimik muka jer..rasanya Lisa kurang sesuai bawa watak negative sbb raut wajahnya yg ayu dn lembut..apa pun..bagi aku..aku kureng gemar menonton filem2 yg bertemakan aksi ni sume..kirenya filem ni pun x menepati citarasa aku gak laa..












ALICE IN WONDERLAND



Merupakan suatu cerita fantasi, penuh dgn warna-warni, bermacam-macam karakter. Dibarisi pelakon2 spt Johny Deep, Anna Hathway dan ramai lgi..


Mengisahkan Alice yg terperangkap dalam dunia lain yg amat asing baginya dan dia merasakan apa yg dialaminya dlm dunia berkenaan adalah hanya suatu mimpi..Disini dia menempuh suatu perjalanan yg sukar dan penuh dgn cabaran.



Bagi aku cerita ni menarik dari segi gambaran pemandangan dlm dunia berkenaan. Namun bagi aku, cerita filem ni biasa je..xde yg terlalu menarik pun bagi aku..tp masih boleh Layann laaa..



3 Idiots


Hehe..aku malas nak ulas pjg2 jom tgk review filem ni dlm english la plak hehehe..


Star Cast: Aamir Khan, Sharman Joshi, R Madhavan, Kareena Kapoor, Boman Irani.


A perfect ending to an exciting 2009 for India, 3 Idiots is a perfect model of the new age Indian who is a non-conformist and questions the outdated methods and chooses to live his life on his own terms of finding new roads that evade out the rat race. As assured all the desi cinema flatters accompanied with the ‘apna Bollywood’ style makes the movie a worth watch with friends for the weekend.


Begins with the three entering the city’s well-known engineering college accompanied with the mandatory ragging sessions, wherein Rancchoddas (Aamir Khan), becomes the leader of the gang. Rancho or Baba Ranchhoddas, as his other friends call him, leads his friends through the muddle of India’s high-pressure, competitive, illogical and almost cruel education system by tutoring them on several life mantras. The grim-faced principal, Viru Sahastrabuddhe (Boman Irani) believes that there is only one place at the top and to reach the place one must ‘kill the competition’.



The high point of the movie is that the director has tried to say a lot more without loosing the film’s lightness and sense of humor. But, after the first half, the story takes a twist and almost disrupts itself. Pia (Kareena Kapoor) running out of her marriage ceremony, Pia’s sister delivering a baby on the college ping pong table with Rancho getting the instructions on a web cam along with his idea of using a suction pump attached to a vacuum cleaner to pull out the baby become somewhat absurd, but the movie jumps back to its flow.



No doubt Aamir Khan is astonishing in his role as Rancho, but the other two, Sharman Joshi (Raju Rastogi) and R. Madhavan (Farhan Qureshi) remain somewhere in the shadows, though both of them have worked hard to whittle their independent characters. Kareena shines up in her small role as Pia. Boman Irani is faultless in his role as Viru Sahathrabuddhe or Virus and the novice Omi has slipped himself perfectly in his role. Shantanu Moitra’s music and Swanand Kirkire’s lyrics blend up perfectly with the flow of the movie.



On the whole, 3 Idiots is a complete a laugh riot and does not let its audience get bored in between the mvie



Emm cite ni mang kelakar..agak menarik pendekatan die..lawak bijak la..bukan lawak bodo..byk pengajaran dlm cite ni..lakonan Amir khan sgt berkesan dlm filem ni..memaparkan bagaimana mereka (3org rakan sebilik) ni menjadi amat akrab dan sentiasa saling Bantu-membantu mencapai cita2 masing..mmg unik cite ni..tp pe pun pada pendapat aku..cite Munnabhai MBBS lebih kelakar, lebih best, lebih menarik kalau nak dibandingkan ngan filem 3 idiots nih..namun filem 3 idiots ni berada dlm kelasnya yg tersendiri..sesuwei ditonton semua..



DE DANA DAN

Merupakan sebuah filem Bollywood yg dibintangi oleh Katrina Kaif, Akshay Kumar, Sunil shetty dan ramai lagi..ianya merupakan filem arahan Priyadarshan yg terkenal dgn cerita2 kelakar x hengatnyer. Filem ni mngisahkan A.K (Akshay Kumar) & S.S (Sunil Shetty) yang hidup susah dan tidak mempunyai wang. A.K bekerja sebagai orang gaji kepada perempuan kaya yg garang dn kedekut. Manakala S.S bekerja sbg budak penghantar surat..ala2 mat dispatch la gitu..kedua-dua mereka mmg papa kedana..Namun demikian mereka masing2 mempunyai kekasih hati yg cantik dan merupakan anak org kaya.Girlfren diorang ni la yg byk sponsor/menaja mahupun membantu kewangan diorang.

Konflik mula berlaku apabila bapa kekasih diorang ni nak mengahwinkan anak mereka ni dgn calon menantu pilihan masing2. Maka hal ini telah menyebabkan girlfren diorang memberi kata dua kepada mereka yakni sama ada kahwin lari dgn diorang mahupun lupakan saja diorang. Hal ni telah memberi tamparan hebat kepada mereka berdua.kerana mereka bakal kehilangan kekasih hati mereka serta turut hilang akan sumber kewangan mereka..Jadi disebabkan ingin mendapatkan wang dlm masa yg singkat utk mengahwini girlfriend mrk disamping cuba mengubah hidup mereka ke arah yg lebih baik lagi, maka mereka telah membuat keputusan utk menculik anjing kesayangan majikan A.K

Setelah berjaya menculik anjing berkenaan, mereka berdua telah bersembunyi di hotel..

Walaubagaimanapun anjing berkenaan berjaya melepaskan diri tanpa pengetahuan A.K

& S.S dan pulang semula ke rumah tuannya..Majikan A.K tidak menyedari apa2 sehingga

lah dia melihat dapur yg bersepah serta tulisan di dinding dapur. Majikan A.K telah

salah faham bahawa yg diculik adalah A.K bukanlah anjing berkenaan. Keadaan menjadi

semakin kecoh apabila semua pihak salah faham dgn menyangka A.K yg telah diculik.

Hal ini telah tersebar di media masa..A.K & S.S menjadi bertambah buntu dan akhirnya

mengubah pelan asal kepada pelan baru yakni membuatkan salah faham semua pihak

menjadi benar. Keadaan menjadi kecoh apabila muncul watak2 lain dan menyebabkan

suasana menjadi semakin keliru, salah faham, kecoh dan kelakar. Pelbagai salah faham

timbul.

Penggambaran dan adegan2 dlm file mini banyak dibuat didlm hotel di Singapura.

Memang kelakar gak, terutamanya pada babak endingnya yg menyaksikan semua

Pelakon saling kejar-mengejar di keliling hotel sehinggalah ke tingkat atas hotel

berkenaan. Kemudian ada bom meletup dan air tangki telah melimpah keluar dgn byk

dan menghanyutkan semua barang serta orang. Nampak seolah-olah mcm banjir..

Banjir dalam hotel..hehe kelakar la plak aku tgk bila hotel dilanda banjir..para pelakon

dihanyutkan, ada yg memaut pada beg, pada org dsbnya. Berbalik pada isu penculikan

itu, majikan A.K telah membayar wang tebusan dan ketika banjir itu, beg yg berisi duit

tebusan berkenaan turut dihanyutkan. Akhirnya A.K & S.S berputus asa apabila

mengetahui beg berkenaan telah hilang kerana dihanyutkan. Akhirnya mereka membuat

keputusan utk berpisah dgn girlfriend masing2 & ikut haluan masing2.

Namun demikian, A.K telah tiba2 terpandang beg berkenaan yg berada berdekatan

Disitu. Sambil tersenyum lebar, dia memanggil kembali S.S dan Girlfren mrk.

Bagi aku, jalan cite die ok gak..unik dan menarik terutamanya adegan banjir di hotel

Mmg kelakar. Namun rasanya filem ni x la kelakar sgt kalau dibandingkan dgn filem2

Komedi arahan priyadarsahan sebelum2 ni cthnya filem Hungama, Hulchul

Garam Masala. Rasanya filem2 berkenaan lagi kelakar x hengatnyer..mmg enjoy tgk

Apa pun filem ni masih seronok ditonton..



VEER

Adalah sebuah filem epik Bollywood lakonan Salman Khan, Mithun chakraborty,sohail

Khan, Jackie shroff dan heroin filem ni yg merupakan pelakon baru iaitu Zarine Khan.

Aku x pasti sama ada ni benar2 kisah sejarah yg benar2 berlaku mahupun kisah rekaan

Semata-mata. Namun ianya adalah sebuah filem perang ala2 epik gitu. Latar masanya

Adalah ketika zaman pemerintahan British di India.

Filem ni memaparkan suatu kaum yg digelar Barbarian yakni x bertamadun cuba menuntut tanah mrk kembali setelah trpedaya dgn jnji2 british.

Ketua kaum berkenaan mempunyai 2 anak lelaki iaitu Salman dan Sohail. Mrk

Berdua dilatih secukupnya utk memerangi British dan merampas kembali hak kaum

Mereka. Kaum mereka dikenali sbg kaum yg amat berani dan amat suka minum arak. Kemudian Salman dan Sohail telah dihantar ke London utk belajar taktik dan strategi British. Di London, mereka telah belajar cara hidup org British, pendidikan dsbnya.

Namun Salman telah jatuh cinta dengan anak musuh ayahnya dan juga kaumnya. Akhirnya telah berlaku peperangan dan Salman mati..Namun beliau sempat berkahwin dgn org yg dicintainya. Kemudian Salman telah dilahirkan semula dalam rupa cucu kepada bapa salman.

Lebih kurang begitula cite die..aku tgk cite ni agak membosankan dan mengantuk mungkin sbb cite perang2 kot jd x menarik minat aku sgt..x habis2 berperang-perang, bunuh membunuh tanpa ada belas kasihan..




VALENTINE’S DAY

Filem ini menarik kerana menghimpunkan ramai pelakon terkenal Hollywood dalam 1 filem. Antaranya Ashton Kutcher, Julia Robert, Jessica Alba dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan beberapa cerita atau peristiwa yg berlaku dlm hidup beberapa pasangan kekasih dlm filem ni ketika hari Valentine day. Ianya mengisahkan ttg kisah hidup serta bagaimana setiap pasangan itu wajar menerima kebaikan dan keburukan pasangan masing2, cerita ni turut memaparkan kecurangan seorang suami terhadap isterinya, serta turut menipu kekasihnya yg dirinya masih bujang..disamping turut memaparkan kisah percintaan pasangan remaja, dewasa dan juga tua..

Bagi aku cerita die menarik kerana memaparkan kisah percintaan dari pelbagai peringkat umur. Disamping turut menolak unsur stereotype yg mana dlm filem ni memaparkan Ashton kucher membuka perniagaan menjual Bunga..Kalau sebelum ni,kita sering disogokkan bahawa bunga itu dikaitkan dgn wanita dan selalunya wanita yg akan menjual @ membuka kedai bunga. Ditambah lagi dgn latar tempatnya di kedai Bunga memang cantik dan menarik. File mini memberi mesej yg positif yakni kita harus terima pasangan kita seadanya bukan setakat kebaikannya sahaja, malah kita harus menerima keburukannya mahupun kesilapannya di masa lalu..Walaubagaimanapun, biasalah dh nama pun filem Barat, bertemakan kisah percintaan plak tu pastinya ada unsur2 18sx yg kurang sesuai ditonton..


EVOLUSI KL DRIFT 2

Merupakan sambungan cite filem terdahulu (tjuk yg sama) cerita aksi, banyak memaparkan babak pergaduhan, babak lumba kereta..Pelakon dlm cerita ni kebanyakan masih sama Cuma kali ni ditambah watak baru iaitu Aleeya yg dilakonkan oleh Scha Al-yahya. Permusuhan dan dendam watak yg dilakonkan oleh Aaron Aziz telah menyebabkan Syamsul menjadi buruan polis, disamping kekasihnya Aleeya dan kawannya Farid kamil telah diculik dan dijadikan tebusan utk membalas dendam kpd syamsul yg akhirnya membawa kepada kematian Aleeya..

Aku ni bukan penggemar cite2 aksi cmni..jadi filem ni kire x brp sesuai ngan jiwa aku lerr hehe..tapi pep n lakonan Aaron Aziz wajar dipuji, nampak berbeza dan nampakla jahat tu, berbeza dr lakonannya sebelum2 ni yg selalu dpt watak hero romantic jerr..bowink tgk..so dlm filem ni, bila die melakonkan watak jahat nampakla perbezaan dan perubahan pembawakan watak. Sama gak ngan Samheizy Sam, yg mana lakonan die nampak real gak bile die berpeluang melakonkan watak negative..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.