1 Nov 2010

WaNita & PeNDeRaaN..

                                                gambar hiasan

Kalau kita baca surat khabar sejak akhir2 ni..banyak kes penderaan dilaporkan..yakni kes penderaan terhadap isteri..kegaNasan rumah tangga…siap leh main curah asid bagai..huh..macam2 kan..sedangkan dah kahwin bertahun-tahun boleh lagi jadi camtu kan..entahlaa..kalau hal2 yg melibatkan perasaan marah dan emosi seseorang itu mang sukar dibendung. Sengaja aku buat entry yg agak serius supaya kita semua dapat serba sedikit ilmu dan manfaat..sebelum ni entry yg aku buat byk suke2, hiburan la, emosi aku la..sekarang ni jom kita serius2 sikit k.. =)



Antara Perkara yang Wajar diketahui oleh Isteri MaLang


Seorang isteri yang didera tidak wajar berdiAM diRi. Usaha menyelamatkan rumah tangganya harus dilakukan. Dia harus bijak untuk mendapatkan nasihat undang-undang drp pihak yg mengetahui. Dia juga mestilah bertindak pantas membuat pemeriksaan doktor serta mendapatkan laporan dan mengambil gambar kecederaan di tubuh badan atau sebarang tanda penderaan pada tubuh. Selain itu, Laporan Polis perlu dibuat secepat mungkin. Ini memudahkan proses perundangan dilakukan dgn sewajarnya.


Seandainya ingin membuat tuntutan Fasakh atau Taklik atas alasan penderaan, perlu disokong oleh saksi. Jika ada 2 saksi lelaki, maka ia adalah satu hujah yg sgt kuat. Bagaimanapun mahkamah akan menilai kesukaran mendapatkan saksi bagi beberapa kes tertentu kerana penderaan selalunya berlaku di tempat tertutup. Oleh itu, jika tiada saksi yg melihat penderaan itu, isteri mangsa dera itu jgn kecewa dan berputus asa utk mendapatkan keadilan di Mahkamah syariah.


TaKLik
Asas cerai taklik adalah perjanjian yg dibuat suami bahawa isteri berhak mendapat cerai dlm keadaan tertentu. Taklik atau Prenuptial agreement adalah lafaz perjanjian ketika bernikah dan lazimnya dilafazkan dihadapan kadi atau juru nikah. Lazimnya taklik seragam. Antara lain kandungannya menyebut jika isteri ditinggal melebihi 4 bulan tanpa nafkah zahir dan batin atau didera secara fizikal atau mental isteri boleh membuat aduan di mahkamah. Jika sahih aduannya dan isteri pula berlaku taat iaitu tidak nusyuz maka jatuhlah talak satu. Di negeri lain spt Johor dan Sabah, taklik membolehkan isteri mengadu kpd kadi dan meminta cerai sekiranya didera atau disakiti tubuh badan, kehormatan dan harta benda.


Kandungan taklik boleh diubah ikut persetujuan masing-masing selagi tidak bertentangan dengan hokum syarak, maka bagi pasangan yg baru berkahwin, taklik bukanlah sekadar pelengkap pernikahan. Ia membawa maksud mendalam kerana ketika itu suami berjanji di hadapan jurunikah didengari bakal isteri dan disaksikan org ramai bahawa jika suami tidak menyempurnakan syarat sebagaimana dlm surat taklik, isteri boleh menuntut cerai.


FaSaKh
Si Isteri boleh memohon fasakh apabila si suami:-

>tidak diketahui dimana lebih setahun
>cuai dan tidak memperuntukkan nafkah 3 bulan berturut-turut
>dihukum penjara 3 tahun atau lebih
>tidak memberi nafkah batin setahun tanpa alasan munasabah
>lemah tenaga batin dan isteri tidak mengetahuinya ketika berkahwin
>tidak siuman, berpenyakit kusta, vitilago atau penyakit kelamin yg berjangkit
>suami melakukan penganiayaan spt menyakiti isteri, bergaul dgn wanita yg buruk akhlaknya, memaksa isteri melakukan kerja yg tidak bermoral, melupuskan harta isteri, menghalang isteri menggunakan hartanya, menghalang isteri menunaikan kewajipan beragama atau tidak melayani isteri secara adil mengikut hokum syarak seandainya suami berpoligami.
>atau alasan2 lain yg diiktiraf sah untuk membubarkan perkahwinan mengikut hukum syarak.


ApaKah KegaNasaN RuMah Tangga..?
kEGanasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yg sering berlaku apabila pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya..


MeNgapa LeLaKi meMuKuL?
Mmg benar, semua lelaki bukannya bersifat pendera, tetapi lazimnya Lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa..
Lelaki memukul krn mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak sedemikian @ berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama berbanding wanita.
Lelaki membuat pilihan bagaimana mrk harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian
Selalunya, Lelaki yg memukul isteri mereka tidak akan memukul majikan, rakan sepejabat atau sahabat mereka sendiri. Mereka selalu memilih seseorang yg mereka anggap sebagai lebih lemah atau tidak dilindungi oleh masyarakat @ ssorg yg mereka anggap sebagai insan yg haknya lebih rendah dari mereka.


TeOri KitaRan KegaNasaN
PeRiNgkat PeMbaNguNan-PeniNgkatan Rasa terteKan
PeRiNgkaT PeMerHatiaN-Lelaki itu menjaDi AncaMaN
KegaNasaN MeLetus-KegaNasan beRLaku atau BerMula
PeRiNgkat PenYeLesaiaN-Lelaki itu meminta MaaF dan berjanji tidak akan mengulangi prbuatannya lagi..


MeNgapa WaNita sanGup teRus diDeRa?
Pernahkah anda mereasakan dalam ketakutan sehinggakan tidak mampu berbuat apa-apa?begitulah perasaannya hidup did lm perhubungan yg menyeksakan. Mereka merasa kaku akibat perasaan takut akan meningkatkan lagi keganasan dan juga kerana survival ekonomi serta tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut..Selalunya wanita memikirkan anak2 nya, tidak sanggup anaknya tidak berbapa serta tidak sanggup mendapat gelaran JaNda..sebab tu gak la mereka ni masih bersama dgn suami..selain itu ada gak wanita yg penyabar x kena tempat dan gaya..dh teruk kena belasah masih sayang lagi suami tuh..boleh memaafkan lg..walau benda dh berlaku berulang kali..dan kesedaran masih belum wujud dlm diri si suami…entahLah tepuk dada Tanya selera…


“Sentiasalah menasihati isteri dengan lemah-lembut. Ini kerana mereka dicipta daripada tuLang rusuk lelaki paling bengkok, iaitu paling atas. Jika diluruskan pasti patah, jika dibiarkan, ia akan terus bengkok”.-Sahih al-Bukhari (4890) dan Muslim (1468).


So kalau nak mendirikan rumah tangga tuh kenala pikir masak2..kena bersedia mental dan fizikal..serta turut bersedia menerima risiko2 yg bakal terjadi..
Semoga kita semua diredhai ALLAH S.W.T… serta mendapat joDoh yg baik..Aminn…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.