7 Jul 2011

JoHan dan ZiZAn (JoZan) gaDuh!!


Hiii..aku nih masih x habis2 ngan cerita JoZan ni kan heheehe..nak uat cmne dah minat of courselah segala perkembangan akan diikuti kalau ada yg x suke jngan baca lah blog aku yg x seberapa nih…huhuhu sungguh x seronok mendengar berita yg bertajuk diatas..actually cite nih dah tiga empat hari lepas..masuk dalam HMetro online kot..maybe dalam paper pun masuk gak kot hari tuh..x pasti..aku baca nih pun dari entry yg dibuat oleh seorang blogger lain..hari nih baru berkesempatan nak pot pet tentang isu diatas..sebenarnya nih kali kedua yg aku dengar JoZan x sebulu..first time cerita diorang bergaduh masuk dalam akhbar Berita Minggu dlm ruangan Bintang Popular dalam setahun dua tahun yg lepas rasanya.and diorang menafikan..yg diorang bergaduh..yg terbaru dengar pula ttg pergaduhan or mungkin perasaan x puas hati tentang pembabitan dalam Maharaja Lawak..tambah2 kalah plak tuh..so mula laa mcm2 hal timbul..jom tengok petikan berita nih :-



KUMPULAN Sepah dah pun diangkat menjadi juara Maharaja Lawak (ML). Jozan yang diwakili Johan dan Zizan yang diharapkan menjadi juara, dapat nombor dua.
Di sebalik kemeriahan itu, terkeluar cerita daripada pihak produksi, kononnya Johan dan Zizan tidak sebulu. Perselisihan pula dikatakan bermula ketika mereka menyertai pertandingan ML.
CAK ada dengar selepas Jozan masuk ML, populariti mereka semakin mencanak-canak. Setiap minggu mereka ada show, terutama Zizan. Bayaran diterima pula ‘tersangat’ lumayan.
Dan kalau tak salah CAK, disebabkan itu juga, mereka bermasam muka kerana Zizan gagal memberi komitmen untuk ML. Pada peringkat awal, undian mereka tertinggi tetapi rezeki berpihak kepada Sepah.
Apabila muncul berdua, kenalah sepakat. Kalau tak boleh nak sepakat, buat persembahan secara solo macam Nabil. Bila dapat duit, tak payah kongsi dengan sesiapa.

Rasa tak puas hati itu kelihatan ketara selepas selesainya pertandingan akhir ML. Apa saja Zizan cakap pada sidang akhbar yang diadakan selepas program itu, Johan ‘buat muka’. Menunjukkan yang dia tak puas hati.
CAK yang tak dengar kenyataan Zizan pun boleh teka apa yang dicakapkan, antaranya mungkin dia kata ‘tak ada rezeki’ atau ‘mereka gementar’ dan sebagainya.
Namun, cerita sebenarnya mungkin lain dan kebenaran itu hanya Johan yang tahu sebab itu dia ‘tak kuasa’ dengar kenyataan Zizan pada media. Barangkali benar kerana kurang komitmen, mereka tak dapat buat persediaan secukupnya.
CAK harap pergaduhan mereka tidak berpanjangan. Cuba buat ‘post-mortem’, bahagian mana yang tak kena dan harap saling bermaafan.


Walaupun gagal bergelar juara, nama mereka berdua dah cukup ‘gah’ dalam industri. Mereka antara ‘produk’ keluaran Raja Lawak paling berjaya dan laris saat ini.
Bagaimanapun, CAK dengar tak lama lagi mereka berdua akan diterbangkan ke London untuk menjalani penggambaran drama di sana. Jika benar, buang yang keruh ambil yang jernih.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana tak bergelora. Lidah lagikan tergigit, inikan pula dua manusia yang punya hati dan fikiran lain-lain. Ramadan pun semakin hampir, eloklah berdamai.

Haaaa..x seronok la dengar gaduh2 nih kan..diorang nih punya peminat yg ramai..tambah2 kalau diorang bergabung memang meletup..aku rasa mungkin gaduh2 manja je kot..biasalah dah kalah mula lah rasa x puas hati dan macam2 lgi..cuba kalau menang..tentu tak timbul isu bergaduh nih sume..lagipun lepas selesainya final M.Lawak..diorang dah sibuk shooting sama2 lagi untuk drama hari raya..di Port Dickson..lepas tuh diorang ke London lagi..sebab tuh pada hari ahad lepas rancangan Melodi xde Zizan hanya ada Dira dan tempat zizan digantikan Wahid sekejap..so kalau betul gaduh pun mungkin dah berbaik kot..biasalah kawan2 mesti la kadangkala ada gduh2 manja gitu..sebab ada yg kata bila lepas bergaduh nih akan makin jadi rapat haha..betul ke tidak tu?lagipun lepas nih diorang akan berganding lagi untuk mengacara program JoZan Show…kalau gaduh2 camne lak nak berganding sekali..mesti susah nak bekerjasama betul x?andai betul gaduh pasti diorang dh bermaafan hehehe..harap2 macam tu laaa..sebab ramai yg suka tengok diorang berganding =)


JoZan Foreverrrrr n everrr..

5 ulasan:

  1. betul tuh...x seronok dengar cite cam nih kan..diorang tuh nmpk sweet dan serasi bila bergandingan..

    BalasPadam
  2. sweet gila oh time johan peluk zizan time bday zizan. oh my guishh. erh, rasa nak nangis je

    BalasPadam
  3. yup..diorang nih so sweet together kan..teringat masa diorang saling berpantun yg x brp menjadi masa nk umum penyingkiran kat raja lwk 5 dulu..sgt kelakar hehehe..

    BalasPadam
  4. ha'ah! tau takpe. mak aih, gila doh diorg, haha. sakit perut gelak, adehh.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.