22 Jul 2012

Penghijrahan Abby Abadi mula dipersoal?


Assalammualaikum..
Sejak Akhir2 ini Twitter Abby Abadi makin panas dgn pelbagai komen positif dan negatif mengenai pendirian beliau..ada yg suka ada yang tidak..apapun jom kita baca artikel ini yg aku copy paste dari Yahoo->DisiNi ...
Kepada peminat tegar atau sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, pastinya sedia maklum bahawa selebriti ini kini sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri.Meskipun baru-baru ini Dato' Ac Mizal mencabar aktres dan bekas penyanyi kumpulan wanita popular, Elite ini berdebat mengenai isu ISA & PDRM, Abby nampaknya tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama dan politik beliau kini. Pada hari Selasa yang lepas Abby menerusi laman Twitter miliknya menulis bertanya pandangan tentang senario kini di mana ramai wanita tidak menutup aurat dan ia seakan menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat.
Abby dalam tulisannya (yang telah distruktur semula) berkata, "Kenapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?"Pandangan dan pertanyaan Abby itu rata-rata telah mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak tidak kurang juga yang menyokong Abby sehingga terciptanya hastag #teamabbyabadi
Antara komen pengguna Twitter berbunyi;
Harits Asyraf Karev @HaritsKarev
aku menyampah buat story abby abadi.. orang lain berhijrah jugak.. taklah mcm kau!!! sendiri persoal orang, sendiri jawab balik!!
Famous hina bro RT@ bashrafi: Femesnya Abby Abadi. Good for you la dah bertudung.
Aida Amyra Khapez @aidaamyra
Kenapa ngan dia ? RT@: Sy akui sy peminat abby abadi. Tetapi selpepas stalk twitter die hati rase lain.:/
feeqa?areen @feeqanadia
Mkin lame tgk abby abadi ni mkin annoyg.. Dduk diam jage anak2 sudah.. Sume org sbuk nk bpolitik skrg..
Rata-rata mereka yang kurang senang dengan pertanyaan Abby ini menyifatkan Abby masih belum layak mempersoal aurat orang lain kerana sejarah silamnya juga dahulu tidak menutup aurat.Kritikan dan pandangan pengguna Twitter tidak dibiarkan sunyi. Abby kemudiannya membalas komen tersebut dengan berkata, "Kenyataan saya pagi tadi tentang isu tidak bertudung bukan untuk menghakimi tetapi ingin berkongsi sebab ingin tahu apa alas an mereka. Macam saya dulu, saya ingat ia bukan masalah besar sebab ramai yang macam tu (tidak bertudung)."Sebagai wanita yang beragama Islam, selepas akil baligh memang tidak ada pilihan (itu yang saya kongsikan pagi tadi). Kenapa pandang negatif? Ingatlah kita di akhir zaman," balas Abby di laman Twitter miliknya yang sedari pagi hingga malam tidak surut dengan pandangan dan kritikan pengguna lain.
Sementara itu, portal hiburan Murai, turut memetik padangan orang ramai mengenai penghijrahan Abby yang dikatakan lebih berbaur politik daripada mendalami ilmu agama itu sendiri. Murai dalam laporannya berkata, "apakah penghijrahan awal tersebut, Abby Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?"
fuhh mmg panass..tapi semua ada pandangan masing2 kan..tertanya-tanya Dato A.C Mizal jadi ke berdebat ngan Abby tuh dengar kata Abby menerima cabaran Dato A.C Mizal utk berdebat tuh..tapi x tau la jadi ke tidak nak berdebatnyer..ingat lagi dulu2 masa D.A.C Mizal dan Abby sama2 berlakon dlm Gerak Khas dulu..cite polis gak bila dh gaduh pun bergaduh pasal isu polis juga...emmmm

P/s-tajuk dan isi entry ni bukan aku yg buat yer aku hanya copy paste dari yahoo sumber ada diatas..cuma ayat atas n bwh sekali je ayat aku..jgn salah paham lak yer..

22 ulasan:

  1. mcm hal..kan...saja nak cr pasal..

    BalasPadam
  2. memang panas pun kes abby ni kan..
    tapi tulah, cik nur pun tak tahu nak komen ape2..

    cuba phijrahan dia tu baik..dan lagi baik phijrahan itu blandaskan ajaran dari ALLAH dan Rasul kita...

    maaf ya miss banu, cik nur komen santai je ni..xde membabitkan mana2.. :)

    BalasPadam
  3. panas ni. huhu.. pendapat masing2 kan. :)

    BalasPadam
  4. Ishk2 Ramadhan yg mulia ni seeloknya kta pertingkatkan amalan untuk diri kita dan muhasabah diri sendiri...semoga Allah memberkati kehidupan kita dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  5. Pada pandangan saya, tidak perlulah dipersoalkan benda-benda cmni..
    Alhamdulillah, semakin ramai artis mula mengenakan hijab. Sedikit sebanyak mampu mempengaruhi peminat-peminat mereka untuk mengikut jejak langkah mereka. Isu-isu mcm ni kalau tak disokong dengan bukti jangan lah kita cepat percaya.

    ~Miss Banu: selamat menjalani ibadah puasa ye :)

    BalasPadam
  6. hadoi...
    sussah nak menilai org nih..

    BalasPadam
  7. huhu mls amik tau.. dunia artis

    BalasPadam
  8. bagus penghijrahan dia dah bertudung..isu politik tu kenape pulak?salah ke dia nak berpolitik?
    lantak dia lah belah yg mane pun..demokrasi..semua berhak memilih..tak nk dngr tutup telinge pejam mate..hihihi..
    ape2 je la kan..mcm2 lah skrg ni

    BalasPadam
  9. eRR , Sepatutnya tak boleh macam th... hak masing2 kan.. nilai tuh biar Allah yg menetukan :)

    *Ikhlas dlm setiap pemakaian :D
    sALAM RAMADHAN dari Nurrul ! :)

    BalasPadam
  10. Haih.. Ntahla..Macam2 hal la artis sekarang ni.. What so ever jelah.. Malas nak layan.. Kuikuikui..~~

    BalasPadam
  11. kalau nak berubah tu biarlah kerana Allah....

    hm,mcm2la dyeorg ni kan...

    BalasPadam
  12. saya x follow dia kat twitter..tp saya tau lah psl kehangatan twitt beliau ke ke ke..

    BalasPadam
  13. alhamdulillah...abby sudah berhijab..moga ramai lagi kalangan artis yg mengenakan hijab..cantik dia bertudung kan..sweet je

    BalasPadam
  14. Haish..malas nak cakap banyak..tengah pose ni..hihihi..

    Btw..tahniah abby abadi :)

    BalasPadam
  15. malas nk persoalkan apa2...

    Miss banu, sory nyue jarang2 terjah sini coz bz..selamat menjalani ibadat puasa taw :)

    BalasPadam
  16. lantak pi la depa..no komen...kang batal pose deqla!! hihi...

    BalasPadam
  17. kita sebagai orang bisa dengar jelakan..sebab mereka artis tu yang jadi tumpuan.klu orang biasa persoalkan tak da orang amik port pun..huhu..slaam ramadhan miss banu ;-)

    BalasPadam
  18. aiseyy..malaysiakan negara demokrasi..masing2 ada hak memilih..so semua dah besar so pandai2 pikir=)

    yang penting kita sebagai umat n hamba Allah berusaha ke arah kebaikan dan menoakan supaya umat2 lain juga diberi hidayah..

    yang selain itu no komen=)

    BalasPadam
  19. hanya kerana dia berhijrah & bertudung pastu berkaitan politik, sume jadi panas.kalau orang lain takde pon rasanya.hmmmm...salah ke artis terlibat politik?kata negara domokrasi.biar jela dia.itu pilihan dia

    BalasPadam
  20. macam-macam hal lah..kalau makin banyak cakap, nanti makin terserlah kejahilan kita~

    wallahualam~

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.