3 Ogo 2012

RooFtoP PRiNcE~K-Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni tibalah masa nak mengreview draMa Korea iaitu Rooftop Prince..
Aku dah lama habis tengok drama ni masa bulan April hari tu,sekarang baru berkesempatan nak buat review hehe..Bagi aku drama ni memang menghiburkan especially part2 kelakarnya mmg kelakar habis hahaha..drama ni mempunyai 20 episod..walaupun episod nya mcm banyak tapi memang x bosan tengok sebab cerita die best..disamping pelakon2 nya pun mmg terbaik..bayangkanlah bila Putera Raja dan 3 pengikutnya terlepas dan terperangkap di zaman Moden dari 300 tahun yg lampau..yg bestnyer Putera Raja dan 3 pengikutnya tuh mmg hensem2 belaka haha x caya tgk gmbr kat bwh ni..masa ni diorang dh dapat sesuaikan diri dengan Zaman Moden ni..pakai baju pun mcm org2 zaman moden kan..
Mereka berempat terlepas ke zaman moden dan terperangkap kat dlm sebuah rumah yg dimiliki oleh seorang perempuan yg bernama Park Ha..Permulaan cerita mmg Park Ha amat terkejut tengok mereka berempat tiba2 je dirumahnya dan berpakaian seperti orang2 dulu siap berpedang bagai..manakala mereka ber-4 pula juga terkejut bila menyedari mereka kini berada ditempat yg sungguh asing untuk mereka..memang kelakar habis waktu ni bila tengok diorang sangat jakun melihat kereta,bangunan tinggi dan mcm2 lagi hehehe..nasibla Park Ha ni baik hati dan cuba tolong diorang ni walaupun pada awalnya Park Ha menyangka mereka ber-4 ni orang Gila yg terlepas hehe..Park Ha akhirnya membenarkan mereka ber-4 ni tinggal dirumahnya dengan syarat mereka harus menjadi pekerjanya..Park Ha juga cuba mengajar mereka menyesuaikan diri dengan zaman moden ni..Park Ha ni la yg beli baju,jadi cikgu diorang serta memasak untuk diorang..
Putera Raja tuh bernama Lee Gak..Pada suatu hari Lee Gak ni mendapat tahu yg ada seorang lelaki yg bernama Tae Yong yg mukanya serupa dan sama dengannya..lelaki yg bernama Tae Young tuh telah hilang dilaut angkara perbuatan jahat sepupunya Tae Mo. Lee Gak yakin yg Tae Young adalah dirinya yang telah dilahirkan semula di Zaman Moden ni..Diatas beberapa sebab Lee Gak akhirnya terpaksa menyamar sebagai Tae Young untuk menyiasat beberapa perkara..Park Ha pula ada seorang kakak yg bernama Se Na tapi mereka tak rapat kerana telah terpisah sejak kecil..Se Na ni pulak mmg seorang yg jahat yg sentiasa pentingkan diri sendiri serta berlagak mcm anak org kaya.Nak dijadikan cerita Se Na nih juga adalah kelahiran semula bakal isteri putera Raja (Lee Gak) yg kononnya telah mati dibunuh pada zaman dahulu manakala Park Ha ni juga menjadi adik Se Na masa zaman dulu.
Disebabkan tuh setiap kali Lee Gak terjumpa Se Na dia pasti jadi x tentu arah sebab terlalu rindu ngan bakal isterinya pada zaman dulu dan Lee gak cuba memikat Se Na.
Park Ha semakin lama bersama dengan mereka berempat semakin selesa pula..diorang berlima dah macam satu keluarga gitu..akhirnya Park Ha menyedari yg dia sudah jatuh cinta dengan putera raja tu iaitu Lee Gak..Park Ha sangat sedih bila mengetahui Lee Gak suka akan kakaknya yg jahat tu yg bernama Se Na..Park Ha hanya memendam perasaannya pada Lee Gak sehinggalah pada suatu hari ketika keluar dengan Lee Gak,Park Ha secara x sengaja telah terhantar SMS i love you kat Lee Gak..Namun Lee Gak x perasan akan sms tu..Lee Gak pergi beli minuman dan pada ketika itulah Park Ha mengambil telefon Lee Gak dan cuba memadam SMS yg dia hantar tuh namun tepon Lee Gak tuh kena masukkan password baru leh bukak..haha..bayangkan betapa paniknya Park Ha masa tuh dan akhirnya Park Ha mengambil tindakan drastik dengan menanam telepon Lee Gak tuh dalam tanah kt situ hahaha..mmg giler masa nih..akhirnya boleh plak ada anjing kat situ yg cuba gali balik tanah tuh yg tertanamnya tepon Lee Gak..
Perbuatan anjing tuh telah menarik Perhatian Lee Gak..dan Lee gak terus memerhati manakala Park Ha dah mula panik lalu cuba mengajak Lee Gak ke tempat lain namun Lee Gak x mahu..Akhirnya anjing tuh berjaya menjumpai telefon Lee Gak haha..dan akhirnya Lee Gak sedar yg tu telefonnya..lalu memandang Park Ha dan cakap Ko Tanam Telefon aku!!!??? tapi die cakap bahasa Korea laa haha Park Ha yg gelabah tahap maksimum terus naik basikal dan blah secepat mungkin dari situ..manakala Lee Gak masih keliru dengan apa yang jadi lalu membaca mesej dalam teponnya lalu terkejut beruk dan akhirnya Lee Gak mengetahui yg Park Ha dh jatuh cinta dengannya..sweet jer..kemudian Lee Gak terus mengejar Park Ha..Namun Lee Gak x dapat nak balas cinta Park Ha tuh maka Park Ha terpaksa lah syok sendiri kan..Walaupun begitu Lee Gak sangat mengambil berat tentang Park Ha..akhirnya Lee Gak nak bertunang dengan Se Na..Namun semakin lama Lee Gak kenal Se Na semakin banyak perkara buruk tentang Se Na diketahuinya..akhirnya Lee Gak sedar yg dirinya juga sudah jatuh cinta dengan Park Ha..sweet jer diorang ni hehehe..
Namun apakah kesudahan Lee gak dan pengikutnya apabila mereka sorang demi sorang hilang begitu sahaja dan kembali ke tempat asal mereka iaitu pada 300 tahun dahulu?Sorang demi sorang akan hilang pada bila2 masa saja membuatkan Lee Gak dan pengikutnya berasa panik..kerana mereka dh suka tinggal di zaman moden serta mereka berempat kesian dan x sampai hati nak tinggalkan Park Ha sorang2..bagaimana pula kesudahan percintaan Lee Gak dan Park Ha bila Lee Gak juga terpaksa kembali ke tempat asalnya?bagaimana pula dengan pertunangan Lee Gak dan Se Na?serta macammana pula dengan misteri kehilangan Tae Yong?Tae Young dijumpai dan masih hidup namun masih koma lalu bagaimana pula dengan nasib Tae Yong adakah dia akan bangun dari koma?Nak tahu kesudahannya korang kena tengok cerita nih..apa yang aku ceritakan kat dalam entry ni hanya sebahagian dari jalan ceritanya.ikutkan jalan cerita die lebih dalam dan banyak watak..aku just cerita sedikit sahaja..memang x rugi tengok cerita ni sangat best terutama adegan2 yg kelakar tuh ahahaha..
Walaubagaimanapun Ending cerita ni adalah happy ending tapi dalam happy tuh masih ada sedihnya sebab Lee Gak dah kembali ke tempat dan zaman asalnya..huhu sedihnyerr...tapi still happy ending gak laa...nak tahu camne ending die kenala tengok drama ni..lupa nak cakap drama ni memang box office la kat Korea tuh n drama ni juga antara drama terbaru tahun 2012 yg start ditayangkan kat Korea pada bulan Mac yang lalu..kira cerita ni masih fresh lagi n aku rasa drama ni antara drama Hot untuk tahun 2012..
Untuk review Drama Korea yang lain..korang leh klik kat TAB kat atas sekali yg tertulis Review Korean Drama..tengok je kat situ yer ada banyak drama korea lain yg best2 nyer yg telah direview..

22 ulasan:

  1. dlu minat tgk drama korea skg dh ada anak ni dh kureng sikit tp still minat

    BalasPadam
  2. cita ni tak tgk g..kekurangan masa skrg,..hehe

    BalasPadam
  3. Bergembira la mereka yang suka korean drama dengan enti ko ni dik..:)

    BalasPadam
  4. wah rajinnye review pjg2 gini.. tapi sygnya deqla tak tgk sgt citer korean ni..hihi..cuba review citer hindustan pulak? :p

    BalasPadam
  5. wiii..mcm seronok jee.. mesti kelakar2.. tapi bila masa nak menengoknyaa..huhuhu

    BalasPadam
  6. panjang betul review drama korea ni..rajin miss banu hihihi

    BalasPadam
  7. mcm best je cite ni..tpi skrg ni xde masa lagi nk tgk.

    BalasPadam
  8. Bestnya kalau bleh layan ni..dah lama tak layan crita Korea ni...

    BalasPadam
  9. waahhh pnjg kemain entry dia.semangat ni cerite psl korea.hehehe
    tak pnah tngok lagi cite ni

    BalasPadam
  10. tak tgok drama korea la Banu...hehehe

    BalasPadam
  11. adik ipar sweety dh ketagih cerita korea..huhuhu

    BalasPadam
  12. tak sempat dah skrg ni nak layan citer korea. huhu..

    BalasPadam
  13. Nmpk bestt.tapi tak dan tunggu tgk la..hihii

    BalasPadam
  14. dulu,mama ni peminat cerita korea..tak boleh miss walau 1 episod...sekarang ssh nak tgk sbb asyik beralah dgn mia..mmg rindu nak gk cerita korea..tau

    BalasPadam
  15. sy ada seorang kwn yg gila betul dgn korea. very fanatic;)

    BalasPadam
  16. mmg terbaikkkkklah drama ni. sweet gile. :)

    BalasPadam
  17. hee..klaka la pulak...g tanam tepon...haha...

    BalasPadam
  18. shu dok ulang cite korea yg sme je. huhu. xde stok lain. ^^

    BalasPadam
  19. shu dok ulang cite korea yg sme je. huhu. xde stok lain. ^^

    BalasPadam
  20. wah...mmg bez pon citr ni..tp tgkp lleh gak la ep last...huhu sedih ..tp serius sgt best. x rugi la klu tgk

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.