15 Jan 2013

The InnoCeNt MaN- KoReaN DraMa Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yg brtajuk The Innocent Man/Nice Guy drama ni antara yg terlatest gak laa..baru habis ditayangkan tak lama dulu..drama ni mempunyai 20 episod..Rasanya sape peminat siri Running Man pastinya akan tengok drama ni kan..hehehe..betul x?heroin cerita ni pun rasanya pada sesape yg rajin tengok cite Korea mesti kenal..salah sorang tuh pernah berlakon dalam cite My GirL dulu..ingat x?hehehe..Drama ni boleh dikategorikan drama berat laa melodrama gitu..penuh dengan kesedihan..Episod pertama cite nih jer mmg dh gempaq apabila kita semua akan berasa sangat kasihan dengan hero cerita ni Kang Ma Ru yg sangat baik hati sanggup berkorban masuk penjara atas kesalahan yang dia x buat kerana ingin menyelamatkan kekasih hatinya iaitu Han Jae Hee..

Kang Ma Ru sorang pelajar perubatan yg cemerlang terpaksa melupakan impiannya menjadi doktor setelah die dengan rela hati masuk penjara atas kesalahan kekasih hatinya..pastu ketika die dalam penjara, kekasih hatinya leh lak berkahwin dengan orang kaya pastu ada anak dan hidup senang lenang..sakit hati kan dengar?memang kesian dengan Kang Ma Ru ni..setelah dipermainkan oleh kekasihnya tu, dia mula berubah jadi jahat sikit, die jadi gigolo pastu..huhu kemudian dia bercinta pula dengan anak tiri bekas kekasihnya tuh sebagai satu cara nak balas dendam...
Memang kesian dgn Kang Ma Ru ni..Han Jae Hee ni mula cemburu bila Kang Ma Ru mula rapat dengan anak tirinya..dan Kang Ma Ru pula rasa bersalah kerana telah mempergunakan Seo Eun Gi untuk membalas dendam pada Han Jae Hee sekaligus mempermainkan perasaan Seo Eun Gi..keadaan mula jadi lebih rumit apabila Seo Eun Gi tahu hal sebenar tapi akhirnya die terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan..Manakala Kang Ma Ru pula dah mula jatuh hati dengan Seo Eun Gi dan telah dapat melupakan sepenuhnya Han Jae Hee..Setelah Seo Eun Gi dapat ingatannya kembali die plak yg nak balas dendam terhadap Kang Ma Ru dan Han Jae Hee sedangkan masa tu Kang Ma Ru dah sayang sgt dgn die..penuh dengan konflik drama ni..
Akhirnya bila Kang Ma Ru dah dapat lupakan Han Jae Hee, die plak yg terhegeh-hegeh nak kat Kang Ma Ru semula..die rasa sangat menyesal bila khianati Kang Ma Ru dulu..Han Jae Hee tak dapat nk terima hakikat yang cinta Kang Ma Ru sudah tiada untuk dirinya..ending cerita ni memang susah nak ramal dan yg bestnyer nasibla ending cerita ni adalah happy ending yeayy hehehe...bagi aku jalan cerita die best penuh konflik, suspen jer tengok..cuma kadang2 tuh di episod belas2 tuh jalan cerita die jadi slow skit dan meleret-leret..patutnya drama ni dijadikan setakat 16 episod..tapi still berbaloi untuk ditonton..

Watak Perwatakkan
Apapun aku memang suka jalan cerita drama ni..suspen jer..heheehe...so pada sape nk tgk drama ni leh tgk kat Maadu.com.my hehehe..

16 ulasan:

  1. akak mmg peminat cite korea nie..tp kalau bab2 sedey nie...kurang skit nak tgk..takut x larat nak lap airmata...kekdg sampai teresak2 ko...huhuhuhuhu...feeling bagus punyer nih!hehehe

    BalasPadam
  2. Miss banu, nape hero dia mcm xcomeii..hihihi

    BalasPadam
  3. minat citer industan.. korea x minat.. hihi

    BalasPadam
  4. hehehe...MV pula rasa heroin x cute..

    BalasPadam
  5. Wah! Song Jong Ki ar jadi hero! Macam best jer.. Nanti nak donloa ah! ^_^

    BalasPadam
  6. :) mama kurang minat drama korean dik :) ngeee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dok Korea nanti kena layan gak la Mama..ha ha..Alesya mesti terjebak ngan drama Korea tu nnt..ha ha..

      Padam
  7. wah~ =D dah habis tengok dah citer nih last November.. memang BEST.. sedey huhu.. banyak nangis.. rindu nak tengok Soo jongki dan Chae won lagi.. hehe

    BalasPadam
  8. hero nya xhensem sgt, tp heroin cantik. nk tengok, nak tengok! :)

    BalasPadam
  9. minat betul korean drama ni ye

    BalasPadam
  10. peminat tegar korean drama..hihihi

    BalasPadam
  11. Nak tgk r citer ni nanti bila dah habis final...

    BalasPadam
  12. pun baru abis layan cita nie..memang superb..jalan cita yg lain dr yg lain..thumbs up!!

    BalasPadam
  13. Joong ki!!! rindu nya die kat dalam rm.. hmm.. nak gak tgok.. xpi x berkesempatan jer.. busy dgn sekolah skang ni.. kalau x .. Aisyah dh lama tgok dah ni.. ><

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.