22 Jun 2013

JOZAN Di Minggu Kesembilan RaJa Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum...
Lagi 2 minggu baru Final aku ingatkan minggu ni yang final, x sangka pula musim kali ni panjang pula sampai 12 minggu semuanya.Apa pun jom tengok apa yang menarik di minggu Ke-9 yang lalu..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-9 RL7

-Tema Minggu ke-9 adalah Jurujual dan Radio.
-Masa nak perkenalkan juri iaitu isma jer biasalah die ada menyanyi-nyanyi sampai Johan kena cakap perkataan "sudah" banyak kali, hehe bila Isma dh stop Zizan pulak bergurau dgn cakap cara2 nak mengundi Isma dalam Raja Lawak.
-Johan pun sampai tersasul, die nk cakap "Baiklah" tercakap "Baliklah" hihihi.
-Sebelum iklan, Johan sempat cakap Cina sebelum Zizan pun ikut cakap Cina gak hihi..
-Waktu JOZAN Perkenalkan rakan artis yang hadir, diorang sempat mengusik Mamat Sepah dgn memanggilnya "Mamat Sepu" hihi, dan masa nak perkenalkan Saleem Iklim sempat lagi diorang menyanyi sekejap lagu Saleem.
-JoHaN nak tiru gaya dan suara Saleem Iklim tapi x berapa menjadi sebab jadi suara Awie pulak, Zizan pun tegur macam suara Awie terus semua pun gelak2.
-Selepas Kumpulan Sakan selesai buat persembahan, JOZAN pun masuk lalu Zizan ada tanya kat salah sorang dari kump sakan tu "ni juliana evans ker" hehehe..
-Ketika Zizan baca komen2 di Twitter, die ada tambah sikit cakap "Zizan dan Johan comelnyer" pastu Johan cakap "Jangan bacalah tu biar orang bacalah" hihi Zizan pun jawab "Okey" pastu tiba2 Johan cakap gini "Johan more cute than Zizan" terus Zizan dan penonton ketawa hihi..
-JOZAN ada mengusik Ac pasal kereta hehe comel jer masa ni hihihi..
-Lepas Kumpulan Okay selesai buat persembahan, Johan pun bercakap-cakap dengan salah sorang dari Kump Okay manakala Zizan lak gi duduk atas kerusi yang ada kat situ, kemudian tak lama pastu Johan tanya kat Kump Okay "eh sape uolss, Sape ni beb?" sambil tunjuk ke arah Zizan, Pastu Johan berjalan ke arah Zizan sambil cakap "Hensemnyerr abang ni" dgn gaya manja gitu heehe pastu Johan cuba usik Zizan konon2 nak kiss die haha Cuak Zizan sebab die duduk atas kerusi x dpt nk elak kalau Johan nk kacau2 die, pastu Zizan cakap "Jangan Johan2x janganlah" pastu Zizan berdiri n angkat jari die & buat adegan Dont Say Any words gitu terus Johan gelak2 dah. Sweet JOZAN masa ni.
-Masa Juri beri komen pada persembahan kedua Boy, Isma bagi komen dengan lancar, bernas n tanpa menyanyi langsung straigt to the point, pastu terus JoHaN puji Isma sebab die x menyanyi masa bagi komen hihi.
-Waktu Kumpulan Sakan selesai dengan persembahan kedua mereka, JOZAN pun macam biasa dtg ke depan pentas pastu Johan Mintak Muzik Happy satu kemudian terus keluar lagu Tamil, apa lagi memang sakan lah JOZAN menari comel jer, Johan menari pastu jatuh n kemudian Zizan cakap kt Johan "bangun, dik, abang dah cakap jangan main" comel jer Zizan cakap gitu kat Johan, pastu tak habis cakap lagi lagu Tamil tu keluar lagi hahaha terus JOZAN sambung menari balik, lawak masa ni kemudian Johan lari ke belakang pentas, n bila muzik dah berhenti Zizan cakap "Mana Makhluk tadi" hehehe...
-Selesai juri beri komen pada kump Sakan tu, lagu tamil tu keluar balik terus JOZAN dan Kump Sakan menari-nari atas pentas.
-Lepas Zizan umumkan undian telah ditutup, tiba2 Kump JaMBu (Tauke & Yus) naik ke atas pentas, rupa-rupanya kump JamBu akan ambil alih jadi Hos Raja Lawak untuk 2 minggu iaitu minggu ke 10 dan minggu ke 11, dan konon-kononnya JOZAN tersingkir gitu siap JOZAN buat muka sedih jer. Rupa-rupanya JOZAN ada kerja dalam tempoh 2 minggu tu sebab tu Kump Jambu ambil alih, n di Final JOZAN akan jadi Hos balik.
Mula2 memang ingat Gimik jer rupanya memang betul JOZAN xde dua minggu, kecoh gak la kat twitter pastu sebab ramai x puas hati JOZAN xde tapi nak buat camne JOZAN ada kerja. Ramai yg mengagak JOZAN terlibat dalam Anugerah Blokbuster sabtu ini sebab tu diorang xde kat RL7, Kemudian dgr cite juga Zizan nak ke Paris Shooting jadi sbb tu JOZAN xde.
-Lepas selesai pengumuman Kump Jambu akan jadi Hos selama 2 Minggu tu terus keluar lagu tamil tu balik hehehe apa lagi diorang semua start menari balik hihi.
-Waktu Penyingkiran, JOZAN baru cakap sikit terus keluar lagu tamil tu hehe apa lagi memang menari laa jawabnyer hihi pastu Johan cakap "cukup kurang ajar apabila bermain lagu-lagu yang dirasuk" kemudian Zizan lak cakap "Tolong jangan lakukan ini kepada kami krn keadaan ini sgt serius dan sgt genting apabila kami." tak habis cakap terus lagu Tamil tu keluar hihi dah menari balik semuanyer comel jer. Bila lagu tamil tu dah berhenti Johan sambung cakap "Ini membuatkan kami penat" pastu Zizan lak cakap "Ini membuatkan kami rasa perlu Jambu ganti kami jadi tolonglah.." pastu lagu tamil tu keluar sekali lagi hihi terus JOZAN pun menari hehe. Lepas menari Zizan terus gelak2 kemudian JoHan cakap "kurang ajar sape yang jaga sound" hihi kemudian Zizan plak tanya "Sape budak sound ni?memang nak kena sound ni"
-Boy tersingkir di minggu ke-9 RL7.

6 ulasan:

  1. peminat setia jozan ye..sweet mereka nie kan...

    BalasPadam
  2. sila ambil doodle awak,jgn lupa cari betul2 doodle awak ya...
    http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/2013/06/doodle-untuk-peserta-segmen-tercepat-by.html

    BalasPadam
  3. mcm biasa tgk raja lawak sebab Jozan. hehe..

    BalasPadam
  4. pejam celik, pejam celik dah nak dekat final dah..
    kejap pula nur rasa... :)

    BalasPadam
  5. Rasanya Depa ni tunaikan umrah...sengaja dirahsiakan..Jika benar Alhamdulillah. Suka sangat ngan depa ni

    BalasPadam
  6. ape tajuk lagu tamil tu?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.