Sharnaaz Ahmad menyelar tindakan Azwan Ali yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 semalam.
Malah pelakon drama popular 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu turut dikritik oleh Azwan di laman Instagram biarpun tidak ditulis secara jelas siapa yang dimaksudkan. Sharnaaz turut memuat naik gambar Azwan berselfie di laman Instagram miliknya.
Hari ini, Sharnaaz memuat naik pula paparan skrin yang bertulis status Azwan di Twitter di laman bergambar popular itu. Ikuti komen balas Sharnaaz menerusi khidmat aplikasi Whatsapp yang dikongsinya kepada BH Online.
"Saya tak nak komen banyak mengenai hal ini. Satu saja saya nak cakap kepadanya, mohon maaf pada bangsa sendiri sebelum ajal datang menjemputnya.
"Tak ada apa lagi yang saya boleh katakan kepada lelaki berpendidikan tinggi sepertinya yang sanggup memperbodohkan diri sendiri kepada masyarakat Melayu," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 15 episod berjudul 'Setitis Kasih Damia' di samping Nelydia Senrose untuk slot ratu di TV9.
Sebelum ini, Sharnaaz dan Nelydia pernah meledak dalam gandingan sulung mereka menerusi drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.
Sementara itu, Azwan di laman Instagramnya memuat naik komen yang seolah-oleh mencabar Sharnaaz termasuklah isu cintanya dulu dengan Shila Amzah selain menegaskan beliau tidak mahu melayan artis gred biasa.
apa nak jadik azwan ni.. ermmm....
BalasPadamt kubur berasap lah
BalasPadam