20 Ogo 2014

Sinopsis Drama Kalau Itu Jodoh Kita TV Al-Hijrah

Assalammualaikum..
Drama Kalau Itu Jodoh Kita adalah drama terbaru di Tv Al-Hijrah menggantikan drama Walau Sedetik Cuma. Tak silap aku drama ini adalah adaptasi dari novel yang bertajuk Kekasih Halal. Drama ini mempunyai 13 episod dan ditayangkan setiap Selasa pada pukul 10 malam di channel Tv Al-Hijrah. Drama Kalau Itu Jodoh Kita ini dilakonkan oleh Qi Razali, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Anzalna Nasir dan ramai lagi. Jom layan Sinopsis drama ini dibawah yer..

Sinopsis Kalau Itu Jodoh Kita

Lutfa Shirin Mawar. Seorang gadis yang gemar mencari konklusi untuk permasalahannya dengan berfikir dan terus berfikir. Dia tahu dia perlu membuang rasa cintanya buat lelaki yang pernah dia tunggu satu masa dulu. Dan, dalam sanggup ataupun tidak, kakinya sudah terikat dengan sebuah pernikahan walaupun baginya terlampau awal untuk dia bergelar seorang isteri.

“Mama awak kata, kalau awak nak keluar dengan saya, maknanya awak setuju nak tunang dengan saya. Cuti semester nanti, kita kahwin.”

Lutfa memanglah tak nak Feroz. Tapi, seperti apa yang orang kata... tak kenal maka tak cinta, tak mengerti maknanya sebuah cinta, maka tak adalah pula rasa sayang. Membina rumah tangga atas dasar tuntutan keluarga membuatkan Lutfa jatuh cinta kepada suami sendiri. Cuma Lutfa tidak membuka mulut memberitahu dia sudah berkahwin. Orang bertanya pun, dia senyum. Kan dah letak status Married kat Facebook tu!

Jadi bila orang lain nampak Lutfa bersama Feroz (suami Lutfalah tu!), tanggapan mereka adalah Lutfa bercinta sahaja dengan Feroz. Kadang ada ke sana ke sini bersama. Bila ada nampak Lutfa tidur rumah Feroz, mulalah kata Lutfa perempuan begitu, perempuan begini. Lutfa pula bukan jenisnya buka mulut bercerita. Sebab kawan baik Lutfa dah jadi tukang cerita. Lutfa dan Feroz kekasih halal! Suami isteri!

Tapi, kalau orang dah tak percaya... Sungguh! Lutfa begitu mencintai suami yang begitu penyayang, yang menepati semua ciri-ciri lelaki yang dia pernah idam-idamkan. Namun, ada satu perkara yang dia tidak tahu.

Kecurangan si suami dalam dia tidak sedar!

Juga ada lelaki lain yang menyimpan rasa hati untuknya. Siapa Johan dalam hatinya?

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.