7 Nov 2014

Sinopsis Drama Baby Ana Milik Siapa Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru di Tv3 untuk Slot Lestary Baby Ana Milik Siapa, akan mula bersiaran mulai 6 November ini menggantikan drama sebelum ini iaitu Selamat Pengantin Madu. Mempunyai 13 episod dan dibintangi oleh Hairul Azreen, Christina Suzanne dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Productions dan diarahkan oleh Shahrulezad/ Nizam Zakaria. Nampaknya drama ini akan menceritakan kisah 5 sahabat dari zaman sekolah hingga lah ke zaman dewasa, pelbagai dugaan yang mereka lalui, suka dan juga duka. 

Mampukah Persahabatan mereka ini bertahan selamanya? Apakah cabaran dan dugaan yang mereka lalui? dan persoalan terbesarnya Baby Ana Milik Siapa (BAMS)?? Semestinya akan banyak konflik yang akan berlaku, biasalah dalam persahabatan ni macam2 boleh berlaku kan. Nak tahu selanjutnya kena laa tengok drama ini.

Sinopsis drama ini akan diupdate dari masa ke semasa.

mengisahkan kisah persahabatan 5 sekawan yang terdiri dari Raihana (Cristina Suzzane), Reza (Hairul Azreen), Edry (Hafidz Roshdi), Salina / Sally (Zika Ziandra) dan Qaisara / Sarah (Ardell Ayana). Raihana seorang gadis tomboy, berperwatakan kasar. Salina dan Qaisara merupakan sahabat rapat Raihana. Edry menaruh hati pada Raihana semenjak dari sekolah menengah.

Reza menjadikan kerjaya jurugambar sebagai pekerjaannya. Dia masih menyimpan gambar-gambar lama ketika mana dia bersekolah menengah. Gambar Raihana mencuri tumpuannya. Siapa sangka dirinya yang selalu bergaduh dengan gadis tomboy itu, dalam diam mencintai Raihana.

Qaisara merupakan adik angkat Reza. Qaisara di ambil oleh ibunya melalui rumah anak yatim. Cara ibu angkatnya iaitu Datin Maimon (Tania Zainal) mendidiknya begitu tegas sekali. Sekaligus menyebabkan Qaisara merasa terasing di rumah itu. Pada awalnya seorang gadis yang sopan, berhijab, namun lama-kelamaan dia menanggalkan hijabnya. Hubungan Qaisara dengan ibunya begitu tegang.

Salina yang mempunyai hati terhadap Reza bercita-cita ingin mengahwini Reza. Malah Datin Maimon telah mengatur pertunangannya dengan Reza. Salina begitu gembira sekali. Namun, di sebalik kegembiraan itu ada insan yang berasa tertekan. Reza tidak mencintai Salina. Malah dia enggan untuk bertunang dengan Salina seperti mana kehendak ibunya. Reza mempunyai wanita pilihannya sendiri, iaitu Raihana.

Kepulangan Raihana dari Amerika Syarikat membawa seorang anak kecil berusia 3 tahun menimbulkan tanda tanya. Milik siapakah bayi itu? Adakah bayi Raihana? Siapakah bapa kepada bayi tersebut?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.