8 Nov 2015

Sinopsis Filem Mirip Lakonan Fezrul Khan

Assalammualaikum..
Filem Mirip telah pun ditayangkan di pawagam bermula 5 November yang lalu. Filem Mirip ini dibintangi oleh Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim dan ramai lagi. Filem ini merupakan sebuah filem muzikal dan diarahkan oleh pengarah dari India iaitu Jokin. Apapun jom layannn sinopsis filem Mirip kat bawah ni k..

Sinopsis Filem Mirip

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Nik (Fezrul Khan) yang tinggal di Melaka merupakan seorang penyanyi dan menyara hidupnya dengan pendapatan yang diterima daripada nyanyiannya. Nik telah kehilangan kedua ibu bapanya dan satu-satunya harta yang telah ditinggalkan oleh ibunya untuk dia adalah muzik. Ibunya merupakan seorang pemain alat muzik klasik wayang kulit. Buat masa ini, Aishah dan keluarganya merupakan segala-galanya untuk Nik. Aishah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap bakat Nik dan berazam untuk membawanya ke persada dunia.

Pada suatu hari Nik menyelamatkan hero Irwan yang juga merupakan seorang penyanyi sepertinya di Bandar. Irwan juga merupakan seorang yang kaya-raya dan mempunyai bilangan peminat yang besar. Pada satu hari Irwan mendapat tahu bakat Nik. Selepas itu Irwan mengajak Nik supaya mengikutnya dan berjanji akan menjadikkannya seorang yang popular. Disebabkan Nik tak dapat berpisah dengan Aishah dan kampungya, dia menolak ajakkan Irwan. Namun Aishah berjaya menghantarnya bersama Irwan. Nik pun ikut sekali dengan Irwan. Setelah sampai di bandar Irwan meninggalkan Nik kepada seorang wanita, iaitu Wilma yang merupakan jurulatih muzik dan juru fesyen untuk mengubah personalitinya.

Wilma telah pun mengubah personaliti Nik dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Nik mengambil semua kata-kata Wilma. Kemudian Irwan membawa Nik ke rumahnya. Nik tiba-tiba teringin jadi orang kaya dan bisikan hatinya berkata impiannya boleh tercapai jika dia mengambil alih tempat Irwan. Adakah Nik akan mendengar bisikan hatinya? Apakah tindakan Nik untuk mencapai niatnya?

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.