27 Nov 2015

Sinopsis Filem Sinaran Lakonan Lisa Surihani

Assalammualaikum..
Filem Sinaran akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 November 2015 ini dan ianya merupakan usahasama dan juga gabungan pelakon 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Filem Sinaran berkonsepkan Muzikal dan dibintangi oleh Lisa Surihani, Evan Sanders, Izara Aishah, Syarif Sleeq, Nadiah M.Din dan ramai lagi. Selain itu Penyanyi Sheila Majid turut membuat penampilan khas dalam filem ini. Osman Ali merupakan pengarah untuk filem Sinaran ini, n kalau tengok dari trailer cite ni kelihatan Lisa Surihani sangat cantik gitu dalam filem Sinaran ini. Apapun jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Sinaran

Mengisahkan tentang pelajar baru kolej bernama Shila yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta. Shila (Lisa Suriani) dipaksa oleh rakannya Tina (Izara Aishah) untuk menyertai kelas tarian di kolejnya. Tina kecewa apabila Andre (Evan Sanders) mahu Shila menjadi pemimpin dalam persembahan mereka. Shila dengan berat hatinya bersetuju. Andre dan Shila mula jatuh cinta. Andre tidak mempedulikan kawan baiknya, Dafi yang mempunyai masalah dengan ah long. Tina dan Dafi bersepakat. Tina mengambil alih pasukan persembahan dan menang pertandingan. Tina semakin popular dan persahabatan dengan Shila semakin pudar. Cinta dan persahabatan menjadi pertaruhan manakala pertandingan akhir tarian pula semakin hampir. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.