22 Nov 2015

Sinopsis Telemovie Wan Embong Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Tengok dari Iklan dan Sinopsis Telemovie Wan Embong ni memang nampak macam best, pastu dibarisi pelakon2 hebat dan popular gitu jadi haruslah tengok hehehe. Cite ni akan disiarkan pada 21 November ini dan merupakan terbitan Zeel Production. Telemovie Wan Embong ini dilakonkan oleh Faizal Hussein, Neelofa, Johan Asaari, Izreen Azminda, Vanida Imran, Dato Rahim Razali dan diarahkan oleh Amie Maziah. Apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k.

Sinopsis Telemovie Wan Embong (Cerekarama TV3)
Mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (lakonan Faizal Hussein), sebagai isteri ketigaWalaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali). Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu. Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. 
Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berduaHubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya ituTanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.