19 Jan 2016

Sinopsis Drama Kak Marr Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Kak Marr sudah pun mula bersiaran di Slot Iris Tv3 sejak 13 Januari yang lalu. Drama Kak Marr ini dilakonkan oleh Rozita Che Wan, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Hairi Safwan dan ramai lagi. Anak Che Ta iaitu Aaisha Dhia Rana juga turut serta dalam drama ni kira macam special appearance gitu. Nampak menarik jalan cerita Kak Marr ni selain dibarisi pelakon yang best2. So jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Kak Marr

Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.

Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr? Saksikan celoteh Kak Marr, perangai gedik Asmah, ragam pekerja dan pelanggannya dalam drama keluarga komedi Kak Marr ini setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.