23 Apr 2016

Sinopsis Filem Redha

Sinopsis Filem Redha

Assalammualaikum..
Filem Redha sudah pun ditayangkan di pawagam mulai 14 April yang lalu, filem ini memfokuskan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. Autisme adalah masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan pesakit tersebut dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku. Filem Redha ini diinspirasikan dari kisah benar dan dilakonkan oleh Namron, June Lojong, Harith Haziq, Izzy Reef, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Ruminah Sidek, Susan Lankester serta ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Tunku Mona Riza dan diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd. Rasanya filem ini memang patut ditonton oleh semua kerana jalan ceritanya yang banyak memberi pengajaran disamping dapat memberi kesedaran mengenai Autisme kepada semua. Apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..


Redha memaparkan tentang hidup pasangan suami isteri, Alina dan Razlan menjadi terumbang-ambing dalam menghadapi realiti perjuangan sebenar untuk membesarkan seorang anak Istimewa selepas mendapati bahawa anak mereka Danial menghidap autisme. Ketidaksanggupan Razlan untuk menerima kebenaran menyebabkan kedinginan dalam keluarga, tetapi ketabahan Alina dan naluri seorang ibu membantu mereka dalam melalui detik yang sukar untuk membesarkan Danial. Dibantu adik dan teman rapatnya, mereka telah menemui cara khusus untuk membantu Danial, sehinggalah satu kemalangan tragis menyebabkan keluarga ini terpaksa dibina semula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.