26 Jun 2016

Pied Piper - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Pied Piper

Assalammualaikum..
Drama Korea Pied Piper adalah antara drama Korea yang dah habis aku tonton, ianya mula disiarkan di Korea pada 7 Mac hingga 26 April 2016. Mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Shin Ha Kyun, Jo Yoon Hee, Yu Jun Sang, Jeon Kuk Hwan, Jo Jae Yun, Yoo Seong Mok dan ramai lagi. Penulis skrip serta pengarah drama ini adalah orang yang sama menulis dan mengarah untuk drama Liar Game (2014). Awalnya aku teragak-agak jugak sama ada nak tengok atau pun tidak drama Pied Piper ni dan nasib baiklah aku tengok drama ni, sebab jalan ceritanya memang best dan suspen gitu. Memang tak rugi tengok cite ni, berbaloi-baloi gitu hehehe. Walaupun hero dan heroin cite ni x popular macam pelakon Korea yang lain tapi jalan ceritanya memang best dan seronok ditonton. Cho Seung Woo yang pernah berlakon drama God's Gift - 14 Days menjadi pilihan pertama untuk memegang watak hero sebagai Joo Sung Chan dalam cite ni namun die tolak, dan seterusnya Shin Ha Kyun menerima watak ini dan ternyata mmg best jer lakonan die ni.
Mengisahkan tentang pasukan polis bahagian Crisis Negotiation Team yang cuba menyelesaikan kes jenayah tanpa menggunakan kekerasan. Antara kes jenayah yang diorang berjaya selesaikan seperti kes penculikan, rompakan bank, cubaan untuk membunuh diri dan banyak lagi. Walaubagaimanapun Crisis Negotiation Team ni tak begitu popular dalam pasukan polis, diorang sentiasa dipandang rendah, pastu bilik untuk team diorang pun bawah tanah plak tu berbanding team polis yang lain. Sehinggalah Joo Sung Chan join team perundingan krisis ni barulah team diorang mula jadi perhatian dan dapat melibatkan diri dalam banyak kes. Walaubagaimanapun Joo Sung Chan join team ni kerana ingin mengetahui identiti sebenar Pied Piper yang telah menyebabkan banyak perkara buruk terjadi. Selain itu hero dan heroin drama ini juga tak kan bercinta yer hehe, ingatkan bila semua dah selesai, diorang akan bercinta tapi tak, sebabnya diorang akan ikut haluan masing2 nanti. Walaupun nampak kedua-duanya macam ambil berat antara satu sama lain tapi setakat tu jerla lagipun drama ni lebih memfokuskan tentang Pied Piper tu sendiri.
Jo Sung Chan dan Yeo Myung Ha saling bekerjasama dalam Team Perundingan Krisis disamping cuba mengetahui tentang Misteri dan Identiti Pied Piper yang telah mengorbankan tunang Jo Sung Chan dan juga ketua merangkap pakcik kepada Yeo Myung Ha dalam satu kejadian yang sama. Satu-satunya klue yang diorang tahu tentang Pied Piper ni adalah bunyi siulannya ketika bercakap di telefon. Maknanya bunyi siulan tu adalah trademark Pied Piper tu. Walaubagaimanapun sukar untuk diorang mengetahui tentang identiti Pied Piper tu kerana Pied Piper tidak melakukan sendiri semua kerja2 jenayahnyer tu sebaliknya die ada orang suruhan yang mengikut segala arahannya. Orang Suruhan Pied Piper ni pun agak psiko bila die akhirnya buat kerja ikut suka hati die sendiri dan tidak mengikut arahan sekaligus menyebabkan Pied Piper terpaksa membunuhnya. Dari awal memang dah boleh syak, ada benda tak kena dengan wartawan / pembaca berita yang bernama Yoon Hee Sung tu. Part paling best bila Pied Piper tu dah kantoi dan takut benar jika Jo Sung Chan dapat mengagak siapa dirinya sebenar.  Disebabkan satu insiden kecil telah membuatkan Jo Sung Chan dapat mengagak yang Y.Hee Sung adalah Pied Piper namun die masih ragu2 dan takde bukti kukuh lagi.
Sehinggalah kematian ketua team mereka iaitu Kong Ji Man membuatkan Jo Sung Chan pasti tentang identiti sebenar Pied Piper tu. Sedih juga bila ketua team diorang dah mati, sedangkan ketika itu diorang semua dah macam family. OST dan lagu latar dalam drama ni best gak especially lagu2 background untuk scene2 suspen memang menjadi betul hehe. Dua Episod terakhir drama ini iaitu episod 15 dan episod 16 memang Woww dan grand habislah. Di dua episod terakhir ni menunjukkan trick dan cubaan2 terakhir Pied Piper untuk menghuru-harakan polis dan semua orang, tambahan lagi Pied Piper tu dah tak mampu untuk menyembunyikan diri lagi dan ditangkap oleh polis untuk disoal siasat mengenai kapal terbang yang dihijack tu, namun Pied Piper atau Yoon Hee Sung tu hanya mengunci mulut. Y. Myung Ha dan Jo Sung Chan berusaha sedaya mungkin untuk menyoal siasat dan mencari jalan keluar untuk masalah besar tu, namun Pied Piper tu hanya memberikan klue2 yang sukar difahami. Aku paling suka part yang Jo Sung Chan marah giler dengan semua polis di peringkat atasan yang buat keputusan untuk menembak kapal terbang yang dihijack tu, sedangkan ada banyak nyawa dalam kapal terbang berkenaan.
Paling best bila Jo Sung Chan kecewa giler, lalu mengugut serta memberikan amaran pada semua polis tersebut iaitu jika mereka meneruskan untuk menembak kapal terbang berkenaan, maka die akan mengikut jejak langkah Pied Piper dan menjadi Pied Piper kedua dan akan membalas dendam nanti. Lepas dengar amaran Jo Sung Chan tu barulah semua jadi macam takut dan berfikir semula, tambahan lagi pihak media juga dah mengetahui tentang insiden ini. Dengan kebijaksanaan J.Sung Chan serta bantuan pihak media, kapal terbang tersebut berjaya mendarat di satu kawasan yang telah dipilih oleh orang ramai dan semuanya selamat. Pied Piper pula ditembak lalu koma dan jika die sedar dari koma pun, die tidak dapat menjadi sihat seperti sedia kala. Manakala bagi Jo Sung Chan pula, die membawa haluannya sendiri dan tidak lagi bekerjasama mahupun menjadi sebahagian daripada Crisis Negotiation Team lagi selepas semua insiden ini selesai. Jo Sung Chan bertindak sendirian dalam menyelesaikan masalah orang ramai. Y.Myung Ha pula dah dinaikkan pangkat menjadi ketua dalam Crisis Negotiation Team atau Team Perundingan Krisis ni dan kesemua team nyer tertanya-tanya tentang keadaan Jo Sung Chan dan apa yang dilakukannya sekarang.
Apapun, aku memang suka drama ni, memang tak rugi menonton cite ni, setiap episod penuh dengan kejutan dan suspen serta membuatkan kita tertunggu-tunggu setiap episod. Aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk drama Pied Piper ni. Drama Another Oh Hae Young yang akan menggantikan drama ni.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.