28 Jul 2016

Sinopsis Telefilem Tercipta Untukku

Sinopsis Telefilem Tercipta Untukku (Astro First)

Assalammualaikum..
Bermula 6 Julai yang lalu, Astro First Exclusive membawakan Telefilem Tercipta Untukku yang diadaptasikan daripada Novel Tercipta Untukku karya Novelis Marissa dan diarahkan oleh Jamal Khan. Telefilem Tercipta Untukku ini dilakonkan oleh Remy Ishak, Nabila Huda, Marissa Yasmin, Octavia Melrose, Haeriyanto dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis telefilem ni, memang sedih laa kan jalan ceritanyer, Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Telemovie Tercipta Untukku

Mengisahkan tentang kisah percintaan antara Thia dan Adil, bermula dengan insiden Thia diragut dan kemudiannya diselamatkan oleh Adil yang kebetulan berada di lokasi berhampiran. Menginginkan dirinya dikasihani oleh Adil oleh kerana kejadian malang itu, sangkaan Thia ternyata meleset apabila beliau dimarahi Adil dek kerana kecuaiannya. Pertemuan kali kedua di klinik yang sama pada malam kejadian mengeruhkan lagi keadaan apabila kedua-duanya dilihat bergaduh dan terus menyalahkan diri masing-masing di atas apa yang berlaku. Pertemuan Adil buat kali ketiga di sekolah ketika menghantar anak buahnya, Alif merubah segalanya apabila Adil kini tidak dapat melupakan Thia. Thia yang merupakan guru kepada Alif dilihat begitu istimewa di mata Adil dan beliau nekad untuk memenangi hati Thia. 

Pelbagai dugaan dan rintangan mendatang dari saat perkenalan dua hati ini, episod percintaan mereka sehinggalah ke gerbang perkahwinan. Thia dan Adil telah disahkan mengidap barah otak tahap keempat dan diberikan jangka masa enam bulan sebelum ajal datang menjengah. Hati mana yang tidak luluh terutamanya apabila kedua-duanya mengimpikan perkahwinan terindah hingga ke usia emas.
‘Ya, selamanya saya tercipta hanya untuk awak seorang’…. Sebuah ungkapan yang sangat mendalam, tulus dan kuat. Sekuat cinta Thia dan Adil. Mereka berpegang kepada ungkapan ini, sehinggalah nyawa mereka dijemput Penciptanya.
Lagu Tema / OST Tercipta Untukku
---> Sedetik Lara Nyanyian Hazama

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.