17 Ogo 2016

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku (Astro)

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Assalammualaikum..
Drama Si Kolot Suamiku telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 15 Ogos yang lalu menggantikan drama Lelaki Macam Dia yang dah tamat episodnya. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Amar Baharin sebagai Kudin, Siti Elizad sebagai Tengku Edrina, Faizal Hussein sebagai Tengku Ehsan, Atikah Suhaime sebagai Lisa, Kuza, Sheila Mambo, Waris, Fahmy Reza, Zila Bakarin, Aizat Hassan, Vicha Saywho, Epy Kodiang dan ramai lagi. Drama Romantik Komedi ini diarahkan oleh Eyra Rahman serta diterbitkan oleh MIG dan drama ni jugak merupakan adaptasi daripada Novel Si Kolot Suamiku karya Novelis Fazlyn Ridz. Manakala Lagu Tema / OST Si Kolot Suamiku ni bertajuk Dua Dunia dan dinyanyikan oleh Waris. Apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan mempunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak! Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar. Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.