#MyTravelokaEscapade : Percutian Idaman Di Pulau Langkawi
Assalammualaikum..
Dalam dok fikir2 dan pilih tempat kat mana nak bercuti kalau Traveloka tunaikan impian aku ni, terdetik dihati nak pilih Langkawi. Yela nama je duduk Malaysia tapi belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong dan juga tempat percutian yang menarik. So kalau Traveloka tunaikan impian aku ni memang shopping sakanlah nanti sambil - sambil bercuti gitu. Bagi yang belum tahu Traveloka ni apa, ataupun mungkin korang dah pernah dengar tentang Traveloka ni, cuma tak ambil tahu jer, so meh sini ramai2 aku terangkan pasal Traveloka ni. Traveloka ni adalah satu website online yang memudahkan pengguna membuat pesanan untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan. So lepas ni korang dah tak perlu nak buat pesanan ataupun tempahan hotel dan tiket penerbangan secara berasingan dah. Memang sangat senang dan mudah, sebab kita boleh lakukan kedua-duanya sekali. So kalau korang nak bercuti lepas ni atau nak ke mana-mana saja, jangan lupa menggunakan perkhidmatan Traveloka ni okey sebab ianya murah dan korang juga dapat berjimat, disamping tiada caj tersembunyi dimana apa yang korang lihat adalah apa yang korang bayar. Antara manfaat menggunakan Traveloka adalah seperti Transaksi dalam talian yang selamat, hasil carian yang paling meluas, TravelokaQuik - tempahan cara terpantas, khidmat pelanggan 24/7 (hubungi pada bila - bila masa saja) dan banyak lagi. Jadi kalau korang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Traveloka ni bolehla ke sini ⏩⏩ http://www.traveloka.com.my/ dan juga menggunakan hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian korang tu nanti.
Aku memilih Pulau Langkawi kerana kat situ ada banyak tempat - tempat menarik dan juga tempat bersejarah gitu. So sebagai bekas pelajar Jurusan Sejarah sememangnya Pulau Langkawi akan menjadi pilihan aku kerana di situ sangat banyak sejarahnya disamping mitos dan lagendanya yang tersendiri dan unik. Kalau tengok nama - nama tempat sekitar Langkawi tu pun unik - unik belaka kerana setiap nama tempat di sekitar Pulau Langkawi itu ada mitos dan kisahnya yang tersendiri. Kat bawah ni aku senaraikan sebab dan juga tempat - tempat menarik di Pulau Langkawi yang akan aku lawati sekiranya aku berpeluang untuk ke sana.
1) Pekan Kuah
Kat pekan Kuah ni lah terdapat Jeti, Feri, Dataran Lang dan yang paling best mestilah boleh shopping sebab ianya merupakan tempat membeli - belah bebas cukai dan bila dah bebas cukai mestilah barang - barang tu lebih murah dari biasa kan. Kat sini haruslah beli Coklat banyak - banyak kan hehe, Set Pinggan Mangkuk juga memang popular kat sini dan juga Minyak Gamat.
2) Pantai Cenang
Kalau bercuti kat Pulau Langkawi tu memang tak seronoklah kalau tak ke pantai yang cantik - cantik tu. Antara pantai yang terkenal dan sering dikunjungi ramai adalah pantai Cenang. So mestilah aku pun akan singgah kat pantai ni dan jalan - jalan kat tepi pantai gitu. Kat pantai Cenang ni gak terdapat banyak restoran dan Resort yang memudahkan pelancong untuk makan dan juga menginap. Selain pantainya yang terkenal, ada juga aktiviti water sport yang boleh dicuba gitu. Tapi rasanya aku tak berani lah kot nak cuba aktiviti water sport tu hehe, dapat jalan - jalan tepi pantai pun dah cukup bagi aku hehehe.
3) Island Hopping
Aku juga teringin nak melawat 3 pulau utama yang lain di Langkawi ni dengan menaiki Bot iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Bila dah sampai kat Pulau Dayang Bunting tu harus lah ke Tasik Dayang Bunting yang popular tu, bertambah menarik bila kita tahu mitos dan lagendanya yang tersendiri mengenai Tasik Dayang Bunting ni.
4) Makam Mahsuri
Kat Pulau Langkawi ni memang tak sah kalau tak melawat Makam Mahsuri ni betul tak?. Lagipun dari sekolah lagi kita dah diajar tentang kisah lagenda Mahsuri ni, darah putih serta sumpahan Mahsuri. So mestilah aku tak kan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Makam Mahsuri ni. Tambahan lagi aku memang penggemar cerita - cerita berkaitan sejarah ni semua.
5) Cable Car Langkawi
Teringin juga nak merasa naik kereta Kabel / Cable Car Langkawi ni, disamping dapat menikmati panorama dan pemandangan indah gitu. Sebelum ni asyik naik Cable Car Bukit Bendera yang ada kat Pulau Pinang ni jer, sekali sekala nak merasa gak naik Cable Car Langkawi pula.
6) SkyBridge
Pastu mestilah aku teringin nak berjalan - jalan kat SkyBridge ni yang merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit yang mana kat sini akan memudahkan pengunjung untuk berjalan dan melihat pemandangan secara 360 darjah dan SkyBridge ni juga antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Untuk ke SkyBridge ni, kena naik kereta kabel dulu, jadi bila dah sampai kat jambatan ni boleh berselfie, berwefie sepuas hati.
7) Telaga Air Hangat
Telaga Air Hangat adalah tempat yang best untuk dilawati, dikatakan Kolam Air Panas ni dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kulit. Kat sini memang syok berendam di dalam kolam air panas ni sambil bersantai - santai gitu. Tempat ini juga mempunyai kisah lagendanya yang unik sekali.
8) Laman Padi
Kat Laman Padi ni, aku boleh merasai pengalaman dalam sawah padi yang betul disamping menikmati suasana kampung gitu. Maklumlah kat Penang ni susah dah nak jumpa padi, sawah mahupun kampung, semuanya bangunan tinggi- tinggi jer ada hehe. Sambil - sambil tu boleh gak ke Muzium Padi yang ada kat situ dan boleh juga belajar sikit tentang proses tradisi pemprosesan padi tu. Kat Laman Padi ni juga ada Seashells Restaurant yang terkenal dengan makan malam di tengah sawah gitu, istimewa betul kan..
9) Langkawi Wildlife Park
Dah nama pun bercuti kan, jadi haruslah ke sini yang merupakan Taman Hidupan Liar yang ala - ala mini zoo gitu. Disebabkan aku ni memang jenis yang sangat sukakan binatang, mestilah aku tak sabar untuk ke Bird Paradise yang mana kat sini terdapat pelbagai jenis spesies burung yang jinak yang boleh disentuh dan diberi makan. Woww best kan, seronok layann binatang - binatang comel dan jinak ni.
10) Air Terjun Telaga Tujuh
Di samping terkenal dengan mitosnya yang tersendiri, ianya juga adalah satu destinasi mandi air terjun yang menarik untuk aku lawati gitu. Dikatakan air terjun ini dinamakan telaga tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan - akan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Memang antara tempat menarik yang harus dilawati ni.
Tak sangka dah 10 tempat aku senaraikan hehehe, ikutkan ada banyak lagi tempat menarik yang ada kat Pulau Langkawi ni. Tapi cukuplah 10 tu, ni pun dah banyak sangat dah ni hehehe.
Kalau korang teringin nak bercuti di tempat pilihan masing - masing, apa kata korang join contest yang Traveloka buat ni, kot -kot ada rezeki ker kan, untung - untung boleh gi bercuti kan. Korang hanya perlu klik link ni ➔ https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ untuk korang join contest yang dianjurkan oleh Traveloka ni. Jom ramai - ramai meriahkan kontest Traveloka ni, hadiah pun boleh tahan lumayan tu. Lastly terimalah pantun daripada aku untuk semua hehehe.
Berjalan - jalan ke rumah Mak Wan,
Berehat Sekejap diatas Titi
Langkawi Jadi Destinasi Pilihan,
Traveloka pula mestilah pilihan hati
hi dear, good sharing about traveloka. memang berbaloi-baloi guna apps ni kalau nak beli tiket flight and tempah hotel :)
BalasPadam
BalasPadamtq for the info
Langkawi my list.. thks infonya
BalasPadam