29 Dis 2016

On The Way To The Airport - Korean Drama Review

Review Drama Korea- On The Way To The Airport

Assalammualaikum..
Drama Korea On The Way To The Airport dan disiarkan pada 21 September yang lalu dan tamat pada 10 November 2016. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Kim Ha Neul, Lee Sang Yoon, Shin Sung Rok, Choi Yeo Jin, Jang Hee Jin, Lee Young Ran, Kim Hwan Hee dan ramai lagi. Drama ini disiarkan menggantikan Drama Uncontrollably Fond yang telah tamat episodnya dan kemudian akan diganti dengan Drama Oh My Geum Bi. Pengarah Drama ni pernah mengarah drama2 popular seperti Hwang Jin Yi, Emergency Couple, My Beautiful Bride dan banyak lagi, Manakala penulis skrip drama ni pula pernah menulis skrip untuk filem - filem seperti April Snow, Thread Of Lies dan banyak lagi. Dari awal lagi memang aku tak sabar nak menonton drama ni sebab diorang ada shooting kat Malaysia gitu, siap ditaja oleh Air Asia semua, Kalau aku tak silap, ni kali pertama kot Drama Korea shooting kat Malaysia. Antara tempat yang diorang shooting mestilah kat KLIA, Putrajaya semua, siap nama Malaysia disebut beberapa kali dalam drama ni. Drama ini juga berjaya menggandingkan semula pelakon Lee Sang Yoon dan Shin Sung Rok buat kali kedua selepas Drama Liar Game, wah reunion gitu hehehe.
Jalan cerita drama ni mungkin sedikit serius dan kontroversi kerana mengisahkan hubungan cinta antara dua insan yang masih bergelar suami dan isteri orang. Bila dengar kisah cinta macam tu mesti semua akan label yang diorang curang kan. Tapi bila tengok drama ni, masing2 ada kisah tersendiri yang mana partner diorang masing2 ada buat salah yang akhirnya melukakan hati diorang cuma satu jer la diorang patut bercerai dari awal lagi, baru lebih elok sikit kan dan mulakan hubungan baru. Bila tengok perwatakkan Choi Soo Ah ngan Seo Do Woo tu, memang nampak diorang ni serasi dan saling melengkapi, diorang berdua ni sama - sama baik dan disenangi ramai. Bezanya, partner diorang plak memang jenis ego giler, sorang kaki tipu, sorang lagi pentingkan diri sendiri jer. Isteri Seo Do Woo iaitu Kim Hye Won memang sering menipu Seo Do Woo manakala suami Choi Soo Ah pula iaitu Park Jin Suk lagi la teruk, die layan Choi Soo Ah tu macam tak penting jer, ikut hati die je nak buat apa pun dan tak pernah peduli tentang perasaan isterinya, memang kejam betul. No wonder la Choi Soo Ah tu boleh tersuka kat orang lain. Masa Park Jin Suk sedar yang die betul - betul dah kehilangan Choi Soo Ah tu baru la nampak die macam menyesal sikit tapi masih tak cukup kuat rasa menyesal die tu bagi pandangan aku laa hehe.
Aku agak terkejut juga dengan keputusan Anak perempuan Choi Soo Ah iaitu Park Hyo Eun yang pilih nak tinggal dengan bapanyer kat luar negara. Ingatkan die pilih maknyer sebab diorang memang rapat giler. Satu lagi tak sangka juga, kawan baik Choi Soo Ah iaitu Song Mi Jin tu bekas kekasih suami Choi Soo Ah tu. Tak leh blah tu walaupun dah kahwin dengan C.Soo Ah, Park Jin Suk masih slumber jer datang sesuka hatinye kat rumah Song Min Jin tu. Awalnya aku rasa pelik gak apsal drama ni bertajuk On The Way To The Airport bukan tajuk lain, tapi bila dah tengok drama ni baru faham kenapa tajuk drama ni macam tu. Lagu Tema / OST On The Way To The Airport ni memang best terutamanya lagu Only You (Morra) tu. Aku siap download lagu Only You tu hehehe, sedap dan mendayu - dayu jer lagu tu. Antara scene yang aku suka dalam drama ni masa first time Park Jin Suk berjumpa face to face dengan Seo Do Woo dan juga masa Park Jin Suk mengetahui kebenaran. Ending drama ni mestilah happy ending kan, cuma aku teringin nak tengok reaksi anak Choi Soo Ah bila dapat tahu yang maknya bercinta dengan Seo Do Woo tu. Boleh tahan gak la layannn drama ni cuma kadang kala stress gak tengok Choi Soo Ah yang terlampau lembut tu sampai kena buli dengan suami sendiri.
Secara keseluruhannya aku bagi 7.4 Bintang untuk Drama ini dari 10 Bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.