13 Jan 2017

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Sumpah Ibu sudah disiarkan di TV9 sejak 8 Januari yang lalu bagi menggantikan Drama Diari Cinta Kita yang telah tamat episodnya. Drama ini akan diulang tayang di TV3 nanti dan dilakonkan oleh Adibah Yunus, Nafiez Zaidi, Rasyidah Jaafar, Faiz Tapaw, Ramli Salleh, Erry Putra serta ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Rusdi Ramli dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Wah Rusdi Ramli dah jadi pengarah gitu, mesti drama ni best dan banyak pengajaran kan, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k,,

Sinopsis Drama Sumpah Ibu Slot Azalea TV9 

Mengisahkan Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan. Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.


Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut. Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu. Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?

3 ulasan:

  1. Ada juga tertengok drama nie. okaylah..

    BalasPadam
  2. ini mcm cerita tanggang ni... intan dah jadi tanggang la heheheh

    BalasPadam
  3. Menarik juga jalan ceritanya... Tapi tak tengok lagi...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.