15 Feb 2017

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

Poster Drama Suamiku Paling Sweet Lakonan Syafiq Kyle & Mawar Rashid
Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Suamiku Paling Sweet adalah drama terbaru yang akan disiarkan di Slot Akasia Tv3 bermula 13 Februari ini, menggantikan Drama Biar Aku Jadi Penunggu yang tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Mawar Rashid, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Amirul Faqeem, Lia Natalia dan ramai lagi. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd serta merupakan adaptasi daripada Novel Suamiku Paling Sweet Karya Novelis Anjell. Sepatutnya Drama ini dah disiarkan pada tahun 2016 yang lalu tapi asyik ditunda dan baru sekarang akan ditayangkan di Tv3. Apa pun jom layan sinopsis drama ini kat bawah ye.
next poster drama suamiku paling sweet lakonan shafiq kyle dan mawar rashid
Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet (Akasia Tv3)

Mengisahkan tentang Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan. Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua. Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. 
Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet
Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya. Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri. Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar? 

Lagu Tema / OST Suamiku Paling Sweet
⏩ Cool Love Nyanyian Ippo Hafiz

2 ulasan:

  1. dah baca dah novel ni..memang best n sweet..tapi tak ingat sgt. kena baca balik ni

    BalasPadam
  2. saya dah tak tengok dah cerita2 melayu ni sebab merapu jer cerita dia..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.