8 Mac 2017

Tips Menghadapi Minggu Study Week

Persediaan Menghadapi Minggu Study Week Sebelum Peperiksaan (Exam) di Universiti
Tips Menghadapi Minggu Study Week (Sebelum Exam)

Assalammualaikum..
Minggu Study Week bagi pelajar Universiti sememangnya bukan masa untuk bersantai – santai tetapi sebaliknya adalah masa untuk study di saat – saat akhir hehehe. Di sini aku aakan kongsikan cara aku menghadapi minggu study week dan mungkin juga tip – tips yang aku kongsikan disini berguna buat pelajar lain. Apapun setiap orang ada cara dan gayanya yang tersendiri ketika belajar. Betul tak? Hehe

1)    Bawa Bertenang dan Selesaikan Perkara Yang Perlu
Sesetengah pelajar akan jadi panik dan kelam kabut sebab ada banyak benda belum disiapkan contohnya Assignment tak siap lagi, Assignment tak hantar lagi, masa minggu study week baru kelam kabut nak siapkan semua. Nasihat aku pastikan semuanya telah diselesaikan dan beres. Kemudian korang boleh menumpukan sepenuh perhatian dan focus pada study saja di minggu study week ini dan tidak perlu memikirkan perkara lain.

2) Pastikan segala Nota Korang Lengkap dan telah bertukar – tukar Assignment korang dengan kawan – kawan yang lain sebab kebanyakan soalan peperiksaan memang berkisarkan tentang assignment yang korang buat juga. Tips ini sesuai untuk pelajar – pelajar yang mengambil jurusan Sastera / Sains Sosial atau lain -lain.

3) Luangkan sedikit masa untuk study group, maksud aku cuba luangkan masa untuk saling tolong menolong antara kawan2 contohnya suruh kawan korang tanya soalan pada korang dan korang pula bagi jawapan, begitulah sebaliknya, Cara ini mungkin berkesan bagi subjek yang perlu banyak menghafal. Tapi ada sesetengah pelajar yang lebih suka study sendiri sepanjang minggu study week itu.
Semoga berjaya dalam peperiksaan final universiti
4) Jaga Kesihatan
Ini sangat penting, kerana kita tidak mahu jatuh sakit ketika minggu peperiksaan, maka pastikan korang jaga kesihatan betul – betul. Kalau rasa sakit cepat2 jumpa doctor takut melarat. Aku juga ada pengalaman jatuh sakit ketika minggu peperiksaan dan kesannya aku tak dapat focus ketika menjawab soalan, dia suruh jawab enam soalan tapi aku jawab 5 soalan jer, kan dah effect markah serta pointer. Sedangkan kalau aku sihat dan focus pastinya aku boleh skor dengan baik subjek itu, dari boleh dapat A terus dapat B+ je. 

5) Tido Awal dan Bangun Awal ketika ada Peperiksaan
- Selalunya bila masuk minggu study week, tidur pun jadi tak menentu sebab kita kalau boleh 24 jam nak belajar je semata – mata hahaha. Jadi pastikan tidur cukup barulah keesokan harinya kita rasa segar dan semangat nak belajar. Sehari sebelum peperiksaan, korang kena pastikan tidur awal dan bangun awal sebab selalunya sehari sebelum peperiksaan memang ramai yang tak cukup tidur. Aku pun ada pengalaman tidur lewat sebab study dan esoknya ada peperiksaan kemudian bangun lewat pula dan last sekali tertinggal bas!! Datang ke stesen bas, semua orang dah takde, panik sekejap aku masa tu, takut tak sempat sampai pula ke dewan peperiksaan. Terus aku naik teksi, bila naik teksi, traffic jam pula, rasa takut, cuak, menyesal semua ada masa ni hahaha tapi nasib sempat sampai dan Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik.

6) Berdoa
- Ini persediaan untuk rohani korang, pastikan korang berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Korang dah usaha dan berdoa last sekali tawakal. Insyaallah semua okey.

6 ulasan:

  1. Dulu tak pernah buat nota and study notes macamtu ja haha sebab last minute punya pasal and dah agak soalannya lebih kepada application dan bukan teori. Tapi walaubagaimanapun tips yg dishare ni bagus hehe.

    BalasPadam
  2. Good tips. Tp susah nak ikut. Haha

    Part tido awal tu memang susah sgt nak buat. Sebab biasanya time ni laa nak pulun study. Eh, yeke? Kadang2 pulun buat benda lain jugak. :P

    BalasPadam
  3. Saya suka point No 2 dan 3. Good tips!

    BalasPadam
  4. Nice... tapi susah betul lah nak bagi anak-anak ikut. Time exam mak diaorg ni susah hati bukan main tapi diaorg relaks je... hmmm

    BalasPadam
  5. hahaha..masa study week aku dan kawan-kawan selalu pi mall..time exam baru kelam kabut nak study..

    BalasPadam
  6. Thanks for sharing sis! Elsa dulu nak study sungguh2 bangun awal pagi je. Itu pun tak cukup huhu sebab elsa jenis suka study last minute

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.