8 Apr 2017

Novel Jadikan Aku Yang Kedua - Baca Online

Novel Jadikan Aku Yang Kedua Karya Novelis Siti Khadijah, Baca Online, Sinopsis Novel, Drama Adaptasi Novel, Drama Jadikan Aku Yang Kedua, Astro Oasis, Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsuddin,
Baca Online Novel Jadikan Aku Yang Kedua (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Jadikan Aku Yang Kedua karya novelis Siti Khadijah telah diadaptasikan menjadi drama bersiri 18 episod di Astro Oasis yang disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 9 malam di Slot Raihana. Drama Jadikan Aku Yang Kedua ini telah pun disiarkan pada 3 April 2017 yang lalu. Aku rasa jalan cerita Novel ini agak menarik juga dan lebih logik berbanding novel - novel yang lain yang tak habis - habis pasal anak jutawan, orang kaya dan sebagainya. Watak Thaqif Aswad akan dilakonkan oleh Amar Baharin manakala watak Nuha Saqeena akan dilakonkan oleh Amyra Rosli. Yana Samsudin pula akan membawa watak sebagai Waheeda / Wazirah. Fahrin Ahmad sebagai Cikgu Rashid, Adibah Noor sebagai Hajah Latifah dan ramai lagi. Wah ada ramai pelakon best yang berlakon dalam Drama Jadikan Aku Yang Kedua, jadi sambil - sambil tonton versi dramanya di TV tu, jomlah Baca Novelnya juga secara online, caranya mudah saja, korang hanya perlu klik je link kat bawah ni ye. Selamat Membaca..

Pelakon Utama Drama Jadikan Aku Yang Kedua ( Astro Oasis), Senarai Pelakon Drama Jadikan Aku Yang Kedua, Drama Adaptasi Novel, Novelis Siti Khadijah, Slot Raihana, Pelakon, Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin, Adibah Noor, Watak, Thaqif Aswad, Nuha Saqeena, Hajah Latifah, Wazirah, Waheeda,
Sinopsis Novel Jadikan Aku Yang Kedua


“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.
Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.



Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.

Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!
“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dari dulu. Tak payah saya jatuh cinta pada awak!” - THAQIF ASWAD.
Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?
Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?
“Kalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.