4 Mei 2017

Review Filem Sarbjit (Bollywood Movie)

Review Filem Sarbjit Lakonan Aishwarya Rai, Randeep Hooda, Richa Chadda, Poster Filem Sarbjit (2016), Kisah Benar, Kisah Sedih, Tragis, Tragedi, Politik, Sejarah,
Review Filem Sarbjit Lakonan Aishwarya Rai

Assalammualaikum..
Sudah lama aku nak buat Review tentang filem Bollywood yang bertajuk Sarbjit ini, baru sekarang aku berkesempatan nak buat review filem ini. Awalnya aku ingatkan jalan cerita filem ini biasa - biasa saja, tapi bila dah menontonnya, filem ini memang terbaik, woww dan sangat tragis dan sedih tau! huhuhu. Jalan cerita filem Sarbjit ini memang boleh buat korang terpaku, terkesima, terkejut, sedih dan juga marah, ini ditambah lagi bila filem Sarbjit ini dibuat berdasarkan kisah benar iaitu mengenai kisah Sarbjit yang ditahan dan diseksa di penjara Pakistan kerana disangka perisik dari India yang bernama Ranjit Singh. Walaupun Sarbjit tidak bersalah namun dia terpaksa meringkuk di penjara Pakistan selama 22 tahun. Paling tragis, sampai ke akhir hayatnya dia terseksa dan tidak dapat pulang semula ke tanah airnya untuk bersama dengan keluarganya. Filem Sarbjit ini turut menunjukkan perjuangan kakak Sarbjit yang bernama Dalbir Kaur lakonan Aishwarya Rai yang menuntut keadilan untuk adiknya itu. Aku rekomenkan filem Sarbjit ini untuk korang tengok, sebab memang best dan sedih. Kena sedia tisu banyak - banyak bagi yang kaki menangis tu ye. Aku rasa lakonan Aishwarya Rai dalam filem ini memang paling terbaik dalam kerjaya lakonannya setakat ini. Sifat dan personaliti Aishwarya Rai yang tegas bila bercakap tu memang sesuai dengan watak Dalbir Kaur itu. Malah kakak Sarbjit yang sebenar turut memantau perjalanan watak dan juga jalan cerita filem ini.
Keluarga Sarbjit, Kakak Sarbjit, Isteri dan 2 anak perempuan Sarbjit,
Lakonan Randeep Hooda sebagai Sarbjit juga sangat terbaik dan meyakinkan sekali, lakonan dia ketika scene di dalam penjara tu memang tragis betullah, kesian dan sedih tengok Sarbjit masa ini. Randeep Hooda memang terkenal sebagi pelakon berbakat besar di Bollywood. Aku mula mengenali dan kagum dengan lakonan Randeep Hooda ini sejak dari filem Highway dan Filem Kick bersama Salman Khan tu. Amitabh Bachchan turut memuji lakonan Randeep Hooda dalam filem ini. Selain itu kesian dan sedih tengok kakak Sarbjit itu iaitu Dalbir Kaur yang terpaksa berhempas pulas meminta pertolongan dari ramai orang bermula dari orang biasa sampailah ke Perdana Menteri India sendiri untuk membantu membebaskan adiknya itu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Dalbir untuk membebaskan abangnya, dan hal ini memakan masa bertahun - tahun lamanya, dari Dalbir tu muda sampailah dah berusia, tapi dia masih tak berputus asa untuk cuba membebaskan adik kesayangannya itu. Malah anak bongsu Sarbjit juga tidak begitu ingat muka bapanya sendiri kerana dah lama tak berjumpa, ini ditambah lagi dia masih kecil ketika Sarbjit dipenjarakan. Apa pun aku suka tengok hubungan adik beradik yang rapat antara Sarbjit dan Dalbir. Manakala Isteri Sarbjit iaitu Sukhpreet lakonan Richa Chadda nampak lebih tenang dan memendam perasaan sedihnya itu. Aku suka scene ketika Sukhpreet cuba memberi semangat pada Dalbir yang ketika itu berasa terlalu kecewa dan putus asa tentang pembebasan Sarbjit yang tak jadi tu.

Ini juga adalah kali pertama Aishwarya Rai bergandingan dengan Randeep Hooda sebagai hero dan heroin, walaubagaimanapun mereka menjadi adik beradik dan bukannya kekasih dalam filem ini. Filem Sarbjit ini juga di banned di pakistan kerana dikatakan anti pakistan, Selain itu, dikatakan juga keadaan Sarbjit di dalam penjara sangat teruk, apa yang dipaparkan dalam filem ini hanyalah 50 peratus dari apa yang dia lalui, ini bermakna, realitinya keadaan Sarbjit jauh lebih teruk dan terseksa. Scene ketika Dalbir, Sukhpreet dan dua anak perempuan Sarbjit datang melawat Sarbjit buat pertama kalinya setelah bertahun tidak berjumpa itu memang sedih habis. Layanan pihak penjara terhadap keluarga Sarbjit juga agak teruk, pendek katanya memang sedih habislah scene ini. Selain itu scene ketika Sarbjit diserang oleh banduan lain dalam penjara itu pun sedih sebab selepas itu Sarbjit dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius dan dia koma lalu mati. Keluarga Sarbjit sempat melawat Sarbjit sekejap di hospital, sebelum dipaksa untuk pergi, memang sedih sangat masa ni. Ending Filem Sarbjit ini memang tragis dan sedihlah kan apabila impian Sarbjit untuk pulang ke tanah airnya tidak kesampaian semasa dia masih hidup. Bila dia mati pada tahun 2013, baru mayatnya dipulangkan ke India. Memang aku agak emosi ketika menonton filem ini hahaha. Di bawah ini aku sertakan sinopsis filem ini  serta trailer filem ini. Korang tengok trailer je, dah boleh rasa filem ini memang terbaik okey hehehe. Aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Selamat Menonton bagi yang nak menonton filem ini nanti.
Aishwarya Rai Bersama Dengan Dalbir Kaur Yang Sebenar, Dalbir Kaur Kakak Sarbjit Singh,
Aishwarya Rai Bersama Dengan Dalbir Kaur Yang Sebenar

Sinopsis Filem Sarbjit

Sarbjit Singh merupakan seorang petani dan hidup bahagia bersama dengan isterinya, 2 anak perempuannya, ayahnya dan juga kakaknya Dalbir Kaur. Pada suatu hari sekitar tahun 1990, Sarbjit telah mabuk lalu secara tidak sengaja telah melintas dan memasuki sempadan Pakistan tanpa dia sedari. Pada tahun 1990 sempadan antara India dan Pakistan hanya ditandakan menggunakan batu dan bukannya pagar besi. Hal ini telah menyebabkan Sarbjit ditangkap kerana telah menceroboh dan mereka juga menuduh Sarbjit adalah perisik India yang dikenali sebagai Ranjit Singh yang telah mengebom beberapa tempat di Pakistan. Sarbjit tidak mengaku yang dirinya adalah Ranjit dan kemudiannya dirinya diseksa berbulan - bulan sebelum mendapat peluang untuk menghantar surat pada keluarganya bagi memaklumkan tentang hal yang sebenarnya. Dalbir melakukan pelbagai cara untuk cuba membebaskan adiknya itu atau pun sekurang - kurangnya dapat melawat adiknya itu di penjara. Selepas bertahun - tahun berlalu, hanya pada tahun 2012 selepas 22 tahun Sarbjit dipenjarakan baru keluarga Sarbjit dibenarkan datang untuk melawatnya di penjara. Walaubagaimanapun pada tahun 2013 Sarbjit mati di hospital Pakistan selepas diserang oleh banduan disitu. Setelah Sarbjit tiada, Dalbir Kaur tidak putus asa dan berhasrat ingin menunaikan hasrat terakhir Sarbjit. Kalau korang nak tahu apa hasrat terakhirnya itu, korang kena tengoklah filem ini nanti ye. Korang juga boleh cuba baca artikel ini untuk korang lebih mendalami cerita sebenar tentang apa yang berlaku pada Sarbjit dan Dalbir Kaur itu ➔ 11 Shocking Facts Sarabjit Singh’s Real Sister Dalbir Kaur Told Us!!..

Trailer Sarbjit (2016) Bollywood Movie
My Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

5 ulasan:

  1. Alaaa, baca kat sini pun dah buat sy sodih 😢 Sebab kisah benar, tu yang tambah sodih. Macam kisah Neerja Boonat juga 😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul, mmg filem ini best tapi sedih giler, kalau nak menonton tu sedia tisu okey hehe..

      Padam
  2. Balasan
    1. mmg sedih pun, tapi berbaloi menontonnya sebab semuanya terbaik tapi cuma satu jerla sedihhhhh..huhu

      Padam
  3. mungkin jadi best dan berjaya, sebab based on true story.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.