22 Mei 2017

Sinopsis Telemovie Aku, Mawar & Makhluk Asing

Sinopsis, Review, My Favorite, Telemovie, Telefilem, Astro Citra, Aku Mawar Dan Makhluk Asing, sweet, Alien, UFO, kapal angkasa, cinta, fantasi, lawak, Pelakon Terbaik, Prequel, Kekasih Elektrik, Pengarah, Razaisyam Rashid, Watak, Mawar, Bart, Pelakon, Beto Kusyairi, Tiz Zaqyah, Anas Ridzuan, Megat Sharizal, Julia Marin,
Sinopsis Telemovie Aku, Mawar Dan Makhluk Asing

Assalammualaikum..
Telemovie Aku, Mawar Dan Makhluk Asing sudah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 20 Mei yang lalu. Telemovie ini dilakonkan oleh Beto Kusyairi, Tiz Zaqyah, Anas Ridzuan, Megat Sharizal, Julia Marin dan ramai lagi. Telefilem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan diterbitkan oleh Playground Productions Sdn Bhd. Razaisyam sebelum ini pernah mengarah Telemovie Kekasih Elektrik yang turut disiarkan di Astro Citra, malah telemovie Aku, Mawar dan Makhluk Asing ini dan telemovie Kekasih Elektrik mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Watak - watak tertentu dalam Telemovie Kekasih Elektrik turut muncul semula dalam telemovie ini. Ini bermakna telemovie Aku, Mawar & Makhluk Asing ini adalah prequel kepada Telemovie Kekasih Elektrik. Bagi yang dah tengok kedua - dua telemovie tersebut, pasti faham yang jalan cerita kedua - dua telemovie itu mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Aku rasa idea telemovie ini memang unik, kreatif dan best dan aku juga sukakan perkaitan antara dua telemovie yang diarahkan oleh pengarah Razaisyam Rashid itu. 

Berbalik pada telemovie ini, ada banyak scene menarik dalam telemovie ini, antara scene yang paling lawak adalah ketika alien mengambil alih tubuh Mawar dan kemudian Mawar mula berkelakuan pelik, seperti tiba - tiba bercakap bahasa Indonesia dengan semua orang hahaha, kemudian tunangnya iaitu Bart menegur dan bertanya pada Mawar, kenapa tiba - tiba bercakap dalam bahasa Indonesia ni?, terus Mawar panik hehe dan kemudian Mawar tukar lagi bahasanya, kali ini dia bercakap dalam bahasa Melayu Klasik pula, siap kekanda, adinda, sayutia semua hahahah, makin terkejut Bart hahaha, lawak scene ni. Nasib lepas itu, bahasa Mawar dah okey. Selain itu, dalam telemovie ini juga wujud watak storyteller iaitu tukang pencerita yang akan menceritakan lebih lanjut tentang jalan cerita telemovie ini. Apa pun memang seronok layan telemovie ini, jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye.
Sinopsis, Review, My Favorite, Telemovie, Telefilem, Astro Citra, Aku Mawar Dan Makhluk Asing, sweet, Alien, UFO, kapal angkasa, cinta, fantasi, lawak, Pelakon Terbaik, Prequel, Kekasih Elektrik, Pengarah, Razaisyam Rashid, Watak, Mawar, Bart, Pelakon, Beto Kusyairi, Tiz Zaqyah, Anas Ridzuan, Megat Sharizal, Julia Marin,
Sinopsis Telefilem Aku, Mawar dan Makhluk Asing

Mengisahkan Mawar yang sering memarahi tunangnya iaitu Bart Ahmad yang sering bersikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Bart yang bekerja di bawah Mawar mula memikirkan untuk memutuskan hubungan mereka kerana dia tidak tahan dengan sikap Mawar yang garang itu. Selepas bergaduh dengan Bart, Mawar ingin pulang kerumahnya, dalam perjalanan pulang, kereta Mawar rosak dan kemudian Mawar menyaksikan satu kejadian pelik, iaitu Mawar ternampak UFO serta makhluk asing yang menuju ke arahnya. Seterusnya Makhluk Asing itu mengambil Alih badan Mawar. Selepas itu Mawar mula berkelakuan pelik dan Aneh, Mawar juga mula bersikap lebih tenang dan tidak lagi garang dan suka marah - marah seperti dahulu. Disebabkan perubahan sikap Mawar yang tiba - tiba menjadi lemah - lembut itu membuatkan Bart tidak mahu berpisah dengan Mawar malah Bart makin suka dengan perubahan sikap Mawar yang baru ini. Walaubagaimanapun kawan Bard akhirnya mengetahui tentang identiti sebenar Mawar dan Mawar menyuruhnya untuk menyimpan rahsia. Kemudiannya Mawar menggunakan kuasanya untuk menyembuhkan seekor kuda yang sakit dan menyebabkan dirinya makin baik dengan kawan Bart itu. Namun hal itu diketahui pula oleh rakan yang lain dan menyebabkan keadaan menjadi sedikit kecoh.

Disebabkan sikap Mawar berubah menjadi lemah - lembut, perangai pemalas dan sikap sambil lewa Bart makin menjadi lebih teruk dan seterusnya menyebabkan beberapa insiden serius berlaku di tempat kerjanya. Tidak lama kemudian, Mawar terkejut apabila mengetahui yang Bart sudah tahu mengenai identiti dirinya sebenar iaitu dirinya bukanlah Mawar yang sebenarnya. Namun Bart tak kisah mengenainya malah suka dengan personaliti dan sikap Mawar yang baru ini. Lama kelamaan Bart mula menyedari akan kesalahannya dan sedar sikapnya itu telah menyusahkan orang lain dan mula insaf. Dirinya juga mula merindui Mawar yang asal, kemudian berlaku satu insiden yang menyebabkan Bart ditikam namun Mawar telah menyembuhkannya, seterusnya Mawar ingin pulang ke tempat asalnya dan mengembalikan Mawar yang sebenar. Ketika semuanya kembali kepada asal, hubungan Mawar yang sebenar dan juga Bart makin baik, malah Bart telah mendapat kerja yang baru iaitu menjadi seorang wartawan. Kalau korang tengok telemovie Kekasih Elektrik, korang akan nampak Bart disitu yang menyiasat tentang kes peguam hebat Puspa yang juga adik tiri Mawar kalau aku tak silaplah hehe.
miss banu, signature, tandatangan, blog miss banu story,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.