Novel Bahagia Kasihmu (Drama Adaptasi Novel)
Assalammualaikum..
Novel Bahagia Kasihmu karya Novelis Fatin Nabila akan diadaptasikan menjadi drama bersiri Bahagia Kasihmu dan akan disiarkan di Slot Zehra TV3, bermula 15 Jun 2017 ini. Sebelum ini Novel Setia Hujung Nyawa Karya Fatin Nabila telah pun diadaptasikan menjadi drama dan kali ini giliran novel Bahagia Kasihmu pula yang akan diadaptasikan. Watak Tasnim akan dilakonkan oleh Eyka Farhana manakala watak Zarul akan dilakonkan oleh Fezrul Khan. Tisha Shamsir akan membawa watak Needa, Aedy Ashraf sebagai Nazril, Fazlina Ahmad Daud sebagai Zakiah dan lain - lain lagi. Dari sinopsis novel ini memang nampak menarik jalan ceritanya, jadi drama Bahagia Kasihmu ini nanti pun mesti best juga kan. Apa pun jom tengok sinopsis Novel ini dibawah ye. Selamat Membaca..
Sinopsis Novel Bahagia Kasihmu
Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri. Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya. “Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah. Izinkan saya bahagiakan awak.” Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta? Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan? Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dengan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata. Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.
Banyak novel best skang.. Ditambah ada penerbit buat drama, bertambah laku novel2 tu..
BalasPadam- ERAZ FADLI
Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html
TQ :)