4 Jun 2017

Resepi Biskut Almond London

Resepi, Biskut, Biskut Raya, Kuih Raya, Almond London, Popular, Coklat, Badam, Bahan Bahan, Cara - Cara Nak Membuat Biskut Almond London,
Resepi Biskut Raya Almond London

Assalammualaikum..
Biskut Almond London ini adalah biskut popular yang menjadi kegemaran ramai, setiap rumah pasti ada biskut ini. Rasa macam tak lengkap Raya kalau biskut Almond London ni takde hehehe. Pada yang nak buat sendiri Biskut Almond London ini bagi tujuan untuk berniaga mahu pun untuk kegunaan sendiri, aku kongsikan resepi biskut ini di bawah ini. Walaubagaimanapun Resepi di bawah ini bukanlah dari aku tapi credit pada Owner resepi ini iaitu Mariana Zainal dan aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Belajar Buat Biskut. Jadi selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Almond London

⧫ Bahan - Bahan

250g Butter
450g Tepung Gandum
2 sdt emplex ( perangup biskut)
140g Gula Aising ( gula caster pun boleh)
2 biji Kuning Telur
150- 200bj Badam ( lebih kurang)
(Badam goreng tanpa minyak atau panggang 15 minit - 20 minit hingga masak, saya suka goreng tanpa minyak lebih lemak) biarkan badam betul2 sejuk yer, baru guna..
1/ 2 kg Coklat Masakan (untuk celup biskut)
Sedikit Cocoa Butter (Takde pun takpe)
Badam cincang secukupnya
Paper Cup secukupnya..

⧫Cara - Cara Membuat Biskut Almond London

Pukul Butter + Gula + Kuning Telur hingga sebati, sebati jer tau, dalam 2 minit pun dah cukup.
Masukkan Tepung dan uli hingga tak lekat di tangan, amik doh sebesar duit sepuluh sen dan masukkan Badam. 
Bulatkan secara membujur, buat hingga siap, bakar selama 25- 30 minit..api atas dan bawah 180*c, dah siap biarkan sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler, kemudian, masukkan Butter Coco, celup biskut dan masukkan dalam paper cup.
Tabur badam cincang, biarkan coklat mengeras, saya nak bagi coklat tu cengkam biskut dengan elok jadi saya letakkan dalam peti sejuk 6 - 7 minit (masa ini kena hati - hati, lebih masa biskut dalam peti sejuk, coklat boleh berpeluh dan tak cantik)

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa :)

4 ulasan:

  1. biskut ni memang jadi fav kaella untuk setiap raya, dah try buat dah, cuma skrg tkde masa lagi nak buat biskut, nak nangis sebab bahan buat biskut mahal sangat :'(

    BalasPadam
  2. wajib ada setiap raya.. sedapnya..

    BalasPadam
  3. Kalau xde perangup biskut tu boleh x

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya boleh je, cuma kalau ada, lebih baik dan lebih sedaplah Almond London tu nanti

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.