7 Jul 2017

Ending Drama Ku Kirim Cinta

Ending, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Akasia, TV3, Ku Kirim Cinta, Drama Ku Kirim Cinta, Cinta, First Love, Cinta Tak Kesampaian, Watak, Nisha, Zarul, Farhan, Liana, Pelakon, Redza Rosli, Ayda Jebat, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Ending, Episod Akhir, 28 Episod, Happy Ending, Sweet Ending,
Ending Drama Ku Kirim Cinta (Akasia TV3)

Assalammualaikum..
Berakhir sudah drama Ku Kirim Cinta yang mempunyai 28 episod ini, drama ini disiarkan sebelum Ramadan lagi dan minggu kedua raya baru habis. Episod terakhir iaitu episod 28 lakonan Ayda Jebat, Redza Rosli, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz dan ramai lagi telah pun disiarkan pada 6 Julai yang lalu. Ikutkan aku tidaklah tengok setiap episod drama ini, cuma kadang - kadang ada juga tengok dan kadangkala aku tengok siaran ulangannya pada pukul 1.30 pagi itu. Walaupun sekejap tengok, sekejap tak tengok tapi aku masih fahamlah jalan cerita drama Ku Kirim Cinta ini. Lagi pun ada yang request untuk buat entry pasal ending drama ini, so aku buatlah hehehe, apa pun ending drama ini memang happy endinglah kan, cuma masa tengok ending drama ini, aku ingatkan ada twist, kot - kot Farhan pilih Liana ke kan tapi takde pun hehe. Kalau Farhan pilih Liana mungkin ramai penonton yang mengamuk nanti hehe.
Ending, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Akasia, TV3, Ku Kirim Cinta, Drama Ku Kirim Cinta, Cinta, First Love, Cinta Tak Kesampaian, Watak, Nisha, Zarul, Farhan, Liana, Pelakon, Redza Rosli, Ayda Jebat, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Ending, Episod Akhir, 28 Episod, Happy Ending, Sweet Ending,
Episod Akhir drama Ku Kirim Cinta ini bermula dengan Farhan kena tikam ketika cuba menyelamatkan Nisha. Namun polis datang tepat pada masanya dan Farhan kemudiannya berada di hospital dan berada dalam keadaan sihat, cuma cedera sedikit di perutnya akibat kena tikam itu. Nisha ada datang melawat Farhan di hospital namun Farhan enggan berjumpa dengan Nisha, ibu bapa Farhan serta Liana cuba menasihati Farhan untuk bertemu dan bercakap dengan Nisha namun Farhan tetap tak nak. Sebenarnya Farhan memang sengaja cuba menjauhi Nisha kerana dia yakin Nisha hanya cintakan Zarul dan tiada ruang untuknya di hati Nisha. Liana cuba menyakinkan Nisha yang Farhan memang benar cintakannya cuma dia merajuk je, Liana juga turut menasihati Farhan. Kadang - kadang kesian juga dengan Liana ni, nampak betul dia sayangkan Farhan dan terpaksa lepaskan Farhan pada Nisha untuk tengok Farhan bahagia.

Farhan kemudiannya membuat keputusan untuk pulang ke rumahnya serta cuba mengelak untuk bertemu dengan Nisha. Nisha berasa sedih dengan sikap Farhan dan merasakan mungkin Farhan akan bahagia dengan Liana. Farhan berasa gembira apabila Ibu bapanya dah berbaik - baik semula, namun selepas menerima satu mesej dari Nisha membuatkan Farhan mula berubah fikiran dan pergi berjumpa dengan Nisha semula. Farhan kemudiannya meluahkan perasaannya pada Nisha dan lepas tu boleh pula dia dan Nisha berpantun dan berbalas pantun kat situ hahaha dan happy endinglah lepas tu kan..
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,

5 ulasan:

  1. terima kasih dapat baca di sini..
    smlm x sempat tengok
    happy ending

    BalasPadam
  2. Mesti comel cerita ni Kan sebab pelakon dia comel2 belaka

    BalasPadam
  3. Lama dah tak layan drama melayu, tv pun jarang tengok. hahaha

    BalasPadam
  4. Tak terlayan pun drama ni 😂

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.