Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)
Assalammualaikum..
Drama Filipina Ysabel atau Sa Piling Ni Nanay telah mula disiarkan di Slot Telenovela TV3 bermula 10 Julai yang lalu menggantikan drama Glamorosa yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan Yasmien Kurdi-Soldevilla, Katrina Halili, Mark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann dan ramai lagi. Drama Filipina Ysabel ini telah pun disiarkan di Filipina pada bulan June 2016 hingga Januari 2017, ini bermakna drama ini masih baru lagi dan kini dah disiarkan di Malaysia. Drama ini akan disiarkan di Tv3, pada hari Isnin hingga Khamis, jam 3 petang dan bergenre romantik, aksi, jenayah dan dendam. Bila tengok sinopsis drama ini, aku teringat pula kat filem Hindustan Chori Chori Chupke Chupke hahaha, sebab fokus utama jalan ceritanya berkisarkan tentang Ibu Tumpang dan Ibu Angkat tapi jalan cerita kedua - duanya memang berbezalah kan. Ada sesiapa tak yang tengok drama ini?, pastinya drama Ysabel ini atau tajuk sebenarnya drama ini adalah Sa Piling Ni Nanay akan membuai emosi penonton, manakala Ysabel adalah nama watak heroin cerita ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Ysabel ini di bawah ye.
Dapatkan Ebook Fanpage Superstar untuk mengetahui rahsia dan teknik untuk berniaga di Facebook dengan berkesan dan menguntungkan KLIK SINI ➔ FanpageSuperstar.com
Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)
Mengisahkan tentang Ysabel yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Maymay. Ysabel bekerja sebagai pembantu peribadi pada Scarlet dan sangat menyayangi anaknya Maymay, walaubagaimanapun Maymay menghidapi Kanser dan memerlukan rawatan pemindahan tulang sumsum. Ini menyebabkan Ysabel perlu mencari wang secepat mungkin untuk membiayai kos rawatan anaknya itu. Majikannya iaitu Scarlet tidak boleh mengandung dan menyakinkan Ysabel untuk menjadi Ibu Tumpang dan melahirkan anaknya. Ysabel yang terdesak kerana memerlukan wang untuk anaknya, akhirnya bersetuju. Ketika Ysabel hampir melahirkan bayi tersebut, Maymay telah meninggal dunia akibat kemalangan. Ysabel menjadi kemurungan akibat perkara itu. Tidak lama kemudian, bayinya dilahirkan dan diberi nama Katherine.
Disebabkan rindu kepada Maymay, Ysabel ingin menjaga bayi yang dikandungnya itu, tetapi dihalang Scarlet sekeluarga. Scarlet sebenarnya bukanlah ingin menjadi ibu, tetapi dia hanya menuruti kehendak ibu mertuanya yang inginkan cucu. Kerana marah dengan sikap acuh tak acuh Scarlet terhadap anaknya, Ysabel membuat keputusan melarikan bayi tersebut. Bayi itu diberi nama sebagai Maya, sempena nama anaknya yang telah mati, Maymay. Suami Scarlet iaitu Jonas mempunyai perasaan cinta pada Ysabel tetapi cintanya mula berubah menjadi benci dan marah apabila Ysabel mengambil dan melarikan anak Scarlet itu. Bermulalah perebutan antara Ysabel dan Scarlet untuk mendapatkan anak mereka iaitu Maya. Siapakah yang akan dipilih oleh Maya untuk menjadi ibunya? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Jonas aka jatuh cinta kembali pada Ysabel?
Rajin sis tengok drama ya
BalasPadamHehe
Tak tengok pun, cuma buat sinopsis je dalam blog ni hehe..
Padamada tengok minggu lalu.. geram jak rasa..
BalasPadamIbu tumpang tu mcm mana
BalasPadamSeorang perempuan di jadikan ibu yang mengandung kan anak dari benih lelaki pasangan yg tak boleh dapat kan anak..
PadamBerapa siri ye cerita Ysabel ni?
BalasPadamHari ini, 26hb Julai baru episod ke 11 rasanya.
77 episod. Saya tanda di kalendar, jika tiada "skip" masa cuti sekolah atau cuti perayaan, tamatnya 20/11/17
Padamsis ada link online free streaming tak tuk semua full episod Ysabel ni... tq ye
PadamSuka hak layan kalau ada keje
BalasPadamsaya da follow cerita ysabel ni..pstu 15hb august saya da masuk kerja balik.so frust x dpt tengok..try bukak kt tonton pn x dpt jugak..boleh tengok tp kena bayar la pulak...ada sape2 tau link yg boleh tengok x..tq bnyak2 pada sape yg ada..
BalasPadamiyela..sy pn cri jgk link crita ni. mmg seronok tgk lain dri crite mlyu cintan cintu mmbosankn. terbaik la jln crita dy.
BalasPadamBest cite ni...sebab Maya dah menjadi remaja...
BalasPadamJalan citer pun menarik...
ada sape2 yg ada link tuk tgok online kesemua episod lengkap Ysabel ni pls ? tq ๐
BalasPadamKnpa ysabel dah xditayangkan di tb3 erk. . Sedihnya.. bila d tayangkan semula?
BalasPadamhttp://www.rajadrama.com/2017/08/tonton-ysabel-telenovela-tv3-full-episod.html
BalasPadamYsabel ni ada 151 episode.ntah bila tamatnyer.geram plk lama2 ysabel asyik kalah smpai msuk penjara.nsib baik ada bennedict.and correction bapa kpd katherine is javier.tp dh meninggal.jonas ni mcm ank angkat atau pn anak sedara kpd mertua si scarlet syaitan tu.grr geram plk rsa igt scarlet
BalasPadamKan dh ditayangkan. Hari tu tak tayang sempena cuti sekolah seminggu. Selalunya cuti sekolah, ganti dgn cerita dongeng
BalasPadamble dh smpai pertengahan cite ni bosan,geram pn ad..blik2 scarlet yg menang..x sabor nk tgok last episod...
BalasPadambosan,geram pn ad tgok cite ni..blik2 scarlet yg menang...mmg sesuai bwk watak jahat...x sabor nk tgok last episod
BalasPadam๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญysabel masuk penjara.... Geram nk tumbuk scarlet....
BalasPadamApe ksudahan crite in eak...
BalasPadamYg nak ulang tgk cerita ysabel.. blh tgk kat FB Ysabel tv3.. blh tgk episod2 lepas..
BalasPadam