16 Ogo 2017

Telemovie Playboy Dimindaku Mengangkat Isu Gangguan Personaliti

Sinopsis Telemovie Playboy Dimindaku (TV9), Skrin Di 9, Telefilem, Senarai Pelakon Telemovie Playboy Dimindaku, Pelakon, Beto Kusyairi, Nad Zainal, Ruzana Ibrahim, Nadia Aqilah, Lawak, Penyakit Mental, Dissociative identity disorder (DID),
Sinopsis Telemovie Playboy Dimindaku (TV9)

Assalammualaikum..
Telemovie Playboy Di Mindaku telah pun disiarkan di Slot Skrin Di 9 (TV9) pada 14 Ogos yang lalu dan dilakonkan oleh Beto Kusyairi, Nad Zainal, Ruzana Ibrahim, Nadia Aqilah dan ramai lagi. Dah lama sebenarnya aku nak tengok drama melayu mahupun telemovie yang mengangkat isu tentang penyakit mental atau pun lebih tepat lagi tentang Dissociative identity disorder (DID). Akhirnya ada juga telemovie melayu yang berfokuskan tentang isu tersebut, walaupun jalan cerita Telemovie Playboy Dimindaku ini ala - ala santai gitu, kelakar dan tidak begitu serius tapi masih menghiburkan. Tambahan lagi ianya dibarisi oleh ramai pelakon hebat, jadi memang rugi kalau tak menonton telemovie ini. Telemovie ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Playground Productions. Antara scene yang aku suka dalam telemovie ini ketika scene Liyana dan Isteri Farid / Firdaus berebutkan Farid, Farid yang stress terus bertukar personalitinya secara kerap, habis semua personalitinya membuat kemunculan istimewa hahaha. Tak sangka pula yang Farid atau personaliti dominannya iaitu Firdaus ada banyak betul personaliti lain, personaliti perempuan ada, personaliti budak - budak pun ada, personaliti Cina pun ada, paling best yang jadi fans KRU tu hehe dan pelbagai personaliti lain. 

Kalau telemovie ini jadi drama bersiri, mesti lagi menarik, sebab tak puas pula nak menonton kesemua personaliti Firdaus itu. Terbaiklah lakonan kesemua pelakon telemovie ini terutamanya Beto Kusyairi, bukan mudah nak membawakan banyak watak tu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Playboy Dimindaku (TV9)

Mengisahkan tentang Firdaus yang mempunyai banyak personaliti dan kekasih. Dia menggunakan personalitinya untuk berdepan dengan masalah dengan cara membiarkan personalitinya yang lain mengambil alih kekosongan yang dia tinggalkan itu. Sebagai cara untuk menunjukkan personalitinya yang lain, personaliti berbeza akan muncul. Suatu hari, 'Fahmi' keluar bersama teman wanitanya, Sara. Liyana yang merupakan tunang kepada Farid terkejut melihat dia sedang keluar bersama perempuan lain. Liyana dan Sara menyiasat perihal Farid dan bersemuka dengan Farah, isteri Firdaus yang merupakan seorang doktor psikiatri.

Farah kemudiannya menerangkan pada Sara dan Liyana tentang keadaan suaminya yang sebenarnya pada mereka. Liyana dan Sara terkejut mengetahui tentang kebenarannya, mereka sedikit sukar nak memahami segala yang berlaku. Keadaan makin teruk, bila personaliti Farid mula dominan berbanding Firdaus disebabkan Farid bertekad ingin berkahwin dengan Liyana. Farid berterusan memujuk Liyana untuk berkahwin dengannya dan mereka akhirnya membuat persiapan kahwin. Disebabkan terdesak dan risau suaminya berkahwin lain maka Farah mendesak Farid untuk mengembalikan suaminya iaitu Firdaus. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. huu~ lama tak layan cerita melayu.. mungkin kali ni boleh try..

    BalasPadam
  2. Tengok kejab je cite ni..Pening nk faham sebab tgk pun dh tengah2 cite..huhu

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.