8 Sep 2017

Review Filem Korea - New Trial

Sinopsis, Korean Movie, Filem Korea, 2017, New Trial, Peguambela, Peguam, Pendakwaraya, Berdasarkan Kisah Benar, Review, Review By Miss Banu, Pelakon, Pelakon Filem New Trial, Jun Woo, Kang Ha Neul, Kim Hae Sook, Lee Dong Hwi, Min Jin Woong, Penjenayah, Polis Jahat, Mahkamah, Perbicaraan, Suspen, Ending,
New Trial - Korean Movie Review

Assalammualaikum..
Kali ini aku nak review filem Korea pula, sebelum ini asyik review Drama Korea jer kan, jadi hari ini aku nak review Korean Movie yang bertajuk New Trial. Filem ini dilakonkan oleh Jun Woo, Kang Ha Neul, Kim Hae Sook, Lee Dong Hwi dan ramai lagi. Filem New Trial ini release pada 16 Februari 2017 dan sememangnya sangat menarik untuk ditonton kerana ianya berdasarkan kisah benar. Apa pun bila menonton filem ini pastinya korang akan geram betul dengan watak polis dalam filem ini yang jahat. Dah nama filem ini New Trial kan, jadi pastinya akan ada scene mahkamah, peguam dan sebagainya. Malah dihujung filem ini nanti akan ditunjukkan wajah sebenar peguambela Lee Joon Young ini dan dia berjaya untuk membuka semula kes Jo Hyun Woo itu dan akhirnya menang kes tersebut. Kang Ha Neul juga memberikan lakonan yang berkesan untuk wataknya, scene dia kenal pukul dengan polis tu memang kesian sampai akhirnya dia mengaku bersalah atas kesalahan yang dia tak buat akibat tak tahan kena pukul dan akhirnya masuk penjara selama 10 tahun.
Sinopsis, Korean Movie, Filem Korea, 2017, New Trial, Peguambela, Peguam, Pendakwaraya, Berdasarkan Kisah Benar, Review, Review By Miss Banu, Pelakon, Pelakon Filem New Trial, Jun Woo, Kang Ha Neul, Kim Hae Sook, Lee Dong Hwi, Min Jin Woong, Penjenayah, Polis Jahat, Mahkamah, Perbicaraan, Suspen, Ending,
Jadi 10 tahun tu dibazirkan macam tu saja, disebabkan dia terpaksa mengaku bersalah, memang Jo Hyun Woo ni jadi tertekan, terasa di aniaya tapi tak mampu melakukan apa - apa. Selepas dibebaskan, Jo Hyun Woo memencilkan diri sampailah dia bertemu dengan peguambela yang bernama Lee Joon Young yang ingin menjadi peguam padanya seterusnya membuka semula kesnya itu serta membersihkan namanya. Selain itu aku suka dengan perubahan yang berlaku pada peguambela yang bernama Lee Joon Young ini yang awalnya agak tamak, materialistik dan pentingkan dirinya semata - mata sebelum berubah menjadi baik selepas bertemu serta memahami situasi sebenar yang berlaku pada Hyun Woo itu. Setelah meluangkan masanya bersama Hyun Woo itu membuatkan dia sedar dan menginginkan Hyun Woo dan ibunya mendapat keadilan di mahkamah. Sayangnya sikap Lee Joon Young yang awalnya sangat pentingkan duit dari keadilan telah mempengaruhi kawan baiknya yang bernama Mo Chang Hwan yang juga merupakan seorang peguam. Mo Chang Hwan awalnya baik tapi telah terpengaruh dengan ideologi Lee Joon Young serta sogokan dari orang lain membuatkan dia berubah menjadi kejam dan kaki rasuah. Maknanya dia bertukar tempat dengan kawan baiknya tu hahaha. 
Sinopsis, Korean Movie, Filem Korea, 2017, New Trial, Peguambela, Peguam, Pendakwaraya, Berdasarkan Kisah Benar, Review, Review By Miss Banu, Pelakon, Pelakon Filem New Trial, Jun Woo, Kang Ha Neul, Kim Hae Sook, Lee Dong Hwi, Min Jin Woong, Penjenayah, Polis Jahat, Mahkamah, Perbicaraan, Suspen, Ending,
Antara scene yang aku suka dalam filem ini adalah ketika Hyun Woo dan Joon Young cuba mencari penjenayah yang sebenar yang membunuh pemandu teksi itu. Hyun Woo merupakan saksi kejadian yang kebetulan berada di tempat kejadian, namun akhirnya dia yang dituduh membunuh pemandu teksi itu. Ikutkan Hyun Woo ada alibi yang kukuh tapi disebabkan perempuan tersebut tak mahu memberikan keterangan di mahkamah membuatkan Hyun Woo tak mampu melakukan apa - apa. Tak sangka juga penjenayah sebenar dalam filem ini dilakonkan oleh Min Jin Woong yang turut berlakon dalam drama popular Father Is Strange. Ganas dan jahat dia dalam filem ini berbanding watak baik yang dibawanya dalam drama tersebut. Satu lagi pelakon dari drama Father Is Strange turut berlakon dalam filem ini iaitu Kim Hae Sook yang membawakan watak ibu pada watak Kang Ha Neul itu. Selain itu scene yang paling suspen sekali adalah apabila Hyun Woo mula putus asa dan memutuskan untuk pergi membunuh semua pegawai polis yang menyeksanya dan membuatkan hidupnya derita. Nasiblah Joon Young sempat menghalangnya dari menjadi pembunuh, namun teruk jugalah polis - polis tu semua kena pukul hahaha.
Sinopsis, Korean Movie, Filem Korea, 2017, New Trial, Peguambela, Peguam, Pendakwaraya, Berdasarkan Kisah Benar, Review, Review By Miss Banu, Pelakon, Pelakon Filem New Trial, Jun Woo, Kang Ha Neul, Kim Hae Sook, Lee Dong Hwi, Min Jin Woong, Penjenayah, Polis Jahat, Mahkamah, Perbicaraan, Suspen, Ending,
Apa pun memang berbaloi menonton Korean Movie New Trial ini, penuh suspen gitu, memang tak bosan menonton cerita ini. Apa pun aku bagi 9 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. Thanks for the review. Baru nak tgk sbb mnat drama/movie genre cmni. Hope meet my expectation 😊

    BalasPadam
  2. rating kita sama! This movie deserves high rating sebab best sangat :D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.