20 Nov 2017

Bila Entry Blog Ini Di Auto Copy Paste

Bila Entry Blog Ini Di Auto Copy Paste, Blog Copy Paste, Blogger Tak Bertanggungjawab, I Hate This Blogger, Blog Lain Tiru Content Blog Aku, Entry Blog Miss Banu Story Kena Auto Copy Paste,

Rasanya mana - mana blogger pasti akan sakit hati bila entry blognya ditiru bulat - bulat / di copy paste, paling sakit hati bila entry blog korang di auto copy paste oleh blogger lain masuk dalam blog diorang tanpa diberi sebarang credit kepada penulis blog asal / entry asal. Setiap kali aku update blog dengan entry baru, automatik blog tersebut pun akan terupdate sekali dengan entry aku, wah dah macam aku tukang update blog dia pulak. Paling tak leh blah bila entry - entry pasal Giveaway pun dia copy paste gak, aku dah disable right click tapi entry aku akan automatik dicopy oleh blog tersebut. Ini bukan kali pertama terjadi, sebelum ini pun dah pernah ada juga, tapi ini kes yang paling terbarulah, aku dapat tahu pun sebab link blog dia ada keluar kat satu tempat ni. Tak leh blah, bila dia buat entry yang penat - penat aku karang tu, macam dia yang punya. 
Bila Entry Blog Ini Di Auto Copy Paste
Aku dah pun tinggalkan komen kat blog tersebut iaitu di http://sinopsisteranyar.blogspot.my tu tapi biasalah mana dia nak ambil kisah, entah - entah tak sedar pun ada komen. Bukan blog aku saja yang di auto copy paste itu, ada juga beberapa blog lain yang turut sama di copy paste oleh blog tersebut. Tengok dari bahasa Melayu dia macam pelik je. Dah lah dia copy sebijik - sebijik entry aku tanpa diedit sedikit pun siap dia copy dengan signature aku kat bawah ni, geram betul!!. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

14 ulasan:

  1. termasuk entry ni ada kat blog dia haih apalah masalah dia

    BalasPadam
  2. Melampau tu. Nak intai jap siapa yang buat onar tu

    BalasPadam
  3. Adoi.. Ada juga manusia macam nie..

    BalasPadam
  4. Uishh tak baiknya buat macam tu. KIta penat habis berjam untuk buat entri, senang2 je dia nak copy. AUto copy paste lak tu..

    BalasPadam
  5. Pernah kena juga

    Mula mula tu marah

    Tapi lama lama biar lah

    Kita hidup bukan kat dunia saja

    Dan bila fikir balik

    Mungkin kita pun pernah buat juga benda sama tanpa sedar

    Itu cara maznee lah

    BalasPadam
  6. omg.. baca entry ni pun sudah geram.. apa lagi kalau sdg mengalami.. aduhai.. tabahla sis..

    BalasPadam
  7. Ishhhh,biar betul..geram pulakk rasa

    BalasPadam
  8. sakit mental kot..entah apalah tujuannya kan..hemmm

    BalasPadam
  9. amboiii...senangnya keje dia kan...

    BalasPadam
  10. sabar lah...tu orang dia tak de kerja lah tu dia pi copy paste entry awak.

    BalasPadam
  11. kena lapor kpd suruhanjaya multimedia ni.

    BalasPadam
  12. Dia,saje nk provoke awk.. mungkin ada motif tsendiri..bjaga2 ye.. pastikan blog awk sntiasa protect.. takut kena godam.. bukan takutkn awk tp klu ada org yg obses ni kdg2 tak terjangka. Awk boleh blok die kan?

    BalasPadam
  13. Jahatnyaa...Dia tak fikir ke hasil blogging dia tu halal ke tidak dengan cara mencuri. Ramai orang tak redha.

    BalasPadam
  14. Bab copypaste susah nk kata...sy dh kena byk kali...berulang lagi...cara mudah takedown ja blog ni kat google

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.