31 Dis 2017

The 100 Most Beautiful And Most Handsome Faces Of 2017

The 100 Most Beautiful And Most Handsome Faces Of 2017

Setiap penghujung tahun, pastinya akan ada senarai The 100 Most Beautiful Faces dan juga The 100 Most Handsome Faces yang dikeluarkan oleh TC Candler. Pernah juga ada beberapa artis Malaysia yang terselit dalam senarai tersebut, so kali ini aku tak nak senaraikan semua nama yang tersenarai dalam The 100 Most Beautiful Faces Of 2017 dan juga The 100 Most Handsome Faces Of 2017 itu. Sebaliknya kita terus kepada Top 1 atau pun pemenangnya yang berada dalam tangga pertama senarai tersebut. Ini dia pemenangnya untuk kategori The Most Beautiful Faces Of  2017 ➤Liza Soberano yang merupakan pelakon dan model yang sangat popular di Filipina itu.
The 100 Most Beautiful And Most Handsome Faces Of 2017, The 100 Most Beautiful Faces Of 2017 The Most Beautiful Faces Of 2017, Liza Soberano, Pelakon Filipina, Forevermore, Dolce Amore, Just The Way You Are Film, Enrique Gil, LizQueen, Juara, Pemenang, Top 1, Winner Of The Most Beautiful Faces Of 2017,
Muda lagi Liza Soberano ini dan pertama kali aku tengok dia berlakon adalah menerusi Drama Forevermore dan seterusnya Drama Dolce Amore yang disiarkan di Astro itu, serta Filem Just The Way You Are. Dia seringkali digandingkan dengan Enrique Gil dalam drama dan juga filem. Aku suka juga tengok Liza ini sebab dia memang cantik dan comel, tambah - tambah bila dia senyum, lakonan pun best.
The 100 Most Beautiful And Most Handsome Faces Of 2017, The 100 Most Beautiful Faces Of 2017 The Most Beautiful Faces Of 2017, Liza Soberano, Pelakon Filipina, Forevermore, Dolce Amore, Just The Way You Are Film, Enrique Gil, LizQueen, Juara, Pemenang, Top 1, Winner Of The Most Beautiful Faces Of 2017,
Sedikit tentang Biodata Liza Soberano ini, dia dilahirkan pada 4 Januari 1998 di Santa Clara, California, U.S, bapa Liza Soberano ini orang Filipina manakala ibunya adalah orang Amerika. Karier Liza bermula sebagai seorang model sebelum mula berlakon pada tahun 2011. Pada tahun 2014 Liza Soberano mula popular dan terkenal menerusi Drama Forevermore. Tahniah buat Liza Soberano kerana telah terpilih menjadi The Most Beautiful Faces Of 2017. Sekarang ini kita masuk pula pada The 100 Most Handsome Faces Of 2017, siapakah yang terpilih? dan siapa pemenangnya?.

The Most Handsome Faces Of 2017 menjadi milik Artis Kpop V atau Kim Tae Hyung dari kumpulan BTS
The 100 Most Handsome Faces Of 2017, V BTS, Kim Tae Hyung (BTS), Artis Kpop, Artis Korea, Pelakon Korea, Hwarang, Hwarang : The Poet Warrior Youth, South Korea Boy Group, Penyanyi, Juara, Top 1, Pemenang, Winner The 100 Most Handsome Faces Of 2017,
Aku bukanlah penggemar Kpop atau pun mengenali semua kumpulan - kumpulan Kpop ini tapi aku mula kenal dengan V (BTS) ini lepas tengok Drama lakonannya iaitu Hwarang : The Poet Warrior Youth yang release pada tahun 2016 itu. Tapi aku tak tahu langsunglah pasal lagu - lagu kumpulan BTS ini tapi aku tahu kumpulan diorang memang sangat popular. Aku juga suka lagu OST Hwarang yang dinyanyikan olehnya bersama dengan seorang lagi dari kumpulan BTS itu.
The 100 Most Handsome Faces Of 2017, V BTS, Kim Tae Hyung (BTS), Artis Kpop, Artis Korea, Pelakon Korea, Hwarang, Hwarang : The Poet Warrior Youth, South Korea Boy Group, Penyanyi, Juara, Top 1, Pemenang, Winner The 100 Most Handsome Faces Of 2017,
V atau Kim Tae Hyung ini dilahirkan pada 30 Disember 1995 di Daegu, Korea Selatan, pada tahun 2013 V debut sebagai salah seorang anggota kumpulan BTS dan kekal dengan BTS sehingga kini. pada tahun 2016, V mula berlakon dalam drama pertamanya Hwarang. Tahniah buat V kerana terpilih menjadi The Most Handsome Faces Of 2017.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. Kita pun suka tu Liza Soberano! Tengok dia dalam certa Dolce Amore juga

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.