3 Feb 2018

Review Drama Korea - Go Back Couple

Go Back Couple, Review By Miss Banu, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Go Back Couple, Ending, Sinopsis Go Back Couple, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Pelakon Drama Go Back Couple, Jang Na Ra, Son Ho Jun, Heo Jeong Min, Han Bo Reum, Chang Ki Young, Ko Bo Gyeol, Lee Yi Kyung, Cho Hye Jung, Kim Mi Kyung, Lee Byung Joon, Kim Byung Ok, Im Ji Kyu, My Feeling, My Favorite, My Opinion, Genre, Time Travel, Romance, Sweet, Love, Perkahwinan, Poster Korean Drama Go Back Couple,
Go Back Couple - Korean Drama Review

Dah lama aku nak buat Review Drama Korea Go Back Couple ini, tapi asyik tertangguh saja, ni pun laptop aku buat hal, sekejap okey, sekejap K.O. Berbalik pada drama ini, ianya release pada 13 Oktober 2017 dan tamat episodnya pada 18 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Go Back Couple ini adalah Jang Na Ra, Son Ho Jun, Heo Jeong Min, Han Bo Reum, Chang Ki Young, Ko Bo Gyeol, Lee Yi Kyung, Cho Hye Jung, Kim Mi Kyung, Lee Byung Joon, Kim Byung Ok, Im Ji Kyu dan ramai lagi. Korean Drama Go Back Couple ini mempunyai 12 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Korea Strongest Deliveryman. Selain itu, Jang Na Ra turut menang Excellent Actress dan Best Couple Award bersama dengan Son Ho Jun menerusi drama ini dalam KBS Drama Awards 2017. Drama ini turut menggunakan konsep time travel yang mana 2 watak utama drama ini kembali ke masa lalu mereka, iaitu ketika mereka di Universiti. Jang Na Ra memang awet muda okey, mukanya sentiasa nampak muda, cute dan comel, siap boleh bawa watak student lagi tu dan juga watak suri rumah. Di awal episod, penonton akan dapat melihat kehidupan Ma Jin Joo (lakonan Jang Na Ra) dan juga Choi Ban Do (lakonan Son Ho Jun) selepas mereka berkahwin dan masalah yang di hadapi mereka sehingga menyebabkan penceraian berlaku.
Go Back Couple, Review By Miss Banu, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Go Back Couple, Ending, Sinopsis Go Back Couple, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Pelakon Drama Go Back Couple, Jang Na Ra, Son Ho Jun, Heo Jeong Min, Han Bo Reum, Chang Ki Young, Ko Bo Gyeol, Lee Yi Kyung, Cho Hye Jung, Kim Mi Kyung, Lee Byung Joon, Kim Byung Ok, Im Ji Kyu, My Feeling, My Favorite, My Opinion, Genre, Time Travel, Romance, Sweet, Love, Perkahwinan, Poster Korean Drama Go Back Couple,
Aku rasa masalah terbesar Ma Jin Joo dan Choi Ban Do selepas berkahwin dan dapat anak tu adalah masalah komunikasi. Masing - masing sibuk melayan perasaan sendiri sehingga tak sedar dah melukakan hati pasangan masing - masing. Kiranya selepas mereka kembali ke zaman lampau, mereka seolah - olah diberi peluang kedua untuk memikirkan kesilapan diri dan mula memahami perasaan mereka yang sebenarnya. Scene paling sedih dan juga touching sekali adalah ketika Ma Jin Joo yang sangat sedih kehilangan ibunya dan rasa sangat menyesal kerana tak dapat berjumpa dengan ibunya sebelum ibunya mati, kini dapat bertemu semula dengan ibunya ketika dia kembali ke zaman lampau. Reaksi Ma Jin Joo yang dapat berjumpa semula dengan ibunya itu memang terbaik dan agak sedih, Ma Jin Joo tidak melepaskan peluang untuk sentiasa bersama dan bermanja dengan ibunya selama mana yang mungkin. Sehingga menyebabkan ibunya berasa rimas dengan sikap Ma Jin Joo yang asyik ingin bermanja dengannya, malah dia juga pelik dengan kelakuan anaknya yang berubah secara drastik itu. Begitu juga dengan sikap dan reaksi Choi Ban Do yang juga rindukan ibu Ma Jin Joo itu. Selain scene sedih, banyak juga scene - scene kelakar dalam drama ini, antara scene yang paling aku suka adalah scene Ma Jin Joo dan Choi Ban Doo yang sering bergaduh itu.
Go Back Couple, Review By Miss Banu, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Go Back Couple, Ending, Sinopsis Go Back Couple, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Pelakon Drama Go Back Couple, Jang Na Ra, Son Ho Jun, Heo Jeong Min, Han Bo Reum, Chang Ki Young, Ko Bo Gyeol, Lee Yi Kyung, Cho Hye Jung, Kim Mi Kyung, Lee Byung Joon, Kim Byung Ok, Im Ji Kyu, My Feeling, My Favorite, My Opinion, Genre, Time Travel, Romance, Sweet, Love, Perkahwinan, Poster Korean Drama Go Back Couple,
Malah perangai kawan - kawan Ma Jin Joo dan Choi Ban Doo juga kelakar dan menarik, aku rasa banyak scene - scene kelakar dalam drama ini membabitkan kawan Choi Ban Doo yang bernama Go Dok Jae (lakonan Lee Yi Kyung) yang terlampau obses dengan rambut panjangnya itu. Aku juga suka scene - scene yang membabitkan Go Dok Jae dengan kawan Ma Jin Joo yang bernama Cheon Seol itu sebab diorang ni pun jenis yang senang bergaduh terutamanya Go Dok Jae yang sentiasa geram dan marah melihat harta bendanya dirosakkan oleh Cheon Seol secara tak sengaja hahaha. Apa pun memang banyak perkara lawak yang terjadi ketika Ma Jin Joo dan Choi Ban Doo kembali semula ke zaman universiti itu. Perbezaan yang paling ketara ketika mereka berdua kembali ke zaman universiti itu adalah mindset dan pemikiran Ma Jin Joo dan Choi Ban Doo yang sudah banyak berubah, mereka bukan lagi kebudak - budakkan tapi sudah bersikap lebih matang. Kiranya walaupun diorang dah kembali jadi muda, tapi pemikiran diorang dah berubah iaitu pemikiran orang dewasa ala - ala makcik dan pakcik hahaha, kadang - kadang lawak juga tengok gaya Ma Jin Joo bercakap sebab memang nampak macam ala - ala makcik gitu haha.
Go Back Couple, Review By Miss Banu, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Go Back Couple, Ending, Sinopsis Go Back Couple, Review Drama Korea, Korean Drama Review, Pelakon Drama Go Back Couple, Jang Na Ra, Son Ho Jun, Heo Jeong Min, Han Bo Reum, Chang Ki Young, Ko Bo Gyeol, Lee Yi Kyung, Cho Hye Jung, Kim Mi Kyung, Lee Byung Joon, Kim Byung Ok, Im Ji Kyu, My Feeling, My Favorite, My Opinion, Genre, Time Travel, Romance, Sweet, Love, Perkahwinan, Poster Korean Drama Go Back Couple,
Terdapat juga cinta tiga segi yang membabitkan Choi Ban Do dan Ma Jin Joo dengan crush masing - masing, dimana C.Ban Do dan M. Jin Joo awalnya cuba mengorat cinta pertama mereka dulu iaitu Min Seo Young dan Jung Nam Gil. Scene ketika Choi Ban Doo kemalangan ketika cuba menyelamatkan M. Jin Joo tu pun sedih giler, terutamanya bila tengok Ma Jin Joo itu sedih betul dan takut kehilangan Choi Ban Doo itu. Secara keseluruhannya aku rasa jalan cerita drama ini memang menarik dan banyak pengajaran gitu. Plus 12 episod saja rasa macam tak cukup pula hehehe, malah gandingan Jang Na Ra dan Son Ho Jun juga nampak serasi. Ini juga adalah kali pertama aku menonton lakonan Son Ho Jun itu. Ending Drama Go Back Couple ini memang happy ending, plus ada perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan mereka setelah mereka kembali ke masa kini. Apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea Go Back Couple ini.

Jom Baca ini juga ➔ Betul Ke Kadar Bayaran Di Hospital Malaysia Ini Mahal!?..
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.