Hari ini
seperti biasa aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Two Cops yang
release pada 27 November 2017 dan tamat episodnya pada 16 Januari 2018. Antara
Pelakon Drama Korea Two Cops ini adalah Jo Jung Suk, Kim Sun Ho, Lee Hye Ri,
Hoya, Lee Si Un, Im Se Mi, Lee Jae Won, Park Hoon, Choi Il Hwa, Ryoo Hye Rin,
Ok Ja Yeon dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 32 episod dan
bergenre romantik komedi, fantasi dan juga misteri. Drama ini disiarkan bagi
menggantikan drama 20th Century Boy And Girl dan kemudian akan
digantikan pula dengan drama Great Seducer. Manakala pengarah drama ini pula
pernah mengarah drama – drama popular lain seperti Dr Jin, 7th Grade
Civil Servant, A New Leaf, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo dan lain – lain
lagi. Pelakon Han Ji Min ditawarkan watak utama dalam drama ini namun dia
menolak dan akhirnya watak Song Ji An itu menjadi milik Hye Ri. Antara tarikan utama drama ini pastinya sebab
barisan pelakonnya, siap ada Jo Jung Suk gitu, Jo Jung Suk ini memang
dilabelkan sebagai pelakon yang berbakat besar, bagi apa saja watak pasti
lakonannya terbaik. Plus ada Kim Sun Ho yang comel tu, dia berlakon juga dalam
drama ini hehe.
Namun aku
kurang bersetuju bila Hye Ri jadi heroin drama ini, lakonannya okey , cuma aku
rasa dia tak sesuai pula digandingkan dengan Jo Jung Suk mahu pun Kim Sun Ho,
tak nampak macam kekasih pun, nampak macam adik – beradik saja hehehe. Apa yang paling best dalam drama ini adalah
bromance antara Jo Jung Suk dan juga Kim Sun Ho yang melakonkan watak sebagai
Cha Dong Tak dan juga Gong Soo Chang. Bromance dan persahabatan diorang memang
terbaik, lawak, sweet dan giler – giler haha, patutnya drama ini tak perlu
fokus sangat pasal kisah cinta sebab bromance antara watak utama dah cukup
kuat. Namun begitu dalam drama ini terselit jugalah kisah cinta tiga segi
antara Song Ji An, Cha Dong Tak dan juga Gong Soo Chang. Selalunya aku akan
skip part cinta cintun dalam drama ini,
tapi part lawak dan bromance diorang memang harus repeat banyak kali haha. Aku
rasa Kim Sun Ho itu memang sesuai sangat dengan watak Gong Soo Chang tu, sebab
muka dia yang cute itu memang sesuai bawa watak happy go lucky, sedikit nakal
tapi hatinya baik. Apa pun pujian patut diberikan pada Jo Jung Suk kerana perlu
membawakan 2 watak iaitu Cha Dong Tak yang merupakan seorang polis yang tegas,
kasar, cekap dan jujur. Manakala satu
lagi watak adalah Gong Soo Chang yang merasuk dan masuk dalam badan Cha Dong
Tak dan menjadikan personaliti Cha Dong Tak berubah 100% menjadi seorang yang
licik, ceria, kelakar dan gila – gila haha.
Scene
ketika Cha Dong Tak berubah menjadi Gong Soo Chang itu memang terbaik, karakter
watak Jo Jung Suk yang awalnya tegas dan kasar terus berubah menjadi happy go
lucky dan sama seperti watak Gong Soo
Chang yang dilakonkan oleh Kim Sun Ho tu. Lagi best bila Jo Jung Suk dan Kim
Sun Ho turut sama - sama menang anugerah menerusi drama ini dalam MBC Drama Awards
2017. Jo Jung Suk menang Top Excellence Award dan Kim Sun Ho menang Excellence
Award dan Best New Actor. Selain watak utama, watak – watak lain dalam drama
ini juga menarik dan best antaranya seperti watak Dokgo Sung Hyeok lakonan Hoya
yang merupakan junior dan partner baru Cha Song Tak dalam pasukan polis itu.
Watak Yong Pal lakonan Lee Si Eun juga sangat menarik dan kelakar, bila dia
merupakan seorang gangster tapi akhirnya boleh pula bekerjasama dan mengikut
segala arahan Cha Dong Tak itu. Selain itu watak Miss Bong lakonan Ryoo Hye Rin
itu juga menarik, kerana dia seorang psikik dan tahu apa sebenarnya yang
terjadi pada C.Dong Tak dan juga G.Soo Chang. Dia ni jugalah yang berlakon jadi
stalker Lee Jun Ki dalam drama Eulachacha Waikiki tu hehe. Bagi aku lagu tema /
OST Korean Drama Two Cops ini biasa – biasa saja, scene yang paling aku suka
sekali adalah ketika Cha Dong Tak dan Gong Soo Chang itu sanggup berkorban
untuk satu sama lain, scene tersebut dalam episod akhir kalau aku tak silap,
memang touching betul tengok diorang dan dalam masa yang sama tetap kelakar.
Ending Two Cops ini memang happy ending, walaupun awalnya aku risau kalau –
kalau G.Soo Chang ni hilang ingatan ke apa ke hehe.
Paling best drama ini ada plot
twist di penghujungnya tentang siapa pembunuh misteri itu, ramai yang tak dapat
teka siapa pembunuh misteri itu, tekaan semua orang salah, plot twist drama ni
memang terbaik hehe. Apa pun memang enjoy menonton drama ini dan
aku bagi 8.5/10 untuk drama Korea Two Cops ini. Apa pun jom tengok sinopsis
drama ini di bawah ye..
Sinopsis
Two Cops (Korean Drama)
Mengisahkan
Cha Dong Tak yang merupakan seorang detektif yang sangat jujur dan mementingkan
keadilan. Suatu hari seniornya yang merangkap rakan sekerjanya dan juga abang
angkatnya iaitu Jo Hang Joon, mati ditikam oleh seorang pembunuh misteri. Cha
Dong Tak berazam dan berusaha untuk mencari siapa pembunuh tersebut. Tak lama
kemudian Gong Soo Chang ditangkap dan menjadi suspek utama kes tersebut, namun
Gong Soo Chang menafikan yang dirinya bersalah dan mengatakan dia telah diperangkap.
Gong Soo Chang hanyalah seorang pencuri dan penipu kecil – kecilan namun dia
tidak pernah membunuh orang. Namun Cha Dong Tak tidak mempercayai kata – kata G.S.Chang
itu. Tak lama kemudian Cha Dong Tak dan G.Soo Chang diserang oleh sekumpulan
samseng dan ketika itu barulah C.Dong Tak sedar ada pihak yang telah
memerangkap Gong Soo Chang dan kini pihak tersebut ingin membunuh G.S.Chang
pula. Akibat terdesak dan telah dikepung, mereka berdua akhirnya terjun ke dalam laut
dan kemudian Gong Soo Chang sedar yang dirinya kini berada di hospital, namun
dia sangat terkejut bila mendapati dirinya kini berada dalam badan Cha Dong Tak.
G.Soo Chan mendapati dirinya koma dan kini dia adalah roh / hantu yang
berkeliaran dan dia hanya dapat masuk ke dalam badan Cha Dong Tak sahaja.
Walaubagaimanapun
selepas keluar dari badan Cha Dong Tak, Gong Soo Chan menghadapi kesukaran
untuk berkomunikasi dengan Cha Dong Tak kerana Cha Dong Tak tidak dapat melihat
dirinya, sebaliknya hanya dapat mendengar suaranya sahaja. Cha Dong Tak menjadi
hampir separuh gila kerana sering diganggu oleh roh Gong Soo Chan dan dirinya
tidak dapat menerima kenyataan yang dia mampu mendengar suara hantu G.Soo Chan.
Cha Dong Tak tidak memberi keizinan pada G.Soo Chang untuk menggunakan badannya,
namun Gong Soo Chan yang licik itu, sentiasa mencari ruang dan peluang untuk masuk
ke dalam badan C.Dong Tak. Tak lama kemudian mereka berdua berjumpa dengan
seorang psikik bernama Miss Bong dan mula memahami apa sebenarnya yang berlaku.
Akhirnya C.Dong Tak dan G.Soo Chang mengetahui yang mereka sudah pernah bertemu
dan berjanji pada satu masa dulu ketika G.Soo Chang masih kecil. Tak lama
kemudian Cha Dong Tak sudah boleh melihat roh Gong Soo Chan, apa yang berlaku
seterusnya?.
Assalamualaikum dan salam sabtu dari Ibu. Singgah blog walking.
BalasPadamMaznee singgah bertamu di blog sis mulan. Selamat menjamu selera ya
BalasPadamAk dah tgok sampai episod 7..bleh tahan le citer dia.cume ak nk komen..watak prempuan heroin tu annoying btol.bosan btol.ak rase citer ni xpyah intimasi atau relationship antare kekasih btol x?just focus pd kje je dan bromance tu je ptutnye..prmpuan tu mcm terhegeh2 sgt pd hero tu.pastu asyik get in the way suke sgt mnyebok..ap yg ak nmpk dia suke sgt gi balai polis tu konon pasal keje padahal its just excuse je..ntah hape2..xske prangai heroin tu mngade2 je lebih.ak pndang watak heroin tu ak layan mcm mne ak buat pd watak antagonis..xske heroin tu hmm mngkin boleh remake balik eliminate je heroin tu..rupenye mcm desperate sgt nk kan jantan tu..hehehe..ak suke watak heroin dlam korea drama yg jual2 mhal..yg ade maruah gitu.baru best layan..ni hape mcm murahan je..mudah beno rupe nye..ap pun ak mmg minat drama kpolisian dan politik2 ni.ak suke..
BalasPadamyup x brp setuju juga bila diorang nak selit jugak kisah cinta dalam drama ni, better tak ada dari ada kan..yup hye ri tak sesuai berlakon dalam drama ni, heroin lain mungkin lebih sesuai..
PadamHyeri dan sampah brpisah tiade..hahahaha
PadamCiter ni ak rase dikotori oleh watak heroin tu..ak rase heroin tu yg penjnayah besar.mengade btol kdg tu mcm mnyampah je.kmane org mesti dia nk ikot.saje je mngade2 dia.tp ak rase perspektif ni mungkin lain klau hanjimin yg jd heroin..ak pasti hanjimin xdela sebodoh mcm current heroin tu..ap pun ak memang xdpat trime .
BalasPadamMale lead did they job heartedly good and thumbs up for them..but female lead..booooooooo memang xbleh pkai.bkan ak sorang je yg judge dia tp all people around the world kate lakonan hyeri memang buruk truk..mnyampah tgok dia dlam citer ni..stiap kali scene songjian kuar ak xsnggup tgok mnympah..citer two cops ni memang ak suke gile tp dcemari oleh songjian..the character of songjian itself is not strong enough i believe (maybe becoz this drama doesnt emphasize on romance at all) thats why la...ak xtau nak slahkan sape..samade director ke tukang pnulis skrip ke atau plakon tu sndiri..ak tgok smbil lewa je..agaknye ni la sebabnye klau TANGKAP MUAT je..asal boleh je main amik je sape2 yg nak blakon..pssst..
BalasPadam