31 Mei 2018

Sinopsis Drama Filipina Rhodora X (Astro Bella)

RHODORA X, Drama Filipina, Philippines Drama, Tagaloy, Pinoy Drama, Drama Filipina Rhodora X, Sinopsis Drama Filipina, Sinopsis Rhodora X, Astro Bella, 2014, 2018, Pelakon Drama Filipina Rhodora X, Jennylyn Mercado, Mark Herras, Yasmien Kurdi, Mark Anthony Fernandez, Glydel Mercado, Gardo Versoza, Frank Magalona, Irma Adlawan, Lollie Mara, Watak Dalam Drama, Rhodora, Angela, Joaquin, Nico, Jenna, Roxanne, Sinopsis Penuh Rhodora X, Split Personality, Dissociative Identity Disorder (DID), Thriller, Suspen, Revenge, Dendam, Poster,
Sinopsis Drama Filipina Rhodora X (Astro Bella)

Dah lama tak tengok drama Filipina ni, last drama Filipina yang aku tengok adalah drama Carmela lakonan Marian Rivera tu. Baru - baru ni, boleh terjebak pula tengok drama Filipina yang bertajuk Rhodora X yang disiarkan di Astro Bella. Awalnya tertengok satu episod saja, pastu terus suka dan sekarang ni memang aku menonton drama Rhodora X ini episod demi episod dan jalan ceritanya makin lama makin best pula tu. Antara pelakon drama Rhodora X ini adalah Jennylyn Mercado, Mark Herras, Yasmien Kurdi, Mark Anthony Fernandez, Glydel Mercado, Gardo Versoza, Frank Magalona, Irma Adlawan, Lollie Mara dan ramai lagi. Antara sebab aku tertarik dengan drama Rhodora X ini sebab ianya berkisarkan tentang kekeluargaan, kasih sayang, persaingan serta dendam antara adik dan kakak serta turut memfokuskan tentang split personality atau Dissociative Identity Disorder (DID) yang dialami oleh watak utama dalam drama ini. Selalunya drama yang berkisarkan tentang split personality ini memang seronok untuk ditonton. Contohnya seperti drama Korea Hyde Jekyll, Me dan juga Kill Me Heal Me, serta english movie yang bertajuk Split dan banyak lagi.

Drama Rhodora X ini mempunyai 88 episod dan setiap episod hanya lebih kurang setengah jam saja, tapi dekat Astro Bella maybe tayang 2 episod sekaligus kot untuk cukupkan satu jam, manakala pengarah drama ini adalah Albert Langitan. Drama ini disiarkan di Filipina pada tahun 2014 yang lalu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca..
Sinopsis Rhodora X (Philippines Drama)

Mengisahkan tentang sebuah keluarga bahagia Lourdes (lakonan Glydel Mercado) dan Derrick Ferrer (lakonan Gardo Versoza) yang mempunyai 2 anak perempuan yang bernama Angela (lakonan Yasmien Kurdi) dan Rhodora (lakonan Jennylyn Mercado). Rhodora kemudiannya telah diculik dan di dera, hidupnya terseksa dan menderita setelah diculik. Disebabkan trauma dia akhirnya mengalami Dissociative Identity Disorder (DID) / Split Personality dan menyebabkan ada personaliti lain dalam diri Rhodora iaitu Roxanne yang sangat jahat dan licik berbeza dengan diri Rhodora yang sebenar yang sangat baik hati dan naif. Setelah Rhodora besar dia akhirnya bertemu semula dengan keluarga kandungnya dan kembali hidup bersama dengan mereka. Lourdes dan Derrick berasa gembira dapat berjumpa dengan anak bongsu mereka semula. Manakala kakak Rhodora pula iaitu Angela juga sangat gembira dan teruja apabila adiknya kembali semula ke pangkuan keluarga. Hubungan Rhodora dan Angela juga sangat baik, cuma nenek mereka saja yang sangsi dengan Rhodora dan tidak mahu mengaku Rhodora adalah cucunya.
Disebabkan sikap neneknya yang sentiasa memarahi Rhodora menyebabkan dirinya tertekan dan penyakit Rhodora kembali, personalitinya yang lain iaitu Roxanne kerap muncul. Namun setelah ujian DNA dibuat, segala persoalan terjawab dan nenek mereka terpaksa menerima kebenaran itu. Roxanne sentiasa keluar malam untuk berhibur di kelab malam, namun seluruh keluarga Rhodora tidak mengetahui mengenai penyakit Rhodora ini mahu pun mengetahui tentang kewujudan Roxanne. Angela pula mempunyai kekasih yang bernama Joaquin Vasquez (Mark Herras) yang berasal dari keluarga kaya raya. Namun nenek Joaquin tidak menyukai Angela namun akhirnya mengalah dan membenarkan Joaquin dan Angela berkahwin. Dalam masa yang sama sikap Joaquin yang baik dan gentleman itu membuatkan Rhodora jatuh hati pada Joaquin, namun dia hanya memendam perasaannya kerana tidak mahu menggangu hubungan kakaknya dengan Joaquin. Roxanne yang mengetahui perasaan Rhodora yang sebenar, cuba menggagalkan perkahwinan Angela dan Joaquin. Roxanne juga amat membenci Angela kerana Angelalah yang telah menyebabkan Rhodora diculik ketika mereka masih kanak - kanak.
Dalam masa yang sama, majikan Angela yang bernama Nico Ledesma turut mencintai Angela tapi dia hanya bertepuk sebelah tangan kerana Angela hanya mencintai Joaquin. Roxanne telah berjaya menggagalkan perkahwinan Angela dengan Joaquin serta berjaya membuatkan Joaquin marah serta salah faham mengenai hubungan Angela dan Nico dan mebuatkan Joaquin menuduh Angela curang padanya. Keadaan makin rumit apabila Roxanne telah membunuh Tricia yang merupakan pembantu Joaquin yang juga ada hati pada Joaquin. Namun Angela yang kebetulan berada di tempat kejadian disalahkan dan dituduh sebagai pembunuh Tricia serta dipenjarakan. Roxanne gembira bila Angela dipenjarakan dan kini cuba mendekati Joaquin, malah personaliti Roxanne kini lebih dominan dan mengawal Rhodora, malah Roxanne juga berpura - pura menjadi Rhodora supaya ibu bapanya tidak syak apa - apa. Akhirnya Roxanne terlanjur dengan Joaquin dan kemudian mengandung, manakala Joaquin pula tiba - tiba ke luar negara untuk menenangkan fikirannya dan langsung tidak mengetahui yang Rhodora / Roxanne telah hamil anaknya.
Bapa Rhodora dapat mengagak yang Rhodora ada kena mengena dengan kes Angela namun tidak dapat melakukan apa - apa kerana Rhodora juga telah mengandung. Ibu bapa Rhodora juga memutuskan untuk membesarkan anak Rhodora itu dan menghalang Rhodora dari memberitahu Joaquin mengenai anaknya itu. Rhodora kemudian melahirkan anak perempuan yang dinamakan Jenna. Angela pula tidak mengetahui siapa bapa kandung anak saudaranya itu dan gembira dengan kelahiran Jenna, walaupun dirinya telah keguguran di penjara. Keadaan makin rumit apabila Angela secara tidak sengaja dapat melarikan diri dari penjara. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

  1. Salam ramadhan dari mulan, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.

    BalasPadam
  2. Selamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni.

    BalasPadam
  3. Good Morning, Mama singgah blogwalking sis. Drama baru ya

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.