10 Jul 2018

Review Drama Korea - My Golden Life

My Golden Life, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama My Golden Life, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Artis Korea, Korean Style, My Opinion, Drama Korea Popular, 2017/2018, Pelakon Drama Korea My Golden Life, Park Si Hoo, Shin Hye Sun, Lee Tae Hwan, Seo Eun Su, Cheon Ho Jin, Kim Hye Ok, Jeon No Min, Na Young Hee, Lee Tae Sung, Shin Hyun Soo, Lee Dae In, Kim Byeong Ki, OST, Ending My Golden Life, Poster Drama Korea My Golden Life,
My Golden Life - Korean Drama Review

Dah lama tak buat review drama Korea ni, dah banyak yang tertinggal dan terlambat nak buat review hehehe. Jadi kali ini aku akan buat review drama Korea My Golden Life yang mula disiarkan pada 2 September 2017 dan tamat episodnya pada 11 Mac 2018, drama ini mempunyai 52 episod. Antara pelakon drama My Golden Life ini adalah Park Si Hoo, Shin Hye Sun, Lee Tae Hwan, Seo Eun Su, Cheon Ho Jin, Kim Hye Ok, Jeon No Min, Na Young Hee, Lee Tae Sung, Shin Hyun Soo, Lee Dae In, Kim Byeong Ki dan ramai lagi. Selain itu drama My Golden Life ini disiarkan bagi menggantikan drama My Father Is Strange dan kemudian akan digantikan dengan drama Marry Me Now. Penulis skrip drama ini pernah menulis skrip untuk drama - drama best seperti Prosecutor Princess, 49 Days, Seo Young My Daughter, Two Weeks, Second Twenty dan banyak lagi, manakala pengarah drama ini pula pernah mengarah drama popular seperti Oh My Venus dan My Husband Got a Family. Pelakon UEE telah ditawarkan watak utama drama ini tapi dia menolak dan akhirnya watak Seo Ji An itu menjadi milik Shin Hye Sun. Awalnya aku tak bercadang pun nak tengok Korean Drama My Golden Life ini sebab malas nak tengok drama yang banyak episod ni.
My Golden Life, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama My Golden Life, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Artis Korea, Korean Style, My Opinion, Drama Korea Popular, 2017/2018, Pelakon Drama Korea My Golden Life, Park Si Hoo, Shin Hye Sun, Lee Tae Hwan, Seo Eun Su, Cheon Ho Jin, Kim Hye Ok, Jeon No Min, Na Young Hee, Lee Tae Sung, Shin Hyun Soo, Lee Dae In, Kim Byeong Ki, OST, Ending My Golden Life, Poster Drama Korea My Golden Life,
 Tapi bila drama ini menjadi sangat popular di Korea serta mempunyai rating yang tinggi untuk setiap episod membuatkan aku teringin pula nak tengok, sebab nak tahu apa yang best sangat drama ini sampai drama My Golden Life ini trending, popular dan disukai oleh ramai penonton. Malah para pelakon utama ini turut menang beberapa anugerah dalam 2017 KBS Drama Awards gitu. Selain itu drama ini turut disebut - sebut dalam drama lain contohnya dalam Drama Korea A Korean Odyssey tu, apabila drama ini menjadi drama kegemaran watak Son Oh Gong lakonan Lee Seung Gi tu hehehe. Drama ini juga merupakan drama pertama Shin Hye Sun memegang watak utama / heroin utama drama ini. Sebelum ini Shin Hye Sun sering memegang watak pelakon pembantu saja seperti dalam drama Secret Forest, The Legend Of The Blue Sea, She Was Pretty, Oh My Ghost, Angel Eyes, School 2013 dan banyak lagi. Jalan cerita drama ini memang menarik dan berkisarkan tentang kisah kekeluargaan yang terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hidup. Drama ini mengisahkan tentang 2 buah keluarga yang berlainan cara hidup dan status iaitu keluarga Seo Tae Soo (Cheon Ho Jin) yang mempunyai 4 orang anak yang awalnya hidup kaya raya sebelum jatuh miskin selepas perniagaannya bankrup dan kemudian terpaksa hidup susah tapi tetap gembira.
My Golden Life, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama My Golden Life, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Artis Korea, Korean Style, My Opinion, Drama Korea Popular, 2017/2018, Pelakon Drama Korea My Golden Life, Park Si Hoo, Shin Hye Sun, Lee Tae Hwan, Seo Eun Su, Cheon Ho Jin, Kim Hye Ok, Jeon No Min, Na Young Hee, Lee Tae Sung, Shin Hyun Soo, Lee Dae In, Kim Byeong Ki, OST, Ending My Golden Life, Poster Drama Korea My Golden Life,
Satu lagi keluarga adalah adalah keluarga Choi Jae Sung (Jeon No Min) yang mempunyai 2 orang anak dan merupakan keluarga yang kaya raya, namun Choi Jae Sung tidak gembira kerana semua urusannya sering dicampuri oleh bapa mertuanya. Keadaan makin rumit apabila isterinya Na Myung Hee (Na Yong Hee) telah kehilangan anak perempuannya iaitu Eun Sook ketika Eun Sook masih kecil. Konflik drama ini bermula selepas isteri Seo Tae Soo iaitu Yang Mi Jung (Kim Hye Ok) telah menipu Na Myung Hee mengenai Eun Sook yang dijadikan anak angkatnya. Na Myung Hee ingin mengambil kembali anaknya yang dijumpai dan dijaga oleh Seo Tae Soo dan isterinya. Tetapi disebabkan Yang Mi Jung kesian dan sedih melihat nasib anak keduanya iaitu Seo Ji An (Shin Hye Sun) akhirnya bertindak menipu Na Myung Hee dan mengatakan Seo Ji An adalah Eun Sook yang dicari - cari oleh Na Myung Hee dan suaminya selama ini. Seo Tae Soo tak setuju dengan tindakan isterinya yang melakukan penipuan dan menginginkan Seo Ji An pergi berpindah dan mengikut keluarga Choi Jae Sung. Seo Tae Soo cuba menghalang anaknya dari pergi tapi Seo Ji An sendiri dah nekad ingin hidup bersama keluarga yang disangkanya keluarga kandungnya dan Seo Ji An juga sudah tak tahan hidup susah dan terpaksa berdikari sendiri.
My Golden Life, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama My Golden Life, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Artis Korea, Korean Style, My Opinion, Drama Korea Popular, 2017/2018, Pelakon Drama Korea My Golden Life, Park Si Hoo, Shin Hye Sun, Lee Tae Hwan, Seo Eun Su, Cheon Ho Jin, Kim Hye Ok, Jeon No Min, Na Young Hee, Lee Tae Sung, Shin Hyun Soo, Lee Dae In, Kim Byeong Ki, OST, Ending My Golden Life, Poster Drama Korea My Golden Life,
Manakala anak kandung Choi Jae Sung dan Na Myung Hee yang sebenar adalah Seo Ji Soo (Seo Eun Su) yang merupakan adik pada Seo Ji An. Keadaan makin teruk apabila Seo Ji An mengetahui perkara sebenar dan kemudian jatuh cinta pula pada Choi Do Kyung (Park Si Hoo) yang merupakan pewaris dan anak sulung Choi Jae Sung yang awalnya disangkanya adalah abang kandungnya. Begitu juga dengan Choi Do Kyung yang turut jetuh cinta pada Seo Ji An setelah mengetahui yang Seo Ji An bukan adiknya. Namun segala masalah yang berlaku antara kedua - dua buah keluarga mereka itu menyukarkan mereka untuk saling mencintai. Apa yang berlaku seterusnya? begitulah sedikit sinopsis drama Korea My Golden Life ini. Aku suka dengan jalan cerita dan kisah hidup Seo Ji An ini yang mengalami pelbagai konflik hidup bermula dari alam pekerjaannya, dimana dia sanggup melakukan apa saja, asalkan dirinya dipilih sebagai pekerja tetap namun akhirnya hampa, sehinggalah dia berputus asa dan malu dengan keluarga kandungnya dan mambawa diri ke suatu tempat sehinggalah di bangkit kembali dan berubah menjadi Seo Ji An yang baru. Kisah bapa Seo Ji An iaitu Seo Tae Soo juga sangat sedih apabila dia kecewa dengan sikap anak - anaknya dan juga isterinya.
My Golden Life, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama My Golden Life, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Artis Korea, Korean Style, My Opinion, Drama Korea Popular, 2017/2018, Pelakon Drama Korea My Golden Life, Park Si Hoo, Shin Hye Sun, Lee Tae Hwan, Seo Eun Su, Cheon Ho Jin, Kim Hye Ok, Jeon No Min, Na Young Hee, Lee Tae Sung, Shin Hyun Soo, Lee Dae In, Kim Byeong Ki, OST, Ending My Golden Life, Poster Drama Korea My Golden Life,
Aku rasa hampir semua watak dalam drama ini ada kisah mereka yang tersendiri dan menarik untuk ditonton. Satu - satunya watak yang aku rasa paling annoying dalam drama ini adalah watak Seo Ji Soo yang tak matang dan bertindak ikut emosi. Aku memang selalu skip scene - scene yang ada Seo Ji Soo ini terutamanya untuk scene - scene percintaannya dengan Sun Woo Hyuk. Selain itu aku juga suka dengan kisah adik Choi Do Kyung iaitu Choi Seo Hyun (Lee Dae In) yang berkawan baik dengan adik lelaki Seo Ji An iaitu Seo Ji Ho (Shin Hyun Soo) sehingga ke tahap hampir - hampir nak bercinta. Kalau diorang bercinta makin rumitlah kisah dan masalah dua buah keluarga tersebut sebab kisah cinta antara S.Ji An dengan C.Do Kyung pun dah cukup complicated kan. Satu lagi watak yang paling dibenci oleh penonton drama ini adalah watak Na Yang Ho yang merupakan datuk pada Choi Do Kyung yang menjadi penghalang terbesar cinta Choi Do Kyung dan Seo Ji An ini. Lagu tema / OST drama ini boleh tahan juga manakala Ending Drama Korea My Golden Life ini happy ending juga walaupun masih ada sesuatu yang berlaku di episod akhir drama ini. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7/10 bintang untuk drama ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. terbaek.. korea datang lagi. hehe

    BalasPadam
  2. wahhhh sampai menang banyak award memang patutlah rating dia tinggi

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.