Sinopsis Drama Ajak Oh Ijal Slot Iris TV3
Drama Ajak Oh Ijal adalah drama terbaru di slot Iris TV3 dan sudah bersiaran sejak 6 Mei 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 6.30 petang. Antara pelakon drama Ajak Oh Ijal ini adalah Syazwan Zulkifly, Chef Fikree Aznan, Intan Najuwa, Qaralyna, Liza Abdullah, Imuda, A.Galak, Rahim Omar, Aishah Atan, Anis Hannani, Gbob, Henzi Andalas, Rashidah Jaafar, Amar Asyraf dan ramai lagi. Selain itu drama Ajak Oh Ijal ini mempunyai 18 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Mengisahkan Razak (Syazwan Zulkifly) dan Rizal (Chef Fikree Aznan) merupakan adik beradik yang menjalankan kegiatan haram di Kuala Lumpur. Setiap kali menjelang Ramadan mereka berdua akan pulang ke kampung dan membantu ibunya menjual ayam bakar di bazar Ramadan. Mereka yang sentiasa bertelagah berjanji untuk berbaik sepanjang Ramadan namun janji itu tidak dapat ditepati apabila mereka jatuh cinta kepada orang yang sama. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk merebut hati Amani (Intan Najuwa). Pak Hassan (Rahim Omar) akan membenarkan salah seorang daripada mereka untuk keluar dengan Amani, tetapi dengan pelbagai syarat. Kedua mereka berusaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dengan melakukan terawih, bergotong–royong dan melakukan pelbagai kebaikan demi memenangi hati Pak Hassan dan Amani. Apa yang berlaku seterusnya?. Siapakah yang menjadi pilihan Amani?.
Lagu Tema / OST Drama Ajak Oh Ijal
➔ Amnesia nyanyian Mark Adam
(Blog Miss Banu Story)
tajuk pun hahaha
BalasPadam