Review Filem Kamar Seksa Lakonan Sazzy Falak dan Noorkhiriah (2017)
Okey hari ini nak buat review filem Melayu yang bertajuk Kamar Seksa, filem Kamar Seksa ini release pada 20 April 2017 yang lalu. Antara pelakon filem Kamar Seksa ini adalah Sazzy Falak, Noorkhiriah, Ieda Moin dan Aiyuni Hashim. Manakala pengarah filem ini adalah M. Suurya dan diedarkan oleh Genius Parade Sdn Bhd. Filem Kamar Seksa ini mengisahkan tentang kehidupan 2 wanita di sebuah pangsapuri. Kiranya dalam filem ini ada 2 cerita yang berlainan, satu cerita mengisahkan tentang Kathy / Kitty atau nama sebenarnya Khatijah lakonan Sazzy Falak yang menjalani kehidupan songsang sebagai seorang perempuan (Lesbian). Kathy mempunyai seorang kekasih yang dilakonkan oleh Ieda Moin. Masalah Kathy bermula apabila seorang demi seorang pembantu rumahnya sering cabut lari kerana tak tahan dengan perangai Kathy. Namun pada suatu hari Kathy mendapat satu pembantu rumah baru yang berasal dari Indonesia bernama Mona lakonan Aiyuni Hashim. Mona sering didera secara fizikal mahu pun mental oleh Kathy. Telefon bimbit Mona sengaja dicuri oleh Kathy supaya Mona tak dapat berhubung dengan sesiapa. Kathy juga tak memberi makan pada Mona, apa yang boleh dilakukan Mona hanya menjamah sisa makanan lebihan Kathy yang dibuang di dalam tong sampah. Mona juga tak dapat keluar daripada rumah, sebaliknya hanya mampu menjerit meminta pertolongan jiran - jiran semasa Kathy tak ada di rumah. Namun jiran - jiran disitu tidak mempedulikannya sebaliknya mengadu pada Kathy tentang pembantu rumahnya yang sering bising - bising.
Selepas itu Kathy mula marah dan memukul Mona dengan teruk sekali. Manakala kekasih Kathy pula membenci dan cemburu pada Mona kerana yakin Kathy suka pada Mona. Kisah kedua pula adalah mengenai kehidupan Nur lakonan Noorkhiriah yang merupakan seorang isteri yang baik dan taat pada suaminya. Walaupun suaminya pemalas, pemabuk, cemburu buta dan sering memukulnya, Nur tetap setia. Nur yang terpaksa bekerja dan menyara kehidupan mereka kerana suaminya tidak mahu bekerja dan mahu kan Nur memberikannya duit setiap waktu. Walaupun dilayan sedemikian rupa Nur tetap sabar dan mengikut kata suaminya. Okey tu serba sedikit sinopsis filem Kamar Seksa ini. Latar tempat filem ini banyak di dalam rumahlah kan, di pangsapuri, cuma aku tak pasti sama ada Kathy dan Nur ni jiran dan duduk dalam satu pangsapuri yang sama atau pun lain - lain pangsapuri. Apa yang aku suka mengenai filem Kamar Seksa ini adalah barisan pelakonnya, semuanya best - best. Sazzy Falak dan Noorkhiriah kot, dua - dua pernah menang anugerah kot. Misalnya Sazzy Falak adalah bekas pemenang pelakon pembantu wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke -19. Manakala Noorkhiriah pula memang dah banyak menang anugerah sebelum ini sama ada dalam kategori terbaik mahu pun popular. Jadi lakonan mereka dalam movie Kamar Seksa ni memang terbaik okey. Bagi aku untuk kisah pertama tu mengenai cerita Kathy tu, pengarah filem ini memang berani untuk explore isu kehidupan songsang ni semua. Sebab memang tak dapat dinafikan hal ini memang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini.
Manakala untuk kisah kedua tu mengenai kisah Nur tu bagi aku agak cliche / klise sikit sebab dah selalu dipaparkan dalam drama di TV mahu pun filem. Awalnya aku mengharapkan supaya watak Nur dan Kathy akan ada perkaitan, mahu pun akan bertembung / bertemu antara satu sama lain. Tapi tak ada pun, kiranya ianya memang dua kisah berbeza dan kedua - dua watak ni memang tak ada kaitan langsung antara satu sama lain. Selain itu aku agak pelik gak bila Kathy sibuk nak ada pembantu rumah, sedangkan rumahnya tu taklah besar mana, kecil je kot, kerja rumah pun mungkin tak adalah banyak sangat pun. Plus kerja Kathy hanya dinyatakan sebagai freelancer saja dan tak tahu Kathy ni kerja apa sebenarnya. Kalaulah dalam filem ini ada mention tentang kerjaya Kathy tu, so penonton tak adalah pelik sangat kalau Kathy ni ada pembantu rumah sebab berkemampuan ke apa ke. Atau pun mungkin Kathy ada niat lain nak pembantu rumah tu kan. Bila tengok watak Nur ni, alahai lemah - lembutnya, redha dan pasrah gitu sikapnya. Selain itu dalam filem ini memang pelakon tak ramai dan hampir semua perempuan. Malah suami Nur pun tak ditunjukkan mukanya, hanya nampak tangan dan badan serta dengar suara saja. Jalan cerita filem ini pun memang straight to the point, tak ada berbelit - belit. Lepas tunjuk konflik terus endingnya dah nampak akibat dan kesannya. Ending filem ini juga simple dan boleh dijangka.
Apa pun memang kesian dengan watak Mona tu, sedih tengok dia kelaparan dan terpaksa selongkar tong sampah. Mona tu memang trauma dan takut betul dengan Kathy. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6/10 bintang untuk movie Kamar Seksa ini. Kalau korang berminat nak tonton filem Kamar Seksa ini, korang boleh tonton di https://kinidia.com/. KiniDia adalah sebuah website Video-On-Demand yang menayangkan filem buatan Malaysia secara online.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly (TV3)
x pernah tgk lagi filem ni..
BalasPadamJom join GA sahabat kita ni :)
https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html
menarik ni belum pernah tengok lg
BalasPadam