3 Apr 2012

Safee Sali cerai isteri talak satu

Assalammualaikum..
SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 28, sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, selepas melafazkan talak satu dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. Peguam syarie yang mewakili Sabarina, 30, Ezura Nashuha Abdul Hadi, ketika ditemui selepas prosiding, berkata lafaz cerai itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk bercerai secara baik.
Katanya, kedua-dua mereka bersetuju semua tuntutan dan hak penjagaan dua anak mereka, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, selain nafkah dan edah juga diselesaikan dengan cara baik.
“Tiada sebarang pertikaian dan ia diselesaikan secara muafakat. Anak guam saya berharap tidak ada berita kurang menyenangkan kerana kedua-dua pihak kerana sudah selesaikan dengan cara baik.

“Sabarina akan terus pulang ke Kuching, malam ini (malam tadi) dan anak mereka diserahkan kepadanya,” katanya.
Sementara itu, Sabarina yang ditemui berharap tiada lagi spekulasi timbul selepas kes itu selesai.
“Sebelum ini, saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan. Saya akan teruskan hubungan baik dengan Safee kerana kami ada dua anak dan perlu menjaga perasaan mereka. Saya dan Safee akan buat yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.
Percubaan mendapatkan kenyataan Safee, dan peguam syarie mewakilinya, Ahmad Nazib Johari gagal selepas mereka bergegas meninggalkan mahkamah sejurus kes selesai.
~sumber Berita Harian~


# Fuhh x sangka sampai bercerai-berai kan...sebelum nih kat media massa byk menceritakan kisah kejayaan Safee Sali nih..sekarang nih die pun dah leh dgelarkan sbg jutawan bola sepak gitu..karier die berjaya sgt..tpi sayang kan rumahtangga lak x kekal..kesian kt anak2 die yg masih kecil tuh..tpi apa nk buat itu jalan terbaik bagi mereka..mungkin ada sebab2 yg kita semua x tahu...hope pasni si Safee x lupa laa kt anak2 die tuh..

8 ulasan:

  1. jgn bila dah dpt bini baru, anak2 terabai pulak....hope x mcm tu...

    BalasPadam
  2. xsyok kan baca berita2 mcm ni..huhuh

    BalasPadam
  3. kesian kt anak..kalo dpt bertahan, bertahan saja..kalo tak, serahkan pada takdir..

    BalasPadam
  4. Jutawan bola...

    Erm, da tiada jdohkan..nk ckp lbih2 pn x tau apa sebenarnya yg terjdi kan kan...

    BalasPadam
  5. salam;
    Inilah hakikatnya manusia disebalik kejayaan mesti ada pengorbanan dibelakang..jarang manusia mampu mengapai kedua2 kejayaan serentak..

    BalasPadam
  6. trkejut jugak, sbb dia xde apa apa gossip masalah kan, lainlah apex tu sokmo je ada gossip. tapi yer lah semuanya ketentuan ALLAH kan.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.