Assalammualaikum..
Drama Wadi adalah drama terbaru untuk Slot Zehra Tv3, drama ini akan menggantikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar yang telah tamat episodnya pada bulan Jun nanti. Drama Wadi ini akan mula menemui penonton bermula 26 Jun ini dan drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah. Drama ini dilakonkan oleh Syafie Naswip (Wadi), Amyza Aznan (Zainah), Ardell Aryana (Widya), Fimie Don (Azem), Zamarul Hisyam (Cikgu Naim), Faezah Elai (Cikgu Murni) dan ramai lagi. Tema drama ini ialah kekeluargaan dan diterapkan juga unsur islamik dari segi muzik dan mood. Jangan lupa nantikan drama ini k..
Sinopsis Drama Wadi
Wadi mengisahkan remaja berumur 17 tahun bernama Wadi yang hidup bersama ibu tiri dan dua adik kandung perempuan berlainan ibu. Kehidupan mereka susah sekaligus membuatkan Wadi hidup dalam serba kekurangan. Dia juga selalu dihantui rasa bersalah disebabkan kematian ayahnya yang berpunca daripada sikap pentingkan dirinya sendiri. Zainah, ibu tirinya selalu menyalahkan Wadi kerana menyebabkan kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Bakri meninggal dunia semasa hendak membeli kasut spike olahraga untuk Wadi biarpun ketika itu dia tidak berduit. Wadi memahami kesusahan ayahnya dan bercadang untuk kerja secara sambilan bagi mencari duit untuk membeli kasut yang diperlukan tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya.
Bakri sanggup meminjam wang daripada rakannya untuk membeli kasut spike dengan membawa Wadi bersama. Sampai di bandar, mereka berpecah apabila Wadi ke kedai buku, manakala Bakri ke kedai peralatan sukan kerana niatnya untuk buat kejutan dengan menghadiahkan Wadi dengan spike baru. Walaubagaimapun malang menimpanya apabila Bakri terbunuh kerana terserempak dengan tiga perompak yang baru merompak bank. Kematian Bakri disaksikan Wadi sendiri. Ayahnya mati di pangkuannya bersama kasut spike itu. Sejak itulah kehidupan Wadi terumbang-ambing, manakala prestasi pelajarannya mula merosot. Hidupnya menjadi semakin kacau-bilau apabila ibu tirinya Zainah selalu mencari pasal dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.