Rasuk adalah sebuah filem Indonesia yang release di Malaysia pada 1 November 2018 yang lalu. Antara pelakon filem Rasuk ini adalah Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta dan ramai lagi. Filem Rasuk ini bergenre seram dan merupakan adaptasi daripada novel karya Risa Saraswati serta filem ini berdurasi 1 jam 31 minit. Aku tertarik nak tengok filem Indonesia Rasuk ini sebab para pelakonnya iaitu Shandy Aulia. Kebiasaannya filem - filem seram lakonan Shandy Aulia selalunya best - best belaka plus dalam movie ini juga ada Miller Khan yang merupakan pelakon yang berasal dari Malaysia tapi memfokuskan kariernya di Indonesia. Poster filem Rasuk ini juga cantik dan turut menjadi tarikan untuk menonton filem ini, walaubagaimanapun apa yang ada di poster filem ini, langsung tak sama seperti dalam filem. Rasanya tak ada babak pun yang membabitkan watak Shandy Aulia tu tenggelam bagai hahaha. Filem Rasuk ini bermula baik di awal cerita sebelum di pertengahan cerita, ianya bertukar menjadi clisye dan biasa - biasa saja, manakala pengakhiran cerita agak mengarut bagi aku.
Di permulaan cerita dapat dilihat watak utama filem Rasuk ini Langgir Janaka lakonan Shandy Aulia kelihatan cantik dan berada di atas bukit tinggi. Dia kemudian bermonolog dan menceritakan kisahnya dari awal pada penonton. Di pertengahan cerita, plot filem ini mula jadi klisye bila Langgir Janaka dan kawan - kawannya nak bercuti, masuk hutan, pastu sesat, jumpa seorang perempuan misteri dan dia tunjukkan jalan untuk ke resort berhampiran. Tak lama kemudian bermulalah scene diorang bergaduh, pastu kena kacau dengan hantu, kena rasuk dan sebagainya. Sangat clisye dan terlampau biasa jalan ceritanya di bahagian pertengahan tu, boleh dikatakan sama macam filem - filem seram yang lain, tak ada beza langsung hahaha. Pastu tak suspen pun penonton boleh mengagak apa yang berlaku seterusnya. Di penghujung cerita lagilah mengarut bila Langgir Janaka yang kena rasuk tu berada di tempat yang jauh dari rumahnya, tapi boleh sekelip mata je sampai ke rumahnya. Pastu tak lama kemudian kawan - kawan dia pun sampai di malam yang sama. Macam tempat tu dekat sangat pula, sedangkan sebelum ni semuanya berada dalam hutan, pastu tup tup dah ada depan pintu rumah haahaha, sangat tak logik.
Boleh dikatakan ending filem Rasuk ini agak kelam kabut dan nak cepat habis. Tak boleh blah bila Langgir Janaka boleh berubah jadi baik hanya sekelip mata selepas kena rasuk tu hahaha, just like that okey. Sedangkan sebelum ni bukan main benci dia dengan semua orang. Lepas filem Rasuk ni, Shandy Aulia ada berlakon filem seram lagi iaitu Perjanjian Dengan Iblis (2019). Dari review yang aku baca banyak yang negatif, plus sinopsis filem tersebut juga sangat clisye, jadi aku malas nak tengok filem tu. Berbalik pada filem Rasuk ni, ianya mengisahkan tentang Langgir Janaka yang membenci keluarganya, kematian ayahnya ketika dia masih kecil telah merubah hidupnya. Ibunya menyalahkan dirinya kerana menjadi penyebab kematian ayahnya. Sejak dari itu Langgir Janaka dan ibunya sering bergaduh dan hal itu telah menimbulkan rasa kebencian di hati Langgir. Keadaan makin rumit bila ibunya berkahwin lain dan kemudian mendapat anak lelaki yang masih kecil. Langgir menjadi semakin benci dengan keluarganya, mujurlah ayah tirinya baik dan cuba memahami keadaan Langgir.
Langgir Janaka juga sering berasa cemburu dengan kehidupan rakan-rakan baiknya yang dianggapnya mempunyai kehidupan sempurna. Namun Langgir tak tahu yang semua kawan baiknya itu ada masalah mereka yang tersendiri dan merahsiakan masalah mereka itu dari pengetahuan rakan - rakan lain. Satu hari, dia dan rakannya pergi bercuti di sebuah villa. Persahabatan mereka diuji apabila lelaki idaman Langgir, yang kini merupakan teman lelaki salah seorang rakan baiknya, turut serta bersama. Berasa cemburu, Langgir ambil keputusan untuk meninggalkan rakannya. Dia kemudian bertembung dengan sesuatu yang menyeramkan. Apa yang berlaku seterusnya. Okey tu serba sedikit sinopsis filem Rasuk ni. Jadi secara keseluruhan aku bagi 5.8/10 bintang untuk filem ini.
Jom Baca ini juga ➔ Movie Review The Doll Lakonan Shandy Aulia
(Blog Miss Banu Story) - https://mulan-sahbanu.blogspot.com
Haha Boleh Terus jafi baik ye.. dh insaf la out.. mama dh tgk sama je perasaan mama dgn review no
BalasPadamnampak menarik cerita ni
BalasPadamhahahaha betul, ending dia merepek. Bukan takat ending tapi the whole story
BalasPadamBanyak scenes yang x masuk akal dan macam 'tiber'๐ dialog pun macam awkward dan macam x bersambung. Reaksi muka pelakonnya (terutama si langgir) mcm budak sekolah baru belajar dunia lakonan๐ Tp saya habiskan je lah sebab nak tau ending nya ๐
BalasPadam