30 Okt 2014

Johan Dan Zizan (Jozan) Di Program MeleTOP

Assalammualaikum..
Sape tgk program MeleTOP selasa yang lalu??aku memang dah agak akan ada Johan sebab die kan baru jadi juara Super Spontan 2014, tapi aku mmg x jangka yang Zizan pun akan ada gak. Bila Johan jadi dah jadi guest mestilah soalan ttg JOZAN, dan juga pasal MLM2014 akan ditanya padanya kan. So bila Johan dah jawab, tetiba Nabil n Neelofa nak tanya Zizan jugak. Ingatkan diorang akan telefon Zizan tup tup Zizan berjalan dari belakang kamera tu, siap menyamar bagai, dengan rambut palsu, spek mata, dan mcm2 lagi hehehe. Wahh ada JOZAN di MeleTOP uollss. Susah nak tengok JOZAN bersama-sama dalam satu program TV
Suka tengok diorang sama2 gini, sweet jer, bila berdua ni, bukan main jadi hyperaktif gitu hehehe..nampak diorang happy jer n Zizan juga menjelaskan yang sebelum die join Jambu untuk MLM2014, die dah mintak kebenaran Johan dulu. Bila Johan bersetuju n bagi kebenaran baru Zizan join Jambu dan membentuk kumpulan Virus. Johan juga ada mention disini yang JOZAN akan join MLM2015 nanti. Gelagat JOZAN yg hyperaktif tu mmg sakan mengacau Jaclyn Victor yg jadi guest terakhir dlm program Meletop tu hehe. Sempat gak Jac cubit Johan yg jadi hyperaktif tu hehe.
Sebelum Zizan muncul, Diorang sempat juga interview Isteri Johan yg tgh pregnant sekarang iaitu Ozlyn. Diorng tanya pasal jantina baby yg bakal lahir semua. Masa last sekali Jac akan menyanyi, JOZAN pula apa lagi punya sakan berjoget dua2 tu hehe bukan main seronok diorang menari. Apapun lepas gak rinduu tgk JOZAN di MeleTOP selasa lalu.
Setelah selesai Program Meletop tu, kelihatan, Johan dan Zizan mengupdate Instagram masing2 dengan gambar mereka berdua, tertarik dengan caption yg diorang letakkan dalam gambar JOZAN tu iaitu dari Instagram Zizan -> 
Sentiasa doakan awak sukses sentiasa #jozan #johan #zizanrazak #zizanrazak869 #zizan #meletop #juarasuperspontan2014. 

Manakala dari instagram Johan pula -> Dia yg slalu buat saya marah..dia berjaya buat saya menangis..dia pandai buat saya senyum..die je lelaki yg selalu suka cium saya (gatal!!!) Dia sentiasa dlm hati saya..ya!! zizanrazak869 aku sayang ko!! walaupun ko mcm2!!! #sahabatselamanya #jozantetapjozan

Baca Ini Jugak-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.